PR SIBUK MEMBANTAH LYNAS [SINI] YANG TIDAK BERBAHAYA, TAPI DI BATU KAWAN INGIN MEWUJUDKAN KILANG YANG MENGELUARKAN TOKSIK BERBAHAYA KEPADA RAKYAT DAN ALAM SEKITAR!!
Ketua Biro Perkhidmatan Awam Pemuda Gerakan Pulau Pinang, Rich Too berkata, mereka menuntut penjelasan Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengenai pembinaan kilang berkenaan yang dikendalikan sebuah syarikat dari Jerman.
“Kita tidak menentang teknologi solar tetapi proses untuk menghasilkannya boleh mencemarkan alam sekitar. Ia juga akan mengancam kehidupan jika pembuangan sisa toksik tidak dikendalikan dengan betul.
“Kita mahu penjelasan tentang kaedah yang digunakan untuk mengendalikan bahan berbahaya seperti toksik yang dikeluarkan oleh loji itu kelak.
"Guan Eng juga perlu maklumkan langkah pencegahan jika berlaku kecemasan atau kemalangan sekiranya loji itu dibina bersebelahan taman perumahan," katanya.
Difahamkan, loji pengeluaran panel solar berkenaan akan dibina di Batu Kawan dengan pelaburan RM2.2 bilion.
Syarikat dari luar negara itu dikatakan sudah memulakan proses pembelian tanah seluas 32 hektar di kawasan berkenaan.
“Pembinaan loji ini boleh disifatkan sebagai penganiayaan kepada bakal penduduk yang hanya menunggu rumah mereka siap untuk diduduki.
"Loji ini memerlukan kawasan luas untuk mengawal sembilan jenis gas beracun yang dihasilkannya," katanya. - sinar harian
Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Huan Cheng Guan berkata, pembinaan loji tersebut akan menyebabkan berlaku pencemaran alam sekitar dan menjejaskan kesihatan.
"Sebagai sebuah kerajaan negeri pakatan pembangkang yang sering melaungkan ketelusan dan akauntabiliti kepada rakyat negeri ini, sepatutnya mendapatkan pandangan rakyat sebelum melaksanakan projek itu.
"Pembinaan loji panel solar itu amat serius kerana kita ada pilihan untuk tidak membina kilang berkenaan di negeri ini. - utusan
INILAH KERAJAAN DAP!! INGIN MENBUNUH RAKYAT PULAU PINANG DENGAN 9 JENIS GAS BERACUN BERBAHAYA!!! PROSES YANG MENGHASILKANNYA BOLEH MENGAKIBATKAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR!!
Pemikir Politik : LGE hanya pentingkan PELABURAN!! tapi keselamatan rakyat dan alam sekitar??? KUBURKAN DAP DI PENANG PADA PRU-13!!!
No comments:
Post a Comment