Mar 28, 2012

KAMPUS : PUSAT LATIHAN PENGGANAS DIBONGKAR!!!


Liqa' adalah tempat berhimpunnya kumpulan usrah yang menghimpunkan mahasiswa PMI di suatu tempat rahsia untuk mendengar amanat dan sesi "PEMULIHAN AKHLAK" oleh beberapa pemimpin PAS yang tersohor. Ia dilakukan dalam kuantiti yang lebih besar berbanding sesi usrah.

Proses doktrinisasi PMI telah dipelopori oleh PAS sejak dari dahulu lagi. Ia melalui beberapa peringkat atau fasa yang tersendiri. Malah, ia hanya menggunakan sebilangan kecil mahasiswa kerana elemen kerahsiaan itu amat dititikberatkan oleh PAS untuk merekrut 'anak-anak buah PAS yang berada di kampus seluruh Malaysia. 


Menurut sahabat SARFAMS yang pernah mengikuti siri Liqa' ini, ia menceritakan bagaimana penglibatan pemimpin PAS seperti Mahfuz Omar, Ustaz Idris Ahmad dan Abdullah Abdul Karim (Pemuda PAS) yang juga mastermind bagi pergerakan Pro Mahasiswa/Pro Pembangkang di seluruh Malaysia dalam sesi liqa' ini.


Kononya hari ini Pro-M tidak mahukan politik luar, dan menuntut supaya politik luar tidak campur tangan dalam KAMPUS. Di sini Pemikir kongsikan pendedahan kononnya Pro-M bebas daripada politik luar!!






SETELAH GAMBAR-GAMBAR INI DIKELUARKAN, APA LAGI YANG PRO-M MAHUKAN?? PRO-M SENDIRI MASIH LAGI MENJADI KAMBING HITAM PAS!!! DEMONTRASI DEPAN KPT MENUNTUT KAMPUS BEBAS DARIPADA CAMPUR TANGAN POLITIK LUAR HANYA WAYANG SAHAJA!!

Pemikir Politik : Pro-M terus MENIPU Mahasiswa!! PAS terus PERGUNAKAN MAHASISWA!! A.B.A ALLAH BERSAMA ASPIRASI!!


1 comment: