Mar 11, 2012

WAJIB BACA!!! NIK AZIZ Pening Kepala!!!!




"Rakyat Kelantan wajar menilai semula keupayaan Pas sepanjang mentadbir negeri sejak 1990 sehingga sekarang. Sejauh manakah Pas berjaya menunaikan janji-janji yang dibuat dalam manifesto mereka,kerana dengan dasar "Membangun Bersama Islam" dan " Kepimpinan Ulama Pemimpin Pas" sering menggambarkan mereka adalah yang terbaik. Hakikatnya tidak begitu. Walhal,rakyat sudah tentu dapat melihat dan menilai dengan penuh tanggungjawab serta tanpa prejudis, apa yang kerajaan Pas lakukan di Kelantan dalam meningkatkan taraf hidup mereka dlm mengangkat darjat agama Islam ke satu tahap yang boleh dibanggakan. Begitu juga perubahan pendekatan dan dasar Pas yang dahulu mahu berjuang menegakkan negara Islam dan hukum hudud, tetapi kini negara berkebajikan. 

Rakyat Kelantan seharusnya meneliti secara lebih mendalam kerjasama erat Pas dan DAP yang terang-terang menentang pembentukan hukum hudud.Begitu juga hubungan intim Pas dan PKR dengan Anwar yg diuar-uarkan bakal dilantik menjadi PM jika PR memerintah. Kenapa perlu Anwar, tidak ada pemimpin Pas yang layak diangkat kejawatan tersebut?. Bagaimana dengan janji-janji Pas yang dibuat pada 1990 ketika cuba menangih sokongan? Selepas mendapat kuasa, adakah janji-janji itu dipenuhi? Jika tidak, masakan ada bantahan daripada NGO seperti Gerakan Tukar yang menuntut Pas menunaikan janji-janji yang telah dibuat sepanjang tempoh menerima mandat daripada rakyat. 

Secara umum mengetahui pemimpin Pas pandai berceramah dan ceramahlah pentas untuk mereka manipulasi dan mengeksploitasi isu-isu gembar-gemburkan kelemahan parti lawan serta kerajaan dan sering menggambarkan mereka adalah jaguh dan terbaik dalam serba-serbi. Persoalannya benarkah begitu?. Rakyat juga perlu bertanya kepada pemimpin Pas Kelantan, apa sudah jadi dengan pelbagai projek yang dijanjikan. "Projek Lembah Sireh" yang dikatakan melibatkan pelaburan berbilion ringgit entah bila akan siap? Dimana Jambatan Pelekbang,begitu juga dengan Stadium Tertutup Wanita. Begitu juga projek "Pusat Dagangan Kota Bharu (KBTC)" yang masih terpacak tiang cerucuk diatasnya, tanda projek masih tidak siap sepenuhnya. Begitu juga dgn projek "Bandar Baru Tunjong" yang telah dilancarkan beberapa tahun lalu. Sebuah perbadanan yang di pengerusikan oleh seorang exco juga sudah diwujudkan, tetapi dimana projek-projek besar yang dibangunkan oleh kerajaan Pas Kelantan? 

Khabarnya ada sebuah masjid akan dibina dan sumbangan daripada pelbagai pihak juga dikatakan sudah dikumpulkan, tetapi bayangan masjid pun masih belum kelihatan. Sebaliknya yang "tumbuh" di Bandar Baru Tunjong adalah projek-projek besar inisiatif agensi dan Jabatan Kerajaan Pusat. Ini termasuk Terminal Agribisnes Negara (Teman), Jabatan Audit,Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pelajaran Negeri membabitkan pelaburan berbilion ringgit. Projek-projek itu telah mengubah landskap di Tunjong, jika tidak sehingga kini kawasan itu mungkin hanya indah pada nama tetapi realitinya masih kawasan sawah padi. Bagaimana pula dengan projek "Afta City" di Pasir Mas yg dahulu begitu gah diperkatakan oleh pemimpin Pas Kelantan? Kini lenyap entah kemana? Pada hal, berapa ramai khususnya golongan muda yang menanam impian, kelak tidak perlulah mereka berhijrah keluar Kelantan bagi mencari perkerjaan. Nampaknya, ia hanya sekadar satu angan-angan indah yang tidak menjadi kenyataan.

"Bagaimana pula dgn perlaksanaan hukum hudud yang selama ini jadi buah mulut pemimpin Pas? walhal, jawatankuasa perlaksanaan telah diwujudkan tahun lalu tetapi khabarnya sehingga kini belum pun bermesyuarat. Pendek kata, rakyat Kelantan diluar dan dalam negeri, sewajarnya merebut peluang yg terhidang didepan mata dengan berani membuat perubahan politik pada PRU-13 akan datang...!!! 

Pemikir Politik : Inilah kerajaan PAS Kelantan yang sebenarnya!! menanam tebu ditepi bibir demi undi dan kuasa!! 22 tahun memerintah kelantan, hakikatnya Kelantan MUNDUR dari setiap segi!! Nik Ajis bolehlah undur diri untuk PRU-13 sebelum dimalukan penyokongnya sendiri!!


No comments:

Post a Comment