Followers

UNGKAPAN EMAS

"Saya boleh bunuh semua YAHUDI ketika saya berkuasa. Saya tinggalkan sedikit kepada kamu agar kamu kenal siapa YAHUDI dan cari jawapan kenapa saya bunuh mereka" - ADOLF HITLER

NOTIS



Artikel yang disiarkan merupakan pandangan peribadi penulis tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Jika berlaku sebarang kerugian, kecederaan atau kecelaruan emosi ketika membaca artikel, gambar dan bahan yang dipaparkan di laman ini ianya di luar tanggungjawab penulis - Ingin berkongsi maklumat atau artikel emel: pemikirpolitik@hotmail.com

Oct 30, 2009

APABILA KUASA MENJADI KEGILAAN DAN RAKYAT MULA DIABAIKAN..

Inilah suasana Pakatan Rakyat di negeri perak yang terus-menerus ingin merebut tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri yang diterajui oleh Datuk Seri Dr. Zamri Abdul Kadir dari Barisan Nasional. Inikah yang layak dinamakan pemimpin? Tidak boleh menerima kenyataan bahawa telah hilang tampuk pemerintahan yang pada awalnya dimenanginya. PR telah kehilangan 3 orang ADUN akibat mereka mengambil keputusan untuk meninggalkan parti dan menjadi ADUN BEBAS kerana tidak mempercayai tampuk pemerintahan PR. Mengapakah ini terjadi? Adakah salah Barisan Nasional? Atau salah Tuanku yang memberi mandat terhadap BN membuat kerajaan di Perak selepas ketiga-tiga ADUN BEBAS menyokong BN memerintah walaupun mereka tidak menjadi ADUN BN. Disini disertakan Undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Perak untuk tatapan pembaca dan memikirkan semula adakah salah BN memerintah negeri Perak yang diperkenankan oleh Tuanku.

Beberapa undang-undang tubuh yang telah diguna pakai oleh Baginda Sultan didalam menetapkan keputusan baru baru ini yang banyak dipertikaikan oleh PKR yang kebanyakkan atau sememangnya tidak tahu undang-undang tubuh Negeri Perak yang melibatkan kuasa Mutlak Sultan keatas negeri Naungan Baginda.

Bahawasanya bukan setakat peruntukan Fasal 16 (6) UUTKP digunapakai, tetapi Sultan Perak juga telah pergi lebih jauh bagi memastikan tindakannya mengikut lunas-lunas Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dengan mengguna pakai juga peruntukan 18 (2) (b) di bawahnya (dalam menolak permintaan pembubaran DUN dan menitahkan perletakkan jawatan MB Nizar dan Exconya).



Jelas ada 3 bahagian di dalam keseluruhan peruntukan 16 (6) tersebut;

  1. Jika Menteri Besar telah hilang sokongan majoriti ahli-ahli DUN – sila ambil perhatian bahawa tidak dinyatakan di sini bagaimana atau prosiding apakah yang wajib untuk menentukannya.
  2. MB hendaklah (“shall”) meletakkan jawatan keseluruhan Ahli Majlis Kerajaan Negeri (“Exco”) termasuk dirinya sendiri sebagai Ketua Exco – Perkataan “shall” bermaksud sesuatu yang mandatori untuk dilakukan dan tiada pengecualian dibenarkan.
  3. Bahagian Ketiga (di tengah-tengah Fasal 16 (6)): Melainkan dengan permintaannya untuk pembubaran DUN diperkenankan oleh Sultan – ini bermaksud ada proviso atau pengecualian tetapi bersyarat di dalam Fasal 16 (6) yang membolehkan MB memohon pembubaran DUN apabila beliau hilang kepercayaan majoriti tetapi dengan syarat diperkenan sultan. Tidak ada peruntukan selanjutnya yang mengatakan sultan wajib menerima permohonan MB di sini. Tetapi yang pastinya ada peruntukan 18 (2) (b) untuk sultan gunakan budibicaranya.

