Mar 19, 2012

KAMPUS : AMAN KAMPUS SOKONG MADRASAH SALIHIAH KANCHUT DIROBOHKAN??



Tanpa mempedulikan tunjuk perasaan kariah. Kompleks membeli-belah itu berharga RM500 juta. Turut hadir ialah Pengarah Urusan syarikat pemaju, Belleview Group, Datuk Sonny Ho, sebuah syarikat berpangkalan di negeri pakatan, Pulau Pinang!! 


FAKTA MADRASAH SALIHIAH KANCHUT

Jalan Tambang Badak, Alor Setar, KEDAH

DIBINA pada tahun 1327 Hijrah atau 1909. Kini berusia 102 tahun.

Bangunan yang asalnya diperbuat daripada kayu itu diasaskan antaranya oleh Hajah Aisyah.

Tapak asal Madrasah Salihiah adalah kira-kira 0.1 hektar namun mengecil kepada 0.08 hektar selepas sebahagian daripada tanahnya diambil untuk tujuan pembinaan jalan raya.

Tapaknya berstatus tanah wakaf khas yang dikhususkan untuk orang Islam bagi tujuan pembinaan masjid atau surau dan ia tidak pernah diganggu sejak sekian lama.

Madrasah itu kini mempunyai kira-kira 200 ahli kariah, bahkan kariah dari Jalan Titi Siam, Kampung Pisang, Jalan Menanti dan umat Islam lain juga menggunakan kemudahan yang ada di madrasah itu.

Setelah sekian lama digunakan, pada 23 Oktober 2011 pihak Madrasah Salihiah menerima notis daripada Kerajaan Negeri Kedah agar mengosongkan bangunan madrasah itu untuk dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek pembangunan.

Ahli kariah tidak berpuas hati kerana ia melanggar keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kedah pada 8 Rejab 1431 iaitu 21 Jun 2010 yang menyatakan. “Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah memutuskan bahawa surau ini hendaklah dikekalkan di tempat asalnya tanpa diruntuhkan struktur asal bangunan tersebut demi kemaslahatan jemaah berdekatan untuk beribadat dan melakukan aktiviti keagamaan.”

Namun pada cabutan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 4 Julai 2011, jawatankuasa itu membuat pindaan terhadap keputusan yang dibuat pada 21 Jun 2010.

Pindaan itu membenarkan madrasah itu digantikan dengan surau baru yang dibina oleh pemaju dengan beberapa syarat ditetapkan.
Notis mengosongkan bangunan itu diberikan lagi oleh kerajaan negeri yang berakhir 10 November 2011 bagi pembangunan semula Plaza Tunku Yaacob.

Kerajaan negeri berjanji akan menggantikan Madrasah Salihiah Kanchut dengan surau baru di pusat beli-belah tersebut.



 

AMAN KAMPUS SEMPAT MENZIARAHI MADRASAH SALIHIAH KANCUT YANG INGIN DIROBOHKAN OLEH KERAJAAN PAS NEGERI KEDAH!!

Kerajaan negeri pimpinan Azizan pula berkata siapa yang menentang ‘projek pembangunan’ itu dengan merobohkan madrasah itu sebagai orang bingai, atau tak reti bahasa dan jahil.

Madrasah Salihiah bukanlah madrasah biasa atau surau baru. Ia telah berusia lebih 100 tahun dan menjadi salah satu bangunan warisan Kedah di kota raya Alor Setar tua itu.

Bolehkah kita perdengarkan azan di dalam kompleks beli-belah, sama seperti madrasah itu sekarang? Jika sebuah surau lain dibina dibawah bangunan atau di tapak lain, adakah sama dengan Madrasah Salihiah berusia 100 tahun ini???



 

SAUDARA SHAHAR ABDULLAH PRESIDEN ASPIRASI MALAYSIA TANDATANGAN KAIN RENTANG AMAN KAMPUS DAN MENYOKONG MADRASAH SALIHIAH DIKEKALKAN!!

 

AMAN KAMPUS JUGA SEMPAT MELAKUKAN SOLAT MAGHRIB, ISYAK DAN SOLAT HAJAT SUPAYA PERJUANGAN UNTUK MENGEKALKAN MADRASAH SALIHIAH DITERUSKAN!!

 
AMAN KAMPUS BERSAMA-SAMA KARIAH MADRASAH SALIHIAH KANCHUT!!

 

TANDA TANGAN YANG DIKUMPUL AMAN KAMPUS UNTUK MENGEKALKAN MADRASAH SALIHIAH!!

 

DULU PAS MEMPERJUANGKAN TANAH WAKAF, KINI TANAH WAKAF NAK DI AMBIL BUAT TEMPAT SOSIAL!!! PAS SEMAKIN TERGELINCIR!! 


WAJIB TENGOK : EKSKLUSIF VIDEO AMAN KAMPUS DI MADRASAH SALIHIAH KANCHUT!!


SELANJUTNYA KLIK HARAPAN ESOK

Pemikir Politik : KERAJAAN PAS KEDAH SANGGUP MENGGADAIKAN TANAH WAKAF DEMI MEMBANGUNKAN KAWASAN MEMBELI BELAH!!! MATLAMAT PAS MENGHALALKAN CARA!! KUBURKAN PAS DI NEGERI KEDAH!! BN KEMBALI TERAJUI KEDAH PRU-13!!



No comments:

Post a Comment