Followers

UNGKAPAN EMAS

"Saya boleh bunuh semua YAHUDI ketika saya berkuasa. Saya tinggalkan sedikit kepada kamu agar kamu kenal siapa YAHUDI dan cari jawapan kenapa saya bunuh mereka" - ADOLF HITLER

NOTIS



Artikel yang disiarkan merupakan pandangan peribadi penulis tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Jika berlaku sebarang kerugian, kecederaan atau kecelaruan emosi ketika membaca artikel, gambar dan bahan yang dipaparkan di laman ini ianya di luar tanggungjawab penulis - Ingin berkongsi maklumat atau artikel emel: pemikirpolitik@hotmail.com

Sep 27, 2012

#PRKampus UM : PRO-M TERDESAK DI UM!!


27/9/2012 - Kuala Lumpur, Universiti Malaya terpaksa mengadakan pengundian semua di 2 fakulti iaitu fakulti pendidikan 1 kerusi dan Sains Komputer & Teknologi Maklumat 1 kerusi kerana terdapat undian yang sama. Perkara ini telah dipersetujui oleh Naib Cancelor UM sendiri dan calon dilarang untuk berkempen untuk pengundian semula ini. Pengundian akan dijalankan semula mengikut ketetapan berikut, 

Tarikh : 28 September 2012 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Pusat Pengundian : Fakulti Pendidikan Dan Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat

Calon yang bertanding bagi Fakulti Pendidikan:
1. Maiyamin Md Nor
2. Malik Syam Mohammed Latif
Calon yang bertanding bagi Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat:
1. Muhamad Alif Jamaluddin
2. Neo Yew Boon
Untuk makluman sebarang aktviti kempen adalah dilarang sama sekali dan pengumuman keputusan akan dilakukan oleh Naib Canselor menerusi laman web UM pada jam 5.00 petang hari yang sama. Sekian, dimaklumkan. Terima kasih. 

Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya Sesi 2012/2013
PRO-M terus terdesak untuk memenangi kerusi ini apabila terus menjalankan kempen di facebook dengan membuat satu halaman baharu untuk 2 calon mereka. PRO-M telah melanggar peraturan yang ditelah dinyatakan oleh Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UM kali ini. Melihat kepada situasi ini PRO-M terus cemas kerana terdesak untuk memenangi PRK UM pada kali ini. 



Jawatankuasa Pelaksana boleh membatalkan pencalonan 2 calon PRO-M ini kerana telah melanggar arahan untuk tidak berkempen untuk pengundian semula yang akan diadakan pada pagi jumaat ini. Ketelusan pihak jawatankuasa pelaksana dituntut supaya keadaan ini menjadi adil kepada 2 calon yang tidak berkempen untuk diri mereka kerana mengikut arahan.

Kedudukan terkini PRK UM PRO-A mendahului PRO-M dengan 1 kerusi selepas 2 calon bebas memilih PRO-A untuk membentuk kabinet. PRO-A 21, PRO-M-20, kedudukan genting PRO-M ini membuatkan mereka terus terdesak dan akan melakukan pelbagai cara bagi memenangi dua lagi kerusi yang dipertandingkan semula. 

Pemikir Politik : PRO-M terdesak sehingga sanggup melanggar arahan daripada jawatankuasa pelaksana!! Tindakan wajib diambil sekirannya mereka menang di 2 kerusi fakulti tersebut!!

A.B.A
ALLAH BERSAMA ASPIRASI!!

Sep 26, 2012

KAMPUS UPSI : MAHASISWA AKTIF KOLEJ DIPINGGIRKAN!!


26/9/2012 - Kolej Harun Aminurrashid (KHAR), selesai sahaja tamat Pilihan Raya Kampus 2012 yang telah didominasi oleh PRO-A, telah timbul masalah daripada Mahasiswa/i UPSI. Maklumat yang diperolehi oleh pemikir, banyak siswa/i KHAR telah tidak dapat menempatkan diri di KHAR untuk sesi akan datang. Kebanyakkan daripada mereka telah aktif di Kolej dan mengumpul sticker untuk mendapatkan kredit tinggal di kolej, namun apabila disemak seramai 439 siswi diploma telah kehilangan tempat tinggal apabila tidak tersenarai untuk penempatan Kolej sesi hadapan. 

Seorang mahasiswi diploma yang berjaya ditemubual melahirkan kekesalan terhadap pihak kolej kerana beliau sangat aktif di kolej dan mengumpul banyak sticker melalui program-program yang dijalankan oleh pihak kolej. Lebih mengecewakan apabila terdapat mahasiswi yang tidak menghantar borang menduduki kolej tetapi namanya masih tersenarai untuk tinggal di kolej kediaman semester hadapan. Dimanakah keadilan dari pihak KHAR dan HEPA mengenai hal ini? Mengapakah mereka ini tidak tersenarai untuk tinggal di kolej semester hadapan? Dimanakah MPP yang telah menang besar pada PRK 2012?? Diam membisu selepas berjaya???

Apabila melihat di laman Facebook milik SMILE UPSI, Admin laman tersebut telah melahirkan 3 kekesalan mengenai hal ini.


Pemikir mengucapkan semoga cepat sembuh kepada mahasiswa semester 8 yang ditikam 3 kali di perut oleh perompak di sewaktu dalam perjalanan daripada Behrang. Perompak hanya berjaya melarikan RM20 sahaja dan laptop milik saudara Azim tidak diambil oleh perompak. Kini saudara Azim dirawat di Hospital Slim River. Pemikir harap semua mahasiswa/i berhati-hati jika ingin menolong orang yang tidak dikenali.

Pemikir Politik : Dimanakah keadilan untuk mahasiswa/i UPSI ini?? TNC HEP tidak mahu campur tangan ke untuk kes ini?? Tugas pertama MPP yang telah menang majoriti PRK 2012 untuk selesaikan masalah ini segera!!


#PRKampus USM : PRO-M TERUS SUGUL DI USM!!



