Followers

UNGKAPAN EMAS

"Saya boleh bunuh semua YAHUDI ketika saya berkuasa. Saya tinggalkan sedikit kepada kamu agar kamu kenal siapa YAHUDI dan cari jawapan kenapa saya bunuh mereka" - ADOLF HITLER

NOTIS



Artikel yang disiarkan merupakan pandangan peribadi penulis tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Jika berlaku sebarang kerugian, kecederaan atau kecelaruan emosi ketika membaca artikel, gambar dan bahan yang dipaparkan di laman ini ianya di luar tanggungjawab penulis - Ingin berkongsi maklumat atau artikel emel: pemikirpolitik@hotmail.com

Dec 20, 2009

KENALI YB N02 TANJUNG BIDARA




PROFILE YB ADUN


YB Datuk Kapt (B) Hj Ab Karim B. Ab. Sulaiman dilahirkan pada 22 April 1948, dalam usia 59 tahun, beliau masih sihat, bersemangat tinggi, prihatin dan berkeyakinan serta layak bergelar Wakil Rakyat untuk penggal yang ke 3 pada tahun 2008 ini di Dewan Undangan Negeri N.02 Tanjung Bidara. Beliau juga mendapat sokongan padu daripada seluruh warga penduduk DUN Tanjung Bidara sekaligus melayakkan beliau menang besar dalam pilihanraya kali ini.


Beliau, YB Datuk Kapt (B) Hj Ab Karim B. Ab. Sulaiman, telah menerima pendidikan awal persekolahannya di Sekolah Kebangsaan Jeram pada tahun 1956 hingga 1960. Kemudian berpindah ke Sekolah Kebangsaan Lubok Redan pada tahun 1961. Seterusnya, beliau menyambung pelajaran di peringkat sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Ghaffar Baba pada tahun 1962 sehingga 1966. Tamat sekolah menengah, YB Datuk telah menyambung pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi iaitu menyambung pengajian di Maktab Tentera Di Raja Malaysia, Sungai Besi (MTD).




KELUARGA


Nama Isteri : Datin Hjh Fatimah Bte Hj Md Nor
Nama Anak - Anak :
1) Irwan B. Ab Karim
2) Azlinda Bte Ab. Karim
3) Azlan B. Ab Karim
4) Azniza Bte Ab Karim. 




PENGLIBATAN DALAM POLITIK


YB Datuk Kapt (B) Hj Ab. Karim B. Ab Sulaiman, mula melibatkan diri dalam bidang politik pada tahun 1986 sebagai Setiausaha UMNO Cawangan Kg Seri Jeram, sekaligus melayakkan beliau menjadi AJK Bahagian Alor Gajah sehingga 1998. Seterusnya Beliau dilantik menjadi Timbalan Ketua Cawangan Seri Jeram pada tahun 1989 sehinggalah pada tahun 1998. Pada Tahun 1998 pula apabila Bahagian Masjid Tanah ditubuhkan, beliau dilantik menjadi Setiausaha Biro Politik, serta jawatan lain beliau ialah Setiausaha Barisan Nasional Bahagian. YB Datuk telah dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Bahagian Masjid Tanah pada tahun berikutnya 2004 sehingga kini. Beliau juga memegang jawatan lain seperti Timbalan Pengerusi Biro Politik UMNO Bahagian Masjid Tanah. YB Datuk juga telah menjadi Ketua Cawangan Seri Jeram dari tahun 1996 sehingga kini. Selain itu, YB Datuk telah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Kawasan N.02 Tanjung Bidara bagi 3 penggal berturut – turut.


