Mar 6, 2012

LYNAS MELETUP!!!



LYNAS meletup apabila DATO' TI LIAN KER jemput FUZIAH CHEF WANI Berforum !!

Pemikir Politik dah muak mendengar PR kata RADIASI la NUKLEAR la, tapi mereka tau ke tidak apa itu LYNAS???

NAK TAU APA TU LYNAS MEH SINI PEMIKIR KONGSIKAN KLIK SINI 





Dalam pembangkang sendiri ada DR. CHE ROSLI CHE MAT (SAINTIS NUKLEAR) iaitu MP PAS HULU LANGAT dan dia dengan tegas menyokong LYNAS...malah dalam ujarannya di TV 3 suatu ketika dulu telah mengatakan bahwa beliau pernah diberi amaran oleh Penerangan Pas supaya jangan memberi sebarang maklum balas !!!namun kenyataan ini telah dibidas oleh PAS Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang secara ringkasnya mengatakan DR CHE ROSLI pembohong...sini kelepet sana yang sana kelepet sini...secara analogi mudahnya siapa yang lebih DR dan PAKAR dalam bidang NUKLEAR ni???jom baca apa TUAN IBRAHIM cakap...tak ada 1 pun bahasa SAINS aras tinggi...kalau adapun RADIOAKTIF jer...





Kenyataan Dr Che Rusli itu amat mengejutkan para pemimpin dan ahli-ahli PAS kerana ia jelas bertentangan dengan pendirian PAS mengenai isu Lynas. 
Menurut Tuan Ibrahim, PAS dan Pakatan Rakyat tetap menolak projek nuklear Lynas di Gebeng, Kuantan kerana memikirkan risiko yang terpaksa dihadapi oleh penduduk negara ini terutama penduduk di kawasan itu.  
Risiko yang dikenalpasti bukanlah hanya daripada pancaran radiasi, katanya, malah terdapat banyak potensi risiko yang cukup tinggi ketika pengangkutan bahan mentah yang tiba dari Australia di pelabuhan Kuantan ke tapak kilang LAMP milik Lynas di Gebeng Kuantan.  
"Selain itu, risiko yang tinggi juga akan dialami ketika kerja-kerja pemprosesan, simpanan dan pengurusan sisa buangan (pepejal, air sisa dan gas) yang dikenalpasti mempunyai elemen radioaktif di dalamnya," katanya. 
Menyedari hakikat itu, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menegaskan, PAS Pahang tetap konsisten dengan keputusannya sejak dulu yang bersama-sama penduduk di kawasan Gebeng, Kuantan menolak projek nuklear Lynas. 
"Malah berdasarkan kenyataan penduduk di kawasan itu, sekiranya Dr Che Rosli yang bersetuju dengan projek itu, jangan sekali-kali dibina di kawasan mereka, tetapi bawalah projek nuklear Lynas itu ke tepi rumah Dr Che Rosli sendiri. 
"Kenyataan penduduk di kawasan Gebeng itu perlu difahami dengan jelas oleh Dr Che Rosli. Mereka menentangnya bukan kerana tidak memahami kepentingan nuklear, tetapi tidak yakin dengan pengawalan dan pemprosesannya. 
"PAS dan Pakatan Rakyat amat faham perkara itu dan ia juga amat perlu difahami oleh pelbagai pihak. Itulah sebabnya PAS bersama-sama penduduk di kawasan itu konsisten menentangnya sejak dulu," ujar beliau.-HARAKAH
SELANJUTNYA : HARAPAN ESOK 


Pemikir Politik : CABARAN UNTUK FUZIAH NI BERANI KE BERFORUM DENGAN FAKTA DAN KEBENARAN??? MASAK JELA KAT RUMAH WEI FUZIAH!! 

No comments:

Post a Comment