Mar 22, 2012

KAMPUS : 10000 MEMBANJIRI UITM SHAH ALAM!!!


TEPAT JAM 9.10 MALAM DATUK SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK TIBA DI DEWAN AGONG TUANKU CANCELOR (DATC) UNTUK MERASMIKAN PELANCARAN YAYASAN SUKARELAWAN SISWA (YSS) DAN AMANAT PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA KAMPUS 2012. WALAUPUN AGAK LEWAT NAMUN MAHASISWA TERUS MEMBANJIRI DATC DAN PENUH SESAK DALAM DAN DILUAR  DEWAN TERSEBUT YANG TELAH DIHADIRI LEBIH 10 000 MAHASISWA DARIPADA IPTA DAN IPTS SELURUH NEGARA. 

PM JUGA MENYENTUH ISU AUKU YANG AKAN DIPINDA BAGI MEMBOLEHKAN MAHASISWA SECARA LANGSUNG  UNTUK MASUK DALAM ARENA POLITIK NEGARA. 

CADANGAN PINDAAN AUKU ITU DIBUAT BAGI MEMBOLEHKAN MAHASISWA MENDENGAR CERAMAH POLITIK DAN MEMILIH PARTI TANPA MENGABAIKAN TUMPUAN TERHADAP PELAJARAN SEMASA DI KAMPUS.

PINDAAN AUKU INI JUGA MENUNJUKKAN "KERAJAAN TIDAK MENUTUP MINDA MAHASISWA SEBALIKNYA MEMBERI PELUANG KEPADA MEREKA UNTUK MEMBUAT PENILAIAN DAN PERTIMBANGAN."

MENGENAI YAYASAN SUKARELAWAN, DS NAJIB MEMINTA MAHASISWA/I MELAKUKAN KERJA KEBAJIKAN DAN MENJADI SUKARELAWAN SEKURANG-KURANGNYA SEKALI SEPANJANG PENGAJIAN. 

PM JUGA MENYERU SUPAYA MAHASISWA "JANGAN TERMAKAN HASUTAN DAN JANJI MANIS. PM JUGA BERKATA MEREKA BOLEH JANJIKAN BULAN, BINTANG DAN CAKERAWALA NAMUN MEREKA HANYA BOLEH BERJANJI TETAPI KERAJAAN YANG DELIVER"

MENYENTUH ISU TURUNKAN BENDERA, PM BERKATA "JIKA SEORANG MENURUNKAN SATU BENDERA GAMBAR SAYA, AKAN ADA BERPULUH-PULUH LAGI MENAIKKAN BENDERA GAMBAR SAYA SECARA BERSELOROH YANG DIIRINGI TEPUKAN GEMURUH DARIPADA MAHASISWA YANG HADIR." LAUNGAN WE LOVE PM MENGGEGARKAN UITM SHAH ALAM MALAM TADI!!

DISINI PEMIKIR INGIN KONGSIKAN SEDIKIT GAMBAR YANG SEMPAT DIAMBIL OLEH PEMIKIR SEKITAR MAJLIS PELANCARAN :



MAHASISWA MEMBANJIRI HADAPAN DATC!!


MAHASISWA BERATUR PANJANG MENUNGGU KETIBAAN PM TERCINTA!!


DS NAJIB BERSAMA-SAMA DS KHALID, DS NOH OMAR DAN DATUK SAIFUDDIN.


DEWAN PENUH SESAK DAN SEMUA TEMPAT DUDUK PENUH!!


AKIBAT PENUH TEMPAT DUDUK MAHASISWA SANGGUP DUDUK ATAS LANTAI DEMI PM!!


UCAPAN PM YANG MEMUKAU 10 000 RIBU MAHASISWA DI DALAM DAN LUAR DEWAN!!


GIMIK PELANCARAN SUKARELAWAN SISWA YANG DISEMPURNAKAN DS NAJIB!!

Pemikir Politik : WE LOVE PM!! INILAH PEMIMPIN YANG MENDENGAR SUARA RAKYAT!! SOKONGAN PENUH KEPADA KEPIMPINAN NEGARA HARI INI DARIPADA MAHASISWA!!

1 comment:

  1. Syabas buat adik2 yang menghadiri perhimpunan tersebut..saya berharap agar adik2 semua menjadi warga yg berhemah, berintegriti dan sentiasa melakukan yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negara.

    Saya menaruh harapan agar adik2 semua menjadi pemimpin negara satu masa nanti di atas platform yang telah disediakan oleh kerajaan. Sentiasa lah berdiri teguh di belakang kerajaan dan bantu lah kerajaan yang telah banyak memberi peluang pendidikan dan nikmat kemakmuran kepada kita.

    Jangan kita gadaikan masa depan kita hanya terikut-ikut nafsu mereka yang hanya ingin menghancurkan agama, bangsa dan negara.

    Kepada adik2 lah kami harapkan untuk meneraju negara kerana kami tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran setinggi seperti adik2 semua.

    ReplyDelete