UMNO hari ini telah memperkenalkan sistem pendaftaran ahli UMNO secara online bagi menarik minat orang ramai bagi menganggotai parti politik terbesar di Malaysia ini.
Dengan munculnya sistem pendaftaran secara online ini diharap dapat memudahkan lagi serta membantu orang ramai khasnya golongan muda yang berhasrat untuk menganggotainya berbanding dengan kaedah yang digunapakai sekarang yang mungkin terdapat sedikit kesukaran ataupun kekangan tertentu.
Selaras dengan kemajuan teknologi maklumat , langkah UMNO ini merupakan satu tindakan yang amat bijak dan seharusnya dipuji. UMNO seharusnya mensasarkan kepada golongan muda memandangkan kebanyakan mereka ini bakal menjadi pemilih pada pilihanraya umum akan datang.
Kepada pelayar-pelayar kmu.net.my yang berminat untuk menyertai parti keramat ini bolehlah melayari laman sesawang berikut www.daftar.umno.org.my
SELAMAT BERJUANG!
No comments:
Post a Comment