26/9/2012 - Georgetown, PRO-A terus mencatatkan keputusan besar di USM apabila PRO-A berjaya menang dengan berjaya memenangi 37 kerusi daripada 43 kerusi yang dipertandingkan. PRK kali ini memperlihatkan pertandingan 3 penjuru antara PRO-A, PRO-M dan BEBAS. Kemenangan berterusan PRO-A di negeri pembangkang ini setelah UMK mencatatkan kemenangan besar di Kelantan.  Kemenangan ini membuktikan mandat berterusan daripada mahasiswa/i USM untuk PRO-M memimpin Majlis Perwakilan Pelajar. TAHNIAH PRO-A USM!!

KEPUTUSAN PENUH USM!!

PRO-A - 37
PRO-M - 5
BEBAS - 2

Pemikir Politik : Isyarat jelas di semua IPTA menunjukkan PRO-A diterima mahasiswa dan PRO-M ditolak kerana banyak menimbulkan keadaan tidak aman di kampus!

A.B.A
ALAH BERSAMA ASPIRASI!!

#PRKampus USIM : KUBU KUAT PRO-M DI TAWAN!!


26/9/2012 - Nilai, PRO-A meneruskan kemenangan besar dan bersih di USIM apabila memenangi kesemua 24 kerusi yang dipertandingkan semalam. Kemenangan besar ini membuktikan bahawa PRO-A berjaya menawan kubu kuat PRO-M suatu ketika dulu. PRO-M telah ditolak terus oleh mahasiswa/i USIM setelah tiada satu kerusi pun dimenangi oleh PRO-M. Kini hanya UKM sahaja yang PRO-A tewas dengan perbezaan 10 kerusi. TAHNIAH PRO-A USIM!!

KEPUTUSAN PENUH USIM!!

PRO-A - 24
PRO-M - 0

Pemikir Politik : Tahniah PRO-A kerana berjaya menawan kubu kuat PRO-M!! TAKZIAH KEPADA PRO-M!!

A.B.A
ALLAH BERSAMA ASPIRASI!!

#PRKampus UTM : PRO-A BENAM PRO-M DI UTM!!


25/9/2012 - Skudai, Keputusan penuh PRK UTM terus memihak kepada PRO-A setelah memenangi 48 daripada 54 kerusi yang dipertaruhkan untuk PRK 2012. Kemenangan ini membuktikan bahawa mahasiswa/i UTM terus mempercayai dan memberi mandat kepada PRO-A untuk meneruskan kempimpinan di UTM. Di peringkat fakulti PRO-A telah memenangi 32 kerusi dan PRO-M hanya menang 4 kerusi sahaja. Kenyataan daripada laman facebook Aspirasi Evolusi UTM secara rasminya PRO-A telah memenangi 48 kerusi keseluruhan dan PRO-M hanya mendapat 6 kerusi sahaja. Kemenangan ini hasil daripada kerja keras calon dan Jentera PRK UTM yang bertungkus lumus dalam mempertahankan UTM dan dicemari dengan insiden fitnah pada kemasukan pelajar baharu tempoh hari. TAHNIAH ASPIRASI UTM!!

KEPUTUSAN PENUH UTM!!

PRO-A - 48
PRO-M - 6

Pemikir Politik : Tahniah PRO-A UTM!! Semoga kepimpinan baharu dapat membantu dan menjadi pemudah cara kepada mahasiswa/i UTM!!

A.B.A
ALLAH BERSAMA ASPIRASI!!

Sep 25, 2012

#PRKampus UKM : PRO-A UKM TERSUNGKUR & TERIMA PADAH!!



25/9/2012 - Bangi, PRO-A tersungkur di UKM setelah tewas dengan jumlah kerusi perbezaan 10 kerusi setelah PRO-M memenangi 19 kerusi daripada 28 kerusi yang dipertandingkan. Pemikir mengucapkan takziah dan tahniah kepada PRO-A UKM kerana sabotaj kepimpinan sendiri di atas kekalahan ini. Kekalahan ini menjadikan UKM sebagai IPTA pertama telah ditawan oleh PRO-M. Sikap PRO-A seperti ini wajiblah dielakkan dalam perjuangan Universiti kerana sanggup membiarkan kepimpinan sendiri tewas daripada semangat ingin memenangi PRK pada kali ini. Jika sikap ini diteruskan oleh PRO-A UKM, lebih baik berikan kepada muka baru yang betul-betul ingin berjuang mempertahankan UKM! Sungguh memalukan apabila semua IPTA PRO-A menang selesa kecuali di UM yang bermatian ingin kembali merampas semula kepimpinan tapi di UKM sambil lewa sehingga 10 kerusi dilepaskan tanpa ada tentangan sengit daripada PRO-A. 

Keputusan ini telah dijangka oleh pemikir setelah pemikir sendiri membuat pemantauan di UKM. Kempen PRO-A di UKM sangat suram untuk memenangi PRK. Melihatkan kejayaan PRO-A bermula daripada 8 tahun lepas yang bersemangat dalam perjuangan tidak sama dengan Jentera PRO-A kali ini. Di saat PRO-A berada ditahap tertinggi memenangi PRK dengan majoriti kerusi yang besar, di saat inilah PRO-A UKM sabotaj kepimpinan dengan kepentingan diri sendiri!! TAKZIAH PRO-A UKM!! Amalkan lagi sikap ini!!

KEPUTUSAN PENUH UKM!!

PRO-A - 9
PRO-M - 19

Pemikir Politik : Jika sikap inilah yang ditunjukkan oleh Ketua Jentera PRO-A UKM, terus terang pemikir katakan anda TIDAK LAYAK jadi pemimpin!!


#PRKampus UMS : PRO-M TERUS GAGAL DI UMS!!


25/9/2012 - Kota Kinabalu, PRO-A terus melakar kemenangan bergaya di UMS apabila memenangi 34 daripada 38 kerusi yang dipertandingkan. Mandat demi mandat diberikan oleh mahasiswa/i seluruh IPTA tanah air setelah hampir kesemuanya keputusan memihak kepada PRO-A dengan kemenangan besar dan 3 buah IPTA yang menang bersih tanpa ada 1 kerusi pun yang dimenangi oleh PRO-M. Tahniah kepada PRO-A UMS!! 

KEPUTUSAN PENUH UMS!!

PRO-A - 34
PRO- M - 4

Pemikir Politik : TAHNIAH PRO-A UMS!! PRK UIAM terpaksa dibatalkan kerana masalah teknikal?? Teruskan bersama pemikir untuk keputusan dan isu PRK 2012.