YB Datuk Kapt (B) Hj Ab. Karim B. Ab Sulaiman, selain menjawat jawatan di Dewan Undangan Negeri dan Bahagian, YB datuk juga pernah dilantik menjadi Exco Penerangan, Multimedia, Sains & Teknologi Negeri Melaka. Beliau juga telah dilantik menjadi Pengerusi bagi persatuan Kebajikan Tentera, Polis, Rela dan JPA 3 Negeri Melaka. Pada tahun 2007 Beliau telah dilantik menjadi Exco Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Pengguna. Manakala pada tahun 2008 ini, beliau telah sekali lagi dilantik menjadi Exco Negeri Melaka dengan menyandang Portfolio Exco Kebajikan & Perpaduan dan Belia & Sukan. Kepimpinan, ketekunan, kewibawaan serta kesungguhan beliau menjadi salah satu sikap yang perlu dicontohi oleh semua orang.


Pembabitan beliau dan NGO atau Badan Sukarelawan juga amat membanggakan. Selain politik beliau juga aktif dalam Persatuan – persatuan Kebajikan serta kerja amal. Antara jawatan yang disandang beliau sehingga kini ialah, Naib Presiden Persatuan Bekas Tentera, Malaysia. Menjadi Pengerusi IKSEP, Pengerusi Peringatan Hari Pahlawan,serta Yang DiPertua PBTM Negeri Melaka. Selain itu, Beliau juga amat aktif dalam Pertubuhan Kebajikan & Dakwah Islamiah Malaysia Melaka (PEKIDA) dengan jawatan yang disandang ialah Timbalan Pengerusi (PEKIDA) dan Beliau juga dilantik menjadi Pengerusi PEKIDA Daerah Alor Gajah. Antara lain Beliau juga memegang jawatan Pengerusi Bencana Alam Negeri Melaka. Dimana beliau amat komited dan prihatin terhadap mangsa – mangsa bencana alam, sejajar dengan jawapan yang disandang beliau. Seterusnya, beliau menjadi Penaung Yayasan Sinar Gemilang, menjadi Timbalan Pengerusi Kelab Vespa Negeri Melaka dan Ahli Lembaga Pengarah PERTAM Properties. Dalam bidang pendidikan pula, beliau telah di lantik menjadi Pengerusi Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) Sek. Kebangsaan Jeram. Serta Beliau turut menjadi Ahli Lembaga Pengarah IIUM (Tg Bidara Beach Resort). Antara lain, Beliau juga dilantik memegang jawatan Ketua Cawangan PBTM Masjid Tanah.

Dec 10, 2009

APABILA “KADUK NAIK JUNJUNG”


Pepatah orang Melayu ada mengatakan janganlah kita menjadi seperti “kaduk naik junjung” tetapi inilah yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming yang mempersoalkan peruntukkan kerajaan pusat yang telah membina 611 buah masjid sepanjang tempoh 2000 hingga tahun lalu. Perbuatan mempersoalkan tindakan kerajaan pusat yang membina masjid ini juga sekali gus mempersoalkan Perlembagaan Persekutuan mengikut “perkara 12 (2) kerajaan pusat dan kerajaan negeri hanya boleh mengeluarkan peruntukan kepada agama Islam dan bukannya agama lain”. Mempersoalkan Islam ini juga sama seperti menentang  Yang Dipertuan Agong dan juga Raja-raja Melayu yang berkuasa dalam hal Agama Islam. Perbuatan biadab Nga Kor Ming  ini bukan sahaja cuba membangkitkan isu perkauman malah cuba mengulangi peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Nga Kor Ming juga telah mempersendakan Agama Islam pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang April lalu apabila menggunakan sepotong ayat Al-Quran dalam ceramahnya, perbuatan ini adalah perbuatan yang tidak boleh dimaafkan kerana beliau bukan beragama Islam. Perbuatan Nga Kor Ming dari hari ke hari ini telah mencetuskan keresahan rakyat Malaysia yang inginkan kehidupan yang aman dengan masyarakat majmuk yang terbina sejak merdeka dahulu. Kor Ming hanya pandai bercakap tentang Islam tetapi tidak pernah memahami Islam, itulah politik DAP dan Pakatan Rakyat yang boleh menghalalkan segala cara demi kepentingan politik mereka. Inilah akibatnya apabila Islam dipolitikkan oleh PR, mereka tidak lagi menghiraukan agama mereka dipersendakan oleh orang lain malah mereka terus mempertahankan orang itu tanpa rasa bersalah dengan mengatakan bahawa “dia tidak faham agama kita”  hanya itu sahaja yang dikatakan tanpa mengambil sebarang tindakan tegas atau memberi amaran keras. Mereka mempersoalkan pembinaan masjid, akan tetapi mereka dengan tidak rasa bersalah memasuki masjid dan mentarbiah orang-orang Islam yang memakai serban dan berkopiah, adakah mereka ini Islam tulen kerana sanggup ditarbiah oleh orang bukan Islam semata-mata kerana politik di dunia. Bukalah mata wahai orang Islam, buka hati, buka minda, janganlah menjadi “Melayu Mudah Lupa” seperti kata Tun Dr. Mahathir, perjuangan kita belum selesai dan tidak akan selesai hingga akhir hayat, berjuanglah ke jalan yang benar, kembali ke jalan benar dan balik semula kepada Al-Quran dan Hadis sebagai panduan hidup.

Nov 20, 2009

APA SUDAH JADI?

Siswa disiasat kes kepala babi di surau

dikemaskini Pelajar Universiti Malaya, yang dikehendaki polis sejak lima bulan lalu berhubung siasatan kes menconteng perkataan "bini puaka" di sebuah dewan kuliah, ditahan reman sehingga esok untuk siasatan.

Muhammad Saufi Jelani, pelajar terakhir ditangkap daripada sekumpulan lima orang berhubung insiden 24 Jun lalu, juga disiasat berkaitan kejadian meletakkan kepala khinzir di surau Akademi Pengajian Islam (API) universiti, Januari lalu.

Polis membawa pelajar pengajian Islam itu ke kompleks mahkamah Jalan Duta pagi ini untuk mendapatkan perintah tahan reman sehingga tengah hari esok, kata peguamnya Mohd Radzlan Jalaluddin kepada Malaysiakini.


Muhammad Saufi ditahan di bangunan peperiksaan UM kira-kira jam 10.30 pagi semalam, selepas menduduki kertas terakhir bagi pengajian semester ini.

Pada 16 Januari lalu, kepala babi yang dibelah dua ditemui diletakkan di atas bendera PAS di dalam surau tersebut sewaktu kampus tersebut sedang sibuk menghadapi pilihan raya kampus.
Klik disini untuk berita penuh 

Nov 17, 2009

'Anwar tidak tahu pasal ekonomi'

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak tahu sangat mengenai ekonomi.

"Bercakap memang pandai tetapi pasal ekonomi dia tidak tahu," katanya.

Dr Mahathir memberitahu pemberita ketika ditanya mengenai pelantikan Anwar sebagai penasihat ekonomi kerajaan Selangor dengan bayaran elaun simbolik RM1 sebulan, lapor Bernama.

Dr Mahathir berkata, semasa menjadi menteri kewangan ketika berlaku krisis kewangan, Anwar telah menerima pakai pendekatan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang memburukkan lagi keadaan di negara ini.

Mengenai bayaran elaun RM1 kepada Anwar, beliau berkata : "Jika kita bayar RM1, maka nilai yang kita dapat adalah RM1."

Sabtu lalu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan pelantikan Anwar sebagai penasihat ekonomi negeri itu "dengan elaun tetap sebanyak RM1 sebulan".

Abdul Khalid berkata Anwar akan mengambil peranan penasihat seperti Lee Kuan Yew yang menjadi menteri mentor bagi Singapura.

Menurut menteri besar Selangor itu lagi, pelantikan itu dibuat memandangkan Anwar berpengalaman sebagai menteri kewangan dan juga sebagai pengarah dana dan penasihat sebuah bank Islam terbesar di dunia.

Ianya, kata beliau, selari dengan hasrat negeri itu untuk menjadikan Shah Alam sebagai pusat pelaburan dana Islam.

SUMBER : MALAYSIAKINI.COM

Nov 14, 2009

PAS AKUI

PAS Amal Bai'ah Sumpah Setia Laknat Bukan Talak Tiga-Mustafa

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- PAS mengakui ia hanya mengamalkan bai'ah sumpah setia laknat bukannya amalan bai'ah talak tiga seperti yang dinyatakan oleh Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Beliau berkata amalan yang dilakukan sejak sekian lama itu adalah bertepatan dengan dasar PAS yang memperjuangkan Islam di samping menunjukkan yang mereka sedia dilaknat sekiranya mengkhianati perjuangan Islam.

"PAS ada cara sendiri, kita guna tradisi dalam Islam. Bai'ah kita adalah ikrar setia dalam perjuangan. PAS buat benda ni sebelum pilihan raya lagi, sewaktu kita dipilih sebagai calon.

SUMBER : http://www.bernama.com

Nov 13, 2009

LATEST NEWS !

GEMPAR-Nik Ajis Batalkan Ibadah Haji Atas Keinsafan Dirinya Mengambil Rasuah

Friday, November 13, 2009




Dalam kuliah jumaat di Dataran Ilmu sekejap tadi TGNA telah membatalkan hasratnya untuk menunaikan Haji ke Mekah pada 18 Nov nanti.TGNA tidak nyatakan secara jelas sebab-sebab pembatalannya itu, cuma TGNA ada menyatakan bahawa beliau dan menantunya telah difitnah dan dikhianat.
Klik disini untuk seterusnya

SUMBER : http://www.papagomo.com

Nov 11, 2009

MALAYSIA TETAP NEGARA ISLAM WALAUPUN DI TERAJUI UMNO

Malaysia jadi negara Islam contoh

ISTANBUL 10 Nov. – Beberapa negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) mahu mencontohi kejayaan Malaysia membangunkan ekonomi dengan cemerlang.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara ini disampaikan sendiri oleh beberapa ketua kerajaan OIC dalam pertemuan dua hala yang diadakan di sini.
“Ia merupakan satu penghormatan kepada Malaysia yang dijadikan negara Islam contoh,’’ katanya kepada wartawan Malaysia di hotel penginapannya di sini hari ini sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.
Muhyiddin berada di sini selama tiga hari sempena menghadiri Sidang Kemuncak Ekonomi Jawatankuasa Kerja Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan OIC (COMCEC).
Muhyiddin menjelaskan, ada antara negara berkenaan secara khusus meminta kepakaran Malaysia dalam bidang tertentu terutama industri perladangan kelapa sawit dan juga petroleum.
Sebagai contoh kata beliau, Sierra Leonne mengemukakan cadangan supaya Malaysia terlibat secara langsung dengan usaha mereka untuk menanam kelapa sawit secara besar-besaran di negara tersebut.
“Ia diminta oleh Presiden negara itu, Ernest Bai Koroma dalam pertemuan dua hala saya semalam dan kita akan berbincang dengan Felda bagaimana kita dapat membantu menjayakan rancangan Sierra Leonne itu,” ujarnya.
SUMBER : WWW.UTUSAN.COM.MY


DOLAK DALIK YDP PAS SHAH ALAM

Khaled pertahan baiah

Oleh Anwar Husin, Faiza Zainuddin dan Mohd Anwar Patho Rohman
bhnews@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khaled Abdul Samad, semalam mempertahankan kenyataannya berhubung kewujudan amalan baiah cerai talak tiga dalam Pas.

Khaled yang juga Yang Dipertua Pas Shah Alam dan ahli Lujnah Politik Pas Pusat, menegaskan beliau tidak akan memohon maaf kepada pucuk pimpinan parti berhubung pendedahannya itu kerana Pas mengamalkan kebebasan bersuara.

Beliau bagaimanapun mengakui kesilapannya membuat pendedahan itu sehingga cetuskan kekecohan.

Nov 10, 2009

TEMPAT IBADAT MENJADI GELANGGANG POLITIK RAKUS




dah 2 hari gambar ini dikeluarkan. mana pergi utusan,tv3,berita harian dll yang kononnya perjuangkan hak keadilan ? jika dr asri dijadikan bahan utama kempen berita, kenapa tidak kamu gemburkan cerita dalam gambar ini.
gambar ini diambil pada 31/8/09 bersamaan dengan 10 ramadhan. lokasi ceramah tanpa tauliah ini di dalam masjid (saf ke2). masjid bernama masjid rahimiah . kenapa masjid ini dinamakan masjid ar rahimiah ? kerana bersempena nama almarhum bonda sultan selangor pada ketika ini.sultan selangor tidak pernah lepas solat tarawih di masjid ini pada setiap tahun.

hari itu kebawah duli sultan dah menegur agar MASJID JANGAN DIJADIKAN MEDAN POLITIK.jelas di dalam gambar ini, pas telah melanggar titah sultan !

Nov 9, 2009

POLITIK JAHILIAH PAS


Isteri menangis, suami menggigil
Oleh saiful haizan hasam
saiful.hasam@utusan.com.my



KUALA LUMPUR 8 Nov. - Terdapat isteri calon wakil rakyat Pas yang menangis dan menggeletar pada majlis bai'ah apabila mendengar ikatan perkahwinan mereka dijadikan bahan tebusan demi kepentingan politik kepartian yang sempit dan jumud.
Gelojak rasa itu turut dikongsi si suami yang menggigil sewaktu mengangkat bai'ah yang memberi kata dua sama ada terus setia kepada parti atau bercerai talak tiga dengan isteri.
Debaran dan suasana hiba pada majlis bai'ah Pas itu didedahkan oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin selepas mendengar pengakuan daripada beberapa wakil rakyat parti itu.
Malah kata Zulkifli, wakil rakyat terbabit juga meminta bantuannya supaya membawa isu bai'ah itu ke tengah selepas ia menjadi perdebatan umum apabila disahkan oleh Ahli Parlimen Pas Shah Alam, Khalid Samad, Khamis lalu. klik untuk seterusnya


Inikah dinamakan parti yang mendukung perjuangan Islam?? Jika ada pilihan raya “undi PAS masuk syurga” kini lain pula halnya, ADUN atau Ahli Parlimen PAS perlu mengangkat baiah dengan ikatan perkahwinan menjadi bahan tebusan demi kepentingan politik. “ terus setia kepada parti atau bercerai talak tiga dengan isteri” perjuangan Islam apakah seperti ini?, ini bermakna PAS mengetahui bahawa lebih ramai ADUN mereka akan keluar daripada parti dan menyokong BN oleh sebab itulah mereka menggunakan baiah taat setia kepada parti bagi mengelakkan ADUN mereka melompat parti. Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu YB Zulkifli Noordin (PKR) telah mendedahkan isu baiah ini setelah mendengar pengakuan oleh beberapa ADUN PAS sendiri. Rakyat boleh menilai sendiri Parti Islam Se-Malaysia yang di agung-agungkan selama ini. PAS sendiri yang membunuh DEMOKRASI di Malaysia demi kepentingan politik mereka.
 

Nov 2, 2009

PERBEZAAN KONSEP 1 MALAYSIA DENGAN KONSEP MALAYSIAN MALAYSIA

 
1.      1 Malaysia adalah gagasan bagi mengharmonikan rakyat pelbagai kaum di negara ini tanpa mengubah identiti kaum-kaum tersebut. Konsep Malaysian Malaysia pula adalah satu dasar yang mahu menggagalkan terus asas binaan kemasyarakatan yang wujud itu. Keadilan yang dicanangkan dalam konsep Malaysian Malaysia diambil secara membuta tuli dengan mengambil konsep kesamarataan versi total.
2.      Di samping menjaga kepentingan semua kaum, konsep 1 Malaysia juga menekankan soal integrasi dan pewujudan bangsa Malