HARI INI PEMIKIR TELAH DAPAT SATU EMAIL DARIPADA RAKYAT MALAYSIA YANG BERNAMA SHEN YEE AUN, ANTARA ISI KANDUNGAN EMAIL BELIAU :
Lim Guan Eng sendiri mengambil bahagian dalam demonstrasi Himpunan Hijau untuk menentang projek LYNAS di Kuantan. Namun begitu, ketika CEO LYNAS mahu berjumpa dengan beliau ada sahaja alasan beliau untuk tidak berjumpa dengannya.
Sekirannya Lim Guan Eng merasakan LYNAS ini benar – benar berbahaya kepada rakyat Malaysia dan jika ikhlas beliau sayangi rakyat Malaysia maka mengapa tidak sahaja berjumpa dengan CEO LYNAS dan mengirimkan kerisauan beliau terhadap projek LYNAS yang akan membahayakan rakyat Malaysia?
Apakah pada hari ini perjumpaan dan perbincangan sihat antara kedua-dua pihak bukan satu jalan penyelesaian yang lebih baik berbanding dengan demonstrasi semata – mata? Beliau seharusnya menjadi wakil rakyat Malaysia yang berani dan ikhlas untuk mengemukakan masalah LYNAS yang dikemukan oleh Pakatan Rakyat kepada CEO LYNAS.
"I was surprised he wished to meet me, instead of those affected people in Kuantan," said Lim.
Kenyataan Lim Guan Eng di atas hanya menunjukkan beliau seorang politikus yang bijak untuk memutar dan tidak ikhlas berjuang untuk rakyat. Jika Lim Guan Eng mengatakan CEO LYNAS lebih berminat untuk berjumpa dengannya berbanding dengan rakyat di Kuantan maka bukankah Lim Guan Eng lebih berminat untuk berdemonstrasi di negara jerit hentikan LYNAS tetapi tidak sanggup berdepan dengan CEO LYNAS dan mengatakan tidak kepada LYNAS di hadapannya?
Kalau benar sayang akan rakyat Malaysia maka jika CEO LYNAS tidak menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Lim Guan Eng sekalipun beliau seharunya mengambil usaha untuk berjumpa dengannya demi rakyat Malaysia yang kita cintai.
Pertama anda merosakkan ketamadunan rakyat Malaysia dengan membawa mereka ke jalanan untuk berdemonstrasi.
Kedua anda tidak berani berdepan dengan individu yang anda rasa akan merosakkan keselamatan rakyat Malaysia.
MAKLUMAT LANJUT MENGEBAI LYNAS KLIK LYNAS
MAKLUMAT LANJUT MENGEBAI LYNAS KLIK LYNAS
Pemikir Politik : INILAH LIM GUAN ENG!! TIDAK MAMPUS BERDEPAN DENGAN CEO LYNAS!! BERANI KERANA BENAR!!
No comments:
Post a Comment