Malam semalam 7/4/2012 Aman Kampus terus mendekati masyarakat tetapi kali ini Aman kampus telah mendekati anak-anak yatim di RUMAH PUTERI HARAPAN YAYASAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM KELANTAN (YAATIM) di Pengkalan Chepa. Harapan Aman Kampus untuk melawat anak yatim di sana demi melonjakkan kecemerlangan akademik mereka dan berkongsi pengalaman semasa belajar dan motivasi diri mereka. Anak-anak yatim ini begitu tabah menghadapi dugaan hidup tanpa ada ibu dan bapa, Aman Kampus berjaya menyelami hati mereka disamping cuba membahagiakan mereka dengan kehadiran Aman Kampus.
Warga yang tinggal di YAATIM ini adalah seramai 180 orang (60 Lelaki & 120 Perempuan). Kehadiran Aman Kampus disambut dengan penuh keceriaan. Aman Kampus sempat solat Isyak berjemaah bersama-sama dengan warga disana.
AMAN KAMPUS SOLAT ISYAK BERJEMAAH BERSAMA WARGA YAATIM
WARGA YAATIM SEBELUM DI PECAHKAN DALAM KUMPULAN KECIL
OBJEKTIF YAATIM
WARGA YAATIM YANG BERJAYA MELANJUTKAN PELAJARAN
GAMBAR KENANGAN SEBELUM AMAN KAMPUS KEMBALI KE UMK
Pemikir Politik : Aman Kampus terus menabur bakti dalam masyarakat dan mampu menyelami hati anak-anak yatim, keikhlasan dalam perjuangan akan dapat diterima dalam masyarakat.
A.B.A
ALLAH BERSAMA ASPIRASI!!
No comments:
Post a Comment