A.B.A
ALLAH BERSAMA ASPIRASI!!


#PRKampus UPM : PRO-A TAMAN PRO-M DI UPM!!


25/9/2012 - Serdang, PRO-A terus mematikan hasrat PRO-M untuk menambah kerusi di UPM. PRO-M terus kehilangan 4 buah kerusi berbanding 11 kerusi yang dimenangi pada PRK lepas. PRK UPM kali ini memperlihatkan 4 buah Front telah bertanding untuk merebut kerusi di UPM. 4 front tersebut ialah PRO-A, PRO-M, BEBAS dan Siswa Penggerak Universiti (SPU) yang wujud pada PRK kali ini . Pertandingan 4 penjuru ini dilihat sengit antara PRO-A dan SPU manakala PRO-M terus ditanam di UPM. Hasil pertandingan sengit ini PRO-A telah berjaya untuk memenangi PRK kali ini dengan memenangi 17 kerusi. PRK pada tahun ini memperuntukan sebanyak 47 kerusi untuk dipertandingkan, 11 kerusi umum dan 26 kerusi fakulti. 

KEPUTUSAN PENUH UPM!!

PRO-A - 17 KERUSI
SPU- 13 KERUSI
PRO- M -7 KERUSI
BEBAS - 10 KERUSI

Pemikir Politik : TAHNIAH ASPIRASI UPM!! Teruskan bekerja lebih kuat untuk membela mahasiswa/i UPM!!

A.B.A
ALLAH BERSAMA ASPIRASI


#PRKampus UPNM : PRO-M TERUS KECUNDANG!!


25/9/2012 - Kuala Lumpur, PRO-A terus garang untuk menang bersih pada PRK kali ini. UPNM meneruskan legasi menang bersih kesemua kerusi selepas UITM dan UNIMAS. UPNM menjadi universiti ketiga menang kesemua kerusi tanpa diganggu gugat oleh PRO-M. TAHNIAH PRO-A UPNM!!

KEPUTUSAN PENUH UPNM!!

PRO- A - 14 KERUSI
PRO- M - 0 KERUSI

Pemikir Politik : TAHNIAH PRO-A UPNM, Semoga MPP kali ini dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik!

A.B.A
ALLAH BERSAMA ASPIRASI!!

#PRKampus UNIMAS : PRO-A MENANG BERSIH!!


25/9/2012 - Kota Samarahan, PRO-A menyapu bersih kesemua 13 kerusi yang dipertandingkan kali ini tanpa ada tentangan sengit daripada pihak PRO-M. TAHNIAH PRO-A UNIMAS!!

KEPUTUSAN PENUH UNIMAS!!

Abdur Rahman Bin Abdul Rahim (FK)
Hafizan Bin Ahmad (FSGK)
Farah Adibah binti Ramlee (FSKPM)
Muhammad Zul Syafiq Bin Abdul Wahab (FSS)
Muhammad Norhelmi Bin Ahmda (FSTS)
Awang Khairul Abid Bin Awang Rohan (FPSK)
Yusop Bin Abdul Aziz (FSS)
Carol Lieu Rze Woon (FEP)
Abdussalam Khan Bin Mustafa Khan (FK) 
Rudihartono Bin Ngatmin (FSKTM)
Mohd Azrar Bin Pauwi (FSGK)
Lim Tien Ping (FSKPM)
Khairunnabihah Zainal Abidin (PASCASISWAZAH)

TOTAL 

PRO-A - 13 Kerusi
PRO- M - 0 Kerusi

Pemikir Politik : TAHNIAH PRO-A UNIMAS kerana menang bersih pada PRK kali ini. Terus berkhidmat pada Mahasiswa/i!!

A.B.A
ALLAH BERSAMA ASPIRASI!!

#PRKampus UM : PRO-A RAMPAS UM!!!


25/9/2012 - Kuala Lumpur, Keputusan yang dinantikan akhirnya telah tiba, PRO-A akhirnya berjaya menawan kembali Universiti Malaya hasil kemenangan tipis 21-20. Kemenangan ini menunjukkan PRO-M masih belum dapat menawan satu pun IPTA di Malaysia ini. Ini menunjukkan perkembangan terbaik dan anjakan yang tertinggi PRO-A PRK 2012. Satu-satunya IPTA yang menjadi harapan PRO-M untuk menang akhirnya tewas juga di tangan PRO-A dengan saingan yang sengit kali ini. TAHNIAH PRO-A UM!! UM IS NUMBER ONE!!

Keputusan Penuh UM!!

PRO- A - 21
PRO- M -20

* 2 KERUSI SERI

Pemikir Politik : PRO-M akhirnya tewas di UM dan PRO-A menawan kembali UM, satu-satunya IPTA yang menjadi harapan PRO-A untuk menang akhirnya berkubur!!

A.B.A
ALLAH BERSAMA ASPIRASI!!

#PRKampus UMK : PRO-M TERUS DITOLAK MAHASISWA!!


25/9/2012 - Kota Bharu, PRO-A meneruskan kemaraan apabila menang besar di negeri yang ditadbir oleh Kerajaan PAS. Ini menunjukkan satu perubahan daripada Mahasiswa/i bahawa kerajaan negeri akan bertukar tangan pada PRU-13 kali ini. Kemenangan besar PRO-A ini menunjukkan sokongan Anak Muda kepada Kerajaan. PRO-M terus dirundung malang apabila hanya memenangi 1 kerusi sahaja di UMK. TAHNIAH ASPIRASI UMK!!

KEPUTUSAN PENUH UMK!!

Pro-Aspirasi - 10
Pro-Mahasiswa - 1
Bebas -

Pemikir Politik : Tahniah PRO-A dan Anak Muda UMK!! Teruskan bersama pemikir untuk keputusan IPTA yang lain.

A.B.A
ALLAH BERSAMA ASPIRASI!!


#PRKampus UMP : PRO-A BELASAH PRO-M DI UMP!!


25/9/2012 - Kuantan, PRO-A telah "membelasah" PRO-M cukup-cukup ketika ini diseluruh Malaysia hasil kemenangan besar di setiap IPTA ketika ini. Giliran UMP kali ini menambah kemenangan besar PRO-A apabila meneruskan legasi kemenangan PRO-A. PRO-A telah menang selesa dengan 18 kerusi berbalas 2 oleh PRO-M, 4 lagi kerusi akan dilantik oleh Naib Cancelor sebagai Senator kerana tiada pencalonan di 4 kerusi tersebut.

KEPUTUSAN PENUH UMP!!

ASPIRASI - 18
PRO- M - 2

*4 LAGI KERUSI AKAN DILANTIK OLEH NAIB CANCELOR SEBAGAI SENATOR KERANA TIADA PENCALONAN

Pemikir Politik : Tahniah PRO-A UMP!! Teruskan bersama pemikir untuk keputusan di lain-lain IPTA.

A.B.A
ALLAH BERSAMA ASPIRASI!!

#PRKampus UMT : PRO-M TIADA TEMPAT DI UMT!!



25/9/2012 - Kuala Terengganu, PRO-M langsung tiada dalam senarai kejayaan pilihan kampus di UMT pada kali ini. Keputusan besar yang dicatatkan oleh PRO-A di UMT memberikan satu lagi kejayaan besar buat PRO-A seluruh Malaysia. Kemenangan ini menunjukkan bahawa PRO-M tidak diterima langsung di UMT. Tahniah PRO-A UMT!! Teruskan berkhidmat kepada Mahasiswa pada sesi kali ini. 

KEPUTUSAN PENUH UMT!!

ASPIRASI - 18 Kerusi
BEBAS - 2 Kerusi
PRO-M - 0 Kerusi

Pemikir Politik : PRO-M meneruskan legasi kekalahan di seluruh IPTA ketika ini, TAKZIAH buat PRO-M!!

A.B.A
ALLAH BERSAMA ASPIRASI!!

#PRKampus UTM : PRO-M TERUS DIKUBURKAN!!


25/9/2012 - Skudai, PRO-A terus mendominasi senarai kemenangan PRK kali ini apabila giliran UTM mengeluarkan keputusan undian untuk kerusi Fakulti yang dimenangi oleh PRO-A. PRO-M hanya mendapat 4 kerusi sahaja kerusi fakulti pada PRK kali ini. TAHNIAH ASPIRASI UTM!! 

KEPUTUSAN KERUSI FAKULTI!!

FKM - 3-0
FKA - 2-1 
FKE - 2-1 
FSKSM - 2-1 
FGHT - 3-0 
FPPSM - 2-
FAB - 3-
FS - 3-0 
FP - 3-0 
FPREE - 3-0 
FKK -3-0 
FBME - 3-0

TOTAL

ASPIRASI EVOLUSI MAHASISWA - 32
PRO MAHASISWA - 4

Pemikir Politik : TAHNIAH ASPIRASI UTM  kerana meneruskan kemenangan besar untuk ASPIRASI pada PRK kali ini!! Teruskan bersama pemikir untuk keputusan di IPTA lain. 

A.B.A
ALLAH BERSAMA ASPIRASI!!

#PRKampus UPSI : PRO-A DOMINASI KERUSI UMUM!!!


25/9/2012 - Tanjong Malim, PRO-A terus mendominasi kemenangan pada hari membuang undi hari ini apabila memenangi 3 kerusi daripada 5 kerusi umum yang dipertandingkan hari ini. 2 calon PRO-A mendapat undi paling popular apabila mendapat tempat pertama, kedua dan keempat untuk kerusi UMUM. PRO-A yang sebelum ini telah dinobatkan awal untuk membentu kabinet di UPSI apabila telah memenangi 22 kerusi daripada 29 kerusi yang dipertandingkan tanpa bertanding apabila 6 calon PRO-M ditolak pencalonan kerana kesilapan teknikal pada borang calon. TAHNIAH ASPIRASI UPSI!! WE LOVE UPSI!!! Teruskan memenangi hati mahasiswa dengan menjadi pemimpin yang terbaik hasil kemenangan besar pada kali ini!!




KEPUTUSAN CALON UMUM!!

MOHD FADLILLAH BIN MUKHATAR - 6O77 undi (PRO-A)
 AIN MAWARNI BINTI MOHD NADZIR - 5545 undi (PRO-A)
Husnil Khatimah binti Hussin - 5267 undi (PRO-M)
MUHAMMAD IDRIS BIN MAHMUD - 5225 undi (PRO-A)
Muhammad Maghfur bin Ibrahim Akhibi - 487O undi  (PRO-M)

Pemikir Politik : Tahniah ASPIRASI UPSI!! PRO-M ditolak secara keseluruhan pada PRK kali ini!! 

A.B.A
ALLAH BERSAMA ASPIRASI!!

#PRKampus UUM : PRO-A TUMBANGKAN PRO-M!!



25/9/2012- Sintok, Hari pembuangan undi hari ini telah membawa berita yang gembira buat PRO-A seluruh Malaysia apabila UUM menjadi Universiti pertama hari ini mengumumkan kemenangan besar PRO-A. Hal ini jelas PRO-A masih lagi diberi kepercayaan oleh mahasiswa/i UUM. 

Keputusan penuh bagi PRK UUM sudah pun diumumkn bagi kerusi umum calon-calon PERUBAHAN (ASPIRASI) telah menang 7 kerusi daripada 8 kerusi keseluruhan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh calon bebas. Calon yang mendapat undi tertinggi ialah Iqtiyani bt Mohd Bashir dengan undian 10891undi. Bagi kerusi fakulti, calon-calon PERUBAHAN (Aspirasi) menyapu 27 kerusi dan calon daripada Pro-M mendapat 1 kerusi sahaja. Tahniah Perubahan UUM @ Aspirasi Mahasiswa UUM.

KEPUTUSAN PENUH UUM!!

UMUM
PRO-A - 7 KERUSI
PRO-M - 0 KERUSI
BEBAS - 1 KERUSI

FAKULTI 
PRO-A - 27 KERUSI
PRO-M - 1 KERUSI
BEBAS - 0 KERUSI

PEMIKIR POLITIK : TAHNIAH PRO-A KERANA BERJAYA MENUMBANGKAN PRO-M DI UUM!! PRO-M TERUS LUMPUH DI UUM!! 

A.B.A
ALLAH BERSAMA ASPIRASI!!

Sep 24, 2012

#PRKampus UKM : PRO-M DEMO BANTAH PRK!!


24/9/2012 - Bangi, PRO-M telah mulakan propaganda yang mengelirukan mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) apabila menggunakan tagline "WE LOVE UKM". Penggunaan tagline ini telah mengelirukan mahasiswa UKM kerana di semua IPTA, PRO-A telah menggunakan tagline untuk untuk mempertahankan Universiti daripada pihak luar yang cuba menganggu-gugat keamanan Universiti. 

Semalam 23 September 2012, telah berlaku satu demonstrasi kecil di Kolej Kediaman Burhanuddin Helmi yang dihadiri seramai hampir 20 orang demostran. Ini menujukkan ketidakmatangan PRO-M dalam PRK kali ini kerana berdemo di atas kesalahan sendiri. PRO-M telah berdemo kerana Suruhanjaya PRK UKM ingin membatalkan pencalonan calon PRO-M kerana telah melanggar syarat-syarat PRK UKM 2012. 

Laungan-laungan "HANCUR-HANCUR UMNO KAMPUS" DAN "HIDUP-HIDUP MAHASISWA" Dilaungkan oleh PRO-M.




INILAH FLYERS YANG TELAH DI EDARKAN OLEH PRO-M UNTUK MEMBURUKKAN ASPIRASI UKM!!


Malam tadi PRO-M telah mengedarkan flyers di tempat menunggu bas supaya mahasiswa/i turun berdemo bagi meramaikan jumlah demonstran. PRO-M sedar bahawa demo mereka di Kolej Burhanuddin Helmi tidak mendapat sambutan mahasiswa/i UKM sendiri. Cubaan untuk mengganggu demokrasi kampus ini merupakan satu perbuatan yang tidak menghormati proses PRK dijalankan demi mendapatkan undi simpati mahasiswa UKM. 

Pemikir Politik : Inilah sifat PRO-M yang sebenar, Matlamat menghalalkan cara untuk memenangi PRK Kampus!! PRO-M semakin ketandusan isu di UKM hingga sanggup mengeluarkan flyers yang cuba memburukkan lawan dengan serangan-serangan BODOH!!

A.B.A
ALLAH BERSAMA ASPIRASI!!







Sep 23, 2012

#PRKampus USM : PMIUSM NAFI PRO-M!!


23/9/2012 - Georgetown, Persatuan Mahasiswa Islam Universiti sains Malaysia (PMIUSM) hari ini mengeluarkan satu kenyataan melalui laman Facebook Setiausaha Agungnya Ummulaiman Hj. Abdul Sani mengatakan bahawa PMIUSM tidak sama dengan PRO-M. Ummu juga meminta supaya PMIUSM tidak dikaitkan dengan mana-mana kumpulan. Namun kenyataan yang meninggalkan satu persoalan penting melalui kenyataan ini apabila beliau menyatakan sokongan kepada PRO-M. Jika tidak dikaitkan dengan mana-mana kumpulan, mengapa mesti mengeluarkan kenyataan sokongan kepada PRO-M dan perkataan itu mesti di BOLD kan?? 

Kenyataan ini jika diteliti mempunyai unsur-unsur kempen dan merayu supaya mahasiswa/i USM mengundi PRO-M pada PRK kali ini. Pada PRK lepas, PRO-A telah menang besar di USM dan menjadi kampus pertama untuk PRO-A memenangi PRK. SU Agung PMIUSM sedar bahawa PRO-M akan ditolak di USM kerana imej PRO-M telah diaibkan oleh pemimpin-pemimpin mereka sendiri. 

PMIUSM juga merupakan antara tunjang penting dalam gerakan PRO-M di USM dan sekiranya PMIUSM tidak melakukan gerakan, PRO-M akan lumpuh di USM. PMIUSM juga telah dibantu oleh dua front lain seperti  Student Progressive Front (SPF) dan Malaysia Youth and Student Democratic Movement (DEMA).

Di USM, gerakan mahasiswa seperti SPF dan DEMA lebih bersifat perkauman kerana hanya melibatkan keanggotaan daripada kaum Cina sahaja. Situasi ini amat memerlukan Persatuan Mahasiswa Islam memainkan peranan yang lebih untuk menarik sokongan daripada pelajar-pelajar Melayu. - GERAKAN 13

UNDILAH CALON PRO-A USM!!


Hal ini berbeza 100% dengan PRO-A USM kerana ikatan perpaduan antara kaum menjadi tunjang dalam perjuangan PRO-A, lihat sahaja calon PRO-A USM di atas, terdapat 3 kaum utama seperti Melayu, Cina dan India. Ikatan perpaduan inilah yang membawa kepada kejayaan PRO-A untuk mendominasi PRK pada kali ini tanpa ada sifat perkauman. 

Pemikir Politik : PRO-M semakin terdesak apabila PRO-A semakin dekat di hati mahasiwa/i di seluruh IPTA! PRO-M akan berkubur pada PRK kali ini, teruskan menyokong ASPIRASI UNIVERSITI!!

A.B.A
ALLAH BERSAMA ASPIRASI!!

#PRKampus UPSI : PRO-M BUAT KACAU SETELAH KALAH TEWAS!!


23/9/2012 - Tanjong Malim, Pemikir hari ini mendapat maklumat daripada UPSI mengatakan bahawa PRO-M UPSI telah membuat satu laporan polis berkaitan 6 orang calon PRO-M di tolak pencalonan kerana tidak menulis manifesto pada borang pencalonan sewaktu hari penamaan calon 20 September kelmarin. 


Akibat daripada kesilapan teknikal daripada pihak PRO-M yang tidak melengkapkan borang calon menyebabkan 6 orang calon mereka telah ditolak pencalonan dan sekaligus memberikan kemenangan percuma kepada PRO-A. Peraturan PRK UPSI 2012 jelas meminta setiap calon mengemukakan borang dengan lengkap dan betul. Peraturan ini jelas, namun pihak PRO-M mengambil ringan soal borang calon. 