Apa itu Fasal 18 (2) (b)

*Dan bagi memastikan tindakannya mengikut bidangkuasa sedia ada ke atasnya, Sultan Perak telah menggunapakai kuasa budi bicara (kuasa untuk menentukan sesuatu dan bertindak berdasarkan budibicara dan penilaian sendiri) yang ada padanya di bawah 18 (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan untuk tidak memperkenankan permintaan pembubarkan DUN oleh MB. Ini dinyatakan dan digunapakai bagi menunjukkan kuasa yang ada padanya adalah bukan hanya untuk berfungsi sebagai “rubber-stamp” apabila MB membuat permintaan untuk pembubaran

Apa yang telah berlaku?

  • Najib datang menghadap dan buktikan kepada Sultan, majoriti ahli DUN Perak menolak MB Nizar dan menyokong MB yang baru
  • MB Nizar datang menghadap dan mohon DUN dibubarkan serta terangkan kenapa perlunya pembubaran.
  • Setelah mendengar kesemua pihak dan menilai berdasarkan keterangan yang ada di hadapannya (yang jelas menunjukkan majoriti telah menolak MB Nizar,) permintaan pembubaran DUN telah ditolak oleh dan istana dengan menggunakan kuasa budi bicara yang ada padanya di bawah peruntukan 18 (2) (b) (peruntukan 18 (2) (b) menunjukkan sultan bukan hanya perlu berfungsi sebagai “rubber-stamp” tetapi ada kuasa budi-bicara di bawah bidang kuasa sedia ada yang ada padanya di dalam menerima atau menolak permohonan pihak eksekutif).
  • Disebabkan tidak ada perkenan istana untuk DUN dibubarkan dan majoriti ahli DUN mahukan ketua eksekutif baru dan menolak kepimpinan Nizar, baginda Sultan telah menitahkan MB Nizar dan Exconya meletak jawatan secara bersama sebagai ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri sejajar dengan peruntukan Fasal 16 (6).

Di sini jelas kelihatan bahawa Tuanku menjalankan tugas mengikut lunas-lunas yang telah ditetapkan dalam Undang-undang dalam tubuh kerajaan Negeri Perak. Apakah yang masih lagi yang ingin lagi dipersoalkan oleh PR setelah “sudah terang lagi bersuluh” bahawa BN merupakan kerajaan yang sah di negeri Perak. Di sini PR hanya mementingkan kuasa semata-mata bukan mementingkan rakyat di negeri Perak dan tidak menumpukan langsung pada pentadbiran bagi membangunkan negeri Perak. Persoalannya mengapa PR beriya-iya ingin mendapatkan tampuk pemerintahan Perak dan tidak beria-ia untuk membangunkan Perak?? Di sini jelas menunjukkan hanya kegilaan kuasa menyelubungi PR dan bukan kegilaan membangunkan negeri Perak demi kepentingan politik. Terbaru saya ingin membawa pembaca mengenai ADUN pelabuhan Klang yang keluar daripada PKR kerana sudah tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap kepimpinan parti. Di sini kita dapat lihat bahawa seorang demi seorang ADUN daripada PKR keluar daripada parti berkenaan dan menyokong BN, apakah sudah terjadi terhadap PKR?? Apa tujuan PKR yang sebenarnya?? Di manakah hala tuju yang sebenarnya?? Adakah hanya memperjuangkan seseorang individu semata-mata?? Fikirkanlah wahai pembaca-pembaca yang budiman...fikirlah demi bangsa dan keselamatan tanah air tercinta..

ADUN PELABUHAN KLANG KELUAR PKR (TAHNIAH YB BADRUL HISHAM)


ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah ketika mengumumkan keluar daripada PKR pada sidang media khas di Hotel Vistana, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 29 Okt. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor kawasan Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah hari ini mengisytiharkan dirinya keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa serta-merta.

Pada satu sidang akhbar di sebuah hotel di sini, Badrul Hisham, 49, berkata, beliau akan menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, keputusannya keluar daripada PKR itu disebabkan sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti berkenaan.

“Keputusan ini saya buat dengan penuh kerelaan tanpa sebarang paksaan, ugutan atau pun apa-apa faedah kepada diri.

“Malah keputusan ini berasaskan kepada prinsip agama dan moral saya sebagai seorang Islam,” katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri isterinya, Ramiza Mazlan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini meminta Badrul Hisham melepaskan jawatan kerana mendakwa beliau gagal melaksanakan tugasnya dengan berkesan.

Mengulas lanjut, Badrul Hisham berkata, beliau tidak akan sesekali melepaskan jawatannya sebagai ADUN Pelabuhan Klang kerana dipilih oleh rakyat dan bukannya oleh Menteri Besar Selangor.

Katanya, tindakan keluar PKR dan menjadi ADUN Bebas dapat menjimatkan wang rakyat di samping mengelak tekanan daripada Khalid supaya beliau melepaskan jawatannya itu.

Ditanya sama ada beliau akan menyertai mana-mana parti politik selepas ini, Badrul Hisham berkata, setakat ini beliau belum memikirkannya.

“Saya ingin tegaskan, saya mahu berkhidmat dengan cemerlang untuk rakyat khususnya pengundi saya di Pelabuhan Klang.

“Malah saya yakin akan mampu berkhidmat dengan lebih baik sebagai wakil rakyat Bebas tanpa sebarang gangguan mainan politik oleh kerajaan pakatan (pembangkang) yang ada sekarang,” katanya.




Badrul Hisham berkata, keengganan pihak pentadbiran kerajaan Selangor membantunya dalam penyelarasan peruntukan kewangan bagi kawasan DUN Pelabuhan Klang seolah-olah menganaktirikan beliau berbanding dengan wakil rakyat lain.

Selain itu, katanya, tindakan kerajaan negeri menubuhkan Pusat Penyelaras Khidmat Rakyat di DUN Pelabuhan Klang dan diuruskan oleh wakil rakyat kawasan lain, merupakan tindakan yang membelakangkannya sebagai ADUN kawasan berkenaan.

Mengenai kenyataan Khalid yang mencadangkan beliau mendapatkan rawatan psikiatri dan menuduhnya mempunyai masalah kesihatan setelah pernah terlibat dengan kemalangan, Badrul Hisham berkata, perkara itu merupakan satu tohmahan dan fitnah.

“Apabila Menteri Besar Selangor menyatakan saya mempunyai masalah kekuatan otak, ianya merupakan satu penghinaan ke atas maruah diri saya dan juga keluarga saya.

“Tindakan beliau itu merupakan perbuatan tidak bermoral pemimpin PKR,” katanya.

Badrul Hisham juga menafikan kenyataan Khalid bahawa beliau tidak menjawab surat tunjuk sebab sedangkan suratnya yang bertarikh 28 Ogos 2009 telah diterima beserta cop rasmi pejabat Menteri Besar dan pejabat Setiausaha Agung PKR pada 2 September 2009.

Di SHAH ALAM, Abdul Khalid yang juga Pengerusi Perhubungan PKR Selangor, berkata kerajaan negeri tetap dengan keputusan mendesak Badrul Hisham meletak jawatan kerana gagal menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

"Kita hanya akan menerima Badrul Hisham jika beliau sanggup bekerjasama dan menjalankan tugas. Jika tidak, beliau perlu berhenti demi keluarga dan masyarakat di kawasan itu dan kita akan buat keputusan yang munasabah," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES).

Abdul Khalid menegaskan Badrul Hisham akan hanya diterima semula sebagai Adun jika berjanji untuk menjalankan tugas.

"Kita sanggup terima dia semula. Masalah sekarang mengapa dia bertanding pada pilihan raya dan berjanji kepada rakyat tetapi tidak mahu buat kerja," katanya.

Sambil mengakui tindakan Badrul Hisham itu menjadi liabiliti kepada PKR dan kerajaan negeri, Abdul Khalid berkata, beliau tidak kisah jika Adun Pelabuhan Klang itu mahu menyertai Umno.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, berkata tindakan Abdul Khalid itu adalah helah semata-mata bagi membolehkan Anwar meletakkan calon pilihannya bertanding di kerusi itu jika kosong.

Katanya, Badrul Hisham wajar keluar PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas bagi membuktikan beliau tidak mengalami masalah mental seperti didakwa.

**diambil daripada www.utusan.com.my dan www.bharian.com.my 30 OKT 2009

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails