“Saya mencabar pemimpin PKR untuk menafikan yang modul serta gerak kerja pilihan raya mereka disusun dan diolah oleh dua badan asing yang ada kaitan dengan puak Yahudi iaitu Konrad Adeneur Foundation (KAF) dan National Democratic Institute for International Affair (NDI).
“Kedua-dua badan yang nyata mempunyai hubungan begitu akrab dengan pelobi Yahudi antarabangsa berperanan menyediakan gerak kerja bagi PKR menghadapi pilihan raya akan datang,” katanya ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini. - utusan malaysia
"Campur tangan kumpulan pro-Yahudi dalam bentuk latihan, kewangan dan teknikal terutamanya dalam PKR bukan perkara baru. Ia telah berulang kali didedah dan diakui sendiri bekas-bekas pemimpin PKR sehingga mereka menang besar pada 2008.
"Soalnya kenapa sehingga sekarang tiada tindakan? Ini soal keselamatan negara, bukan soal perjudian politik. Kenapa kita harus takut untuk bertindak terhadap PKR dan kumpulan NGO asing ini? Jangan nanti apabila nasi sudah jadi bubur baru kita hendak menyesal.
"Jika wakil NGO ini masih berada dalam negara, usir mereka dengan segera. Sekat segala pengaliran wang dan bekukan mana-mana aset yang 'didermakan' kumpulan pro-Yahudi ini kepada PKR," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman memberitahu, KAF memang telah lama membantu PKR dalam bentuk bantuan dana kepada Institut Kajian Dasar (IKD) yang merupakan penjana idea kepada Anwar serta parti itu.
Rahimi turut mengesahkan segala dakwaan yang dibuat oleh Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed semalam berhubung hubungan Anwar, PKR dan KAF adalah benar.
"Saya mengesahkan segala dakwaan yang dibuat oleh Datuk Seri Mohd. Zin itu kerana pada pengetahuan saya, memang KAF terlibat secara aktif membantu PKR dan beberapa NGO lain yang pro pembangkang.
"Alasan KAF membantu parti itu dan Anwar adalah kononnya untuk menyuburkan demokrasi dan liberalisme di negara ini.
''Bagaimanapun kita perlu memahami bahawa sekiranya mereka (pembangkang) menang (pilihan raya), pasti akan ada campur tangan asing dalam urusan pentadbiran negara," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Pemikir Politik : KEPADA PECACAI ANWAR, INILAH HADIAH KEPADA ANDA!!! SUDAH TERANG LAGI BERSULUH!!! TUNGGU APA LAGI??? LENYAPKAN PR PADA PRU-13 KALI INI!!
No comments:
Post a Comment