Maklumat awal yang pemikir terima dari UPSI memberitahu bahawa PRO-M akan berkumpul di bangunan E-Learning pada pukul 9 pagi esok untuk menghantar memorandum membantah 6 orang calon mereka dibatalkan ditolak pencalonan. PRO-M akan  berarak daripada bangunan E-Learning untuk ke Bangunan Cancelori untuk menyerahkan memorandum tersebut kepada Naib Cancelor UPSI Prof. Datuk Zakaria Kasa. Perjalanan perarakan esok telah direncana oleh Bekas Koordinator PRO-M Mohd Zahar dan Koordinator baharu PRO-M Mohd Hazri akan melakukan tindakan perarakan. Menurut satu lagi sumber, Adam Adli akan berada di UPSI pada hari terakhir berkempen.

Tindakan yang cuba menarik perhatian pihak pentadbiran dan mahasiswa/i ini merupakan satu tindakan yang bodoh di atas kesilapan teknikal calon mereka sendiri. PRO-M UPSI juga akan memainkan sentimen Suruhanjaya PRK UPSI tidak telus dalam mengendalikan PRK kali ini setelah 22 kerusi yang dimenangi secara percuma oleh PRO-A. Melihat kepada senario kecemerlangan PRO-A di 5 buah IPTA lepas menunjukkan semuanya akan memainkan sentimen ketelusan pihak suruhanjaya PRK, sedangkan penentu kepada kecemerlangan PRO-A adalah dari segi undi Mahasiswa/i yang memberi mandat kepada PRO-A untuk memegang tampuk kepimpinan universiti.

Laporan polis yang telah dibuat oleh pihak PRO-M juga merupakan satu tindakan yang memalukan diri sendiri apabila isu rusuhan di hadapan pintu utama UPSI di ambang tahun baru 2012 yang mengatakan polis bertindak ganas dan zalim terhadap perusuh-perusuh. Jika polis zalim dan ganas kenapa masih lagi membuat laporan polis untuk membantu dalam kes 6 orang calon PRO-M di tolak pencalonan?? Isu ini memperlihatkan bagaimana PRO-M cuba menyerang institusi keselamatan supaya rakyat Malaysia nampak seolah-olah pihak keselamatan Malaysia tidak boleh dipercayai.

UNDILAH CALON WE LOVE UPSI


Pemikir Politik : PRO-M ni dah kalah buat je la cara dah kalah, Ini dah kalah masih lagi nak buat kacau untuk cuba menganggu perjalanan demokrasi kampus!! Sudah-sudah la PRO-M, 22 kerusi PRO-A dah menang besar, apa lagi nak buat kacau, UPSI bukan milik PRO-M!!

A.B.A
ALLAH BERSAMA ASPIRASI!!

Sep 22, 2012

#PRKampus UPSI : PRO-M REBAH SETELAH PENAMAAN CALON!!



22/9/2012- Tanjong Malim, PRO-A meneruskan kecemerlangan memenangi PRK kali ini apabila giliran UPSI untuk mencatatkan kemenangan setelah penamaan calon yang tamat pada pukul 5 petang tadi. PRO-A memenangi 22 kerusi tanpa bertanding daripada 29 kerusi yang dipertandingkan. 22 kerusi yang dimenangi tanpa bertanding ini sekaligus menobatkan PRO-A membentuk kabinet walaupun tarikh membuang undi pada 25/9/2012. 6 orang calon PRO-M telah ditolak pencalonan mereka kerana tidak memenuhi syarat untuk menjadi calon. Calon PRO-M tidak mengemukakan manifesto untuk PRK kali ini, bagaimana menjadi calon untuk membela mahasiswa sedangkan manifesto pun tiada untuk memenangi hati mahasiswa/i??

PRO-A akan meneruskan kempen di UPSI untuk merebut lebihan kerusi yang akan dipertandingkan pada 25 September ini. Menurut sumber daripada UPSI yang mengatakan saingan sengit di UPSI akan terjadi ternyata meleset apabila PRO-M rebah sebelum hari membuang undi. PRO-A yang dikatakan akan menentang 3 puak iaitu Mahasiswa Pendidik (PRO-M), Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) dan calon bebas yang ditaja PRO-M untuk memecahkan undi PRO-A tidak menjadi kenyataan diatas kejayaan PRO-A di UPSI kali ini. Mohd Zahar (Bekas koordinator PRO-M UPSI) menyifatkan pertandingan kali ini bukan antara PRO-A dan PRO-M, tetapi menentukan nasib UMNO dan PAS untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kali ini. 

PRK lepas yang membuatkan PRO-A hampir tewas kepada PRO-M sehinggakan banyak EXCO MPP daripada PRO-M, namun kali ini jentera PRO-A terus bekerja kuat bagi memastikan kejayaan dan PRO-M rebah setelah beberapa insiden yang melibatkan Mahasiswa UPSI yang membuat rusuhan pada sambutan tahun baru di hadapan pintu utama UPSI dan insiden menurunkan bendera tertera gambar Perdana Menteri di PWTC pada awal tahun ini.


DS FARHAN (BEKAS PEJUANG ASPIRASI UPSI)

Seorang bekas pejuang ASPIRASI UPSI Ds Farhan yang dapat pemikir hubungi menyifatkan bahawa kemenangan besar ini membawa perspektif positif bahawa mahasiswa/i kini pandai menilai pemimpin untuk menjadi pemimpin pelajar dan ini menunjukkan aras tertinggi untuk ASPIRASI di semua Universiti bahawa PRO-M tidak relevan dalam kalangan pelajar yang hanya lebihkan politik luar berbanding politik kampus untuk membela nasib mahasiswa/i di universiti.

"Lihat sahaja 5 buah IPTA yang telah membuang undi pada 20 September kelmarin, semuanya mencatatkan kemenangan besar ASPIRASI dan ini membuktikan bahawa ASPIRASI berada dihati mahasiswa/i untuk terus menerajui kepimpinan di Universiti"

Pemikir Politik : ASPIRASI UPSI terus menerajui kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar UPSI dengan majoriti lebih besar. ADAM ADLI dan MOHD ZAHAR jangan bersedih hati dengan kekalahan teruk pada PRK kali ini. 

A.B.A
ALLAH BERSAMA ASPIRASI!!

Sep 21, 2012

#PRKampus : PRO-A MENANG BESAR 5 BUAH IPTA!!!



21/9/2012 - Shah Alam, PRO-A menang besar di 5 buah IPTA pada keputusan pengundian yang ditutup pada pukul 5 petang tadi. Kemenangan besar ini membuktikan bahawa mahasiswa terus memberi mandat kepada ASPIRASI untuk menerajui kempimpinan Universiti. 5 Buah universiti yang telah memperoleh kemenangan besar ialah UITM, UniMAP, UTEM dan UNISZA. 

UITM meneruskan legasi kemenangan besar apabila menyapu bersih 50 kerusi yang dipertandingkan. Ini menunjukkan bahawa mahasiswa tidak terpedaya dengan PRO-M walaupun Khalid Ismath cuba menghuru-harakan UiTM pada suatu ketika. Kemenangan besar ini membuktikan bahawa mahasiswa/i UiTM menolak 100% PRO-M di UiTM. 

UTHM juga telah berjaya meningkatkan jumlah kerusi untuk mendominasi PRK kali ini apabila menang 25 daripada 27 kerusi yang dipertandingkan. Jumlah pertambahan kerusi kali ini memperlihatkan kepercayaan mahasiswa/i terhadap kepimpinan PRO-A sebelum ini, walaupun pada PRK lepas PRO-A dilihat menang majoriti yang agak rendah. 

Kemenangan besar ini akan diteruskan oleh lagi oleh 15 buah lagi IPTA yang akan membuang undi pada 25 September 2012. PRO-M terus ditolak oleh mahasiswa kerana  cuba mencetuskan suasana tidak aman di kampus dengan demonstrasi jalanan dan hanya pandai berjanji tidak tidak menepati janji. Mahasiswa hari ini telah bijak dalam menilai calon yang beribawa untuk menerajui Majlis Perwakilan Pelajar Universiti. Hasil pemantauan oleh pemikir, 15 buah universiti lagi mempunyai potensi besar untuk PRO-A meneruskan legasi kemenangan besar. 



Pemikir Politik : Tahniah UITM, UTHM, UniMAP, UTEM dan UNISZA kerana memperoleh kemenangan besar pada PRK kali ini. Kepada calon yang menang, jangan lupa membela nasib mahasiswa/i dan dapat menunaikan tanggungjawab dengan baik!

A.B.A
ALLAH BERSAMA ASPIRASI!!



Sep 20, 2012

KAMPUS UPSI : TNC AKADEMIK ORANG KUAT PKR!!!


Prof. Dr. Omar b. Abdull Kareem 
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)

20/9/2012- Tg Malim, Sedang kerancakan PRK seluruh IPTA Malaysia, muncul pula berita yang telah lama pemikir dengar sewaktu mula-mula Prof. O ini menjadi TNC Akademik. Hari ini UPSI Daily mendedahkan siapa Prof. O yang sebenarnya. Bekas-bekas MPP juga mengatakan hal yang sama mengenai Prof O ini dan mereka sungguh terkejut apabila ORANG KUAT PKR ini boleh menjadi TNCA UPSI. 


Petikan daripada UPSI DAILY

Prof 'O' dikhabarkan ada mengambil cuti untuk mengikuti siri ceramah Anwar Ibrahim. Dikenderaan miliknya juga terdapat bahan bacaan pro kepada parti pembangkang seperti Suara Keadilan dan Harakah. 
Jika benar dakwaan ini, pihak UPSI DAILY merasakan Prof 'O' harus menumpukan kepada kerjaya politiknya sahaja.

Jika dakwaan ini fitnah mohon Prof 'O' keluarkan kenyataan nafi dan membersihkan dirinya daripada dakwaan ini. 
Seorang ahli akademik sepatutnya bebas daripada partisipasi politik. Dia juga dikatakan pernah mengeluarkan statement suka dengan penulisan UPSIKINI (blog Pro M) kerana sesuai dengan citarasanya.

Prof 'O' juga dikatakan lebih mesra dengan geng-geng Pro M.

Selanjutnya Klik PANAS!!! TNC UPSI Penyokong Kuat 'PKR'? 



 Melihatkan keadaan ini, UPSI sudah lama berada dalam keadaan bahaya kerana terdapat ORANG KUAT PKR ini dalam pentadbiran UPSI. Pemikir juga berasa hairan kenapa selepas Prof. A ini menjadi TNCA, Adam Adli suatu ketika dulu BERANI merusuh di hadapan pintu utama UPSI untuk sambutan tahun baru. Ini menunjukkan ada sokongan daripada orang dalam UPSI yang memegang jawatan tinggi yang menyokong Adam Adli dan konco-konconya untuk membuat kacau di UPSI.

Pemikir juga mendapat maklumat daripada seorang pensyarah UPSI yang memberitahu pemikir bahawa Prof. O ini pernah merampas microfon Datuk Khusairi (ADUN SLIM) sewaktu beliau memberikan ucapan. Ini menunjukkan betapa Ekstreamnya Prof. O ini dalam PKR dan sebab itulah Adam Adli boleh menjadi Ekstream membuat rusuhan di UPSI. 

Berita terkini PRK UPSI, PRO-A mendahului senarai kerusi yang dimenangi tanpa bertanding sebanyak 13 kerusi daripada 29 kerusi yang dipertandingkan setelah penamaan calon di tutup petang tadi dan PRO-M menyapu bersih 2 kerusi Fakulti Seni dan Komputeran kerana tiada calon PRO-A yang bertanding di fakulti tersebut. Mengikut perkiraan pemikir, PRO-A hanya perlukan 10 kerusi sahaja untuk selesa membentuk kabinet MPP sesi kali ini. 

Pemikir Politik : Pihak KPT mestilah mengambil tindakan selanjuntnya dalam perkara ini, bagaimana boleh melepaskan orang kuat PKR ini menjadi TNCA yang merupakan jawatan penting dalam pentadbiran UPSI!! Tahniah kepada PRO-A kerana menang tanpa bertanding di 13 kerusi. 

#PRKampus UTHM : PRO-M LARANG MAHASISWA TURUN MENGUNDI!!


20/9/2012 - Batu Pahat, PRO-M mula buat kecoh di Facebook di hari membuang undi pemilihan MPP UTHM kerana 11 calon PRO-M tidak dipaparkan untuk di undi oleh Mahasiswa/i. PRO-M terus berkempen supaya mahasiswa/i memboikot pilihanraya kampus dan jangan turun mengundi pada hari ini.



11 calon PRO-M tidak dipaparkan nama kerana pencalonan mereka telah dibatalkan oleh pihak suruhanjaya PRK kerana telah melanggar calon syarat PRK yang telah ditetapkan. PRO-M telah cuba memutarbelitkan keadaan sebenar mengatakan pihak Universiti tidak telus dan sabotaj calon PRO-M dalam menjalankan PRK kali ini.


Salah seorang calon yang bukan dalam kalangan PRO-M telah mendedahkan bahawa beliau juga telah dibatalkan pencalonan kerana berkempen di facebook dan akur dengan surat pembatalan pencalonan yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya PRK UTHM. Ahmad Rudy di laman Facebooknya berkata "saya juga calon, kena buang sebab berkempen di Facebook, saya dapat panggilan daripada pihak Universiti menyuruh saya datang mengambil surat pembatalan dan yang saya tahu 11 lagi calon tidak mahu datang sendiri untuk mengambil surat pembatalan"

Ahmad Rudy juga akur dengan peraturan yang telah ditetapkan, "saya sendiri terima dengan peraturan dan saya yang cuai"

Ini memperlihatkan bahawa bukan calon PRO-M sahaja dibatalkan pencalonan oleh pihak Universiti tetapi terdapat calon lain yang dibatalkan kerana melanggar peraturan PRK yang telah ditetapkan. Hal ini memperlihatkan PRO-M semakin terdesak untuk memenangi PRK kali ini sehingga sanggup memboikot PRK UTHM sedangkan calon PRO-M sendiri telah melanggar peraturan pilihanraya. Pemikir memuji tindakan tegas yang telah dibuat oleh pihak UTHM tanpa mengira PRO-M ataupun PRO-A. 


Peraturan melarang calon, penyokong dan pencadang untuk berkempen di facebook telah dilanggar oleh calon PRO-M, namun pihak jentera boleh berkempen untuk calon mereka. Memperlihatkan keadaan ini, PRO-M mengiginkan UNDI SIMPATI mahasiswa untuk memenangi PRK kali ini kerana ketandusan isu untuk memenangi hati mahasiswa.

Pemikir Politik : Lain kali jangan langgar syarat PRK, baca dulu syarat-syarat sampai habis. Takziah buah 11 orang calon PRO-M yang telah terkorban pada PRK UTHM kali ini. 





#PRKampus : PRO-A LANGKAH KANAN DI UITM KELANTAN!!!



PRO-A meneruskan langkah kanan apabila menang tanpang bertanding di 4 fakulti di UITM Kelantan. 2 Fakulti lagi akan dipertandingkan dan mahasiswa/i akan membuang undi pada 20/9/2012. Seluruh UiTM akan membuang undi bermula pukul 8.30 pagi hingga 5 petang, tunaikan tanggungjawab anda sebagai pemilih dan pastikan memangkah [ X ] CALON ASPIRASI!!

Calon promahasiswa tidak ada tempat di UiTM
SHAH ALAM 18 Sept. - Pilihan raya kampus di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dijangka mengalami suasana berbeza berbanding di universiti lain apabila hanya calon proaspirasi sahaja yang bakal bertanding pada pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2012/2013.
Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM, Mohd. Farid Zuhri Ismail berkata, perkara itu berlaku kerana pelajar di universiti tersebut menyokong segala aspirasi pihak pengurusan universiti malah berterima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan tempat pengajian kepada mereka.
Beliau berkata, calon pilihan raya kampus di universiti tersebut akan bertanding sesama sendiri bagi merebut dua kerusi bagi setiap fakulti.
''Ketiadaan calon promahasiswa pada pilihan raya kampus UiTM bukan kerana pihak pengurusan tidak membenarkan mereka bertanding tetapi kerana tidak ada pelajar di universiti ini yang tidak menyokong aspirasi pihak pengurusan universiti.
''Sekiranya ada sekali pun pihak promahasiswa yang mahu bertanding, mereka tahu kehadiran mereka pasti tidak akan diterima oleh pelajar di sini," katanya kepadaUtusan Malaysia di sini hari ini.
Sementara itu, calon kerusi Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur,Muhammad Fitri Abdullah, 23, berkata, pilihan raya kampus di universiti tersebut akan berlangsung dalam suasana harmoni memandangkan tidak ada seorang pun calon promahasiswa.
 Katanya, calon yang bertanding juga mengenali antara satu sama lain dan untuk itu kempen mereka akan lebih tertumpu kepada janji untuk memberi khidmat terbaik kepada kebajikan pelajar tanpa perlu bertikam lidah sesama sendiri.
   
''Kempen setiap calon yang bertanding akan lebih banyak tertumpu kepada kebajikan pelajar serta bagaimana calon mengambil inisiatif untuk menyelesaikan setiap masalah pelajar ketika berada di kampus," kata pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan itu.

CALON FAKULTI AKADEMI PENGAJIAN BAHASA UITM SHAH ALAM!!



Calon kerusi Akademi Pengajian Bahasa, Zairil Azhar Roslan, 21, pula berkata, pelajar di universiti tersebut menolak segala campur tangan politik dari pihak luar kerana ia hanya akan memecah belahkan perpaduan di kalangan mahasiswa UiTM.
 Kata pelajar Ijazah Sarjana Muda Bahasa Melayu Komunikasi Profesional itu, pihaknya tidak akan membenarkan pelajar UiTM dipergunakan oleh pihak tertentu semata-mata untuk memenuhi agenda masing-masing.
  
''Saya sendiri hanya berjanji hanya akan memperjuangkan kebajikan pelajar di kampus contohnya berharap pihak pengurusan universiti dapat mempertimbangkan untuk membina sebuah kafeteria dengan kemudahan Internet tanpa wayar di fakulti kami," katanya.






TARIKH PENAMAAN CALON DAN PEMBUANGAN UNDI IPTA SELURUH MALAYSIA

Pemikir Politik : Teruskan perjuangan ASPIRASI Universiti!! Langkah kanan PRO-A akan terus diberkati ALLAH. 

A.B.A
ALLAH BERSAMA ASPIRASI!!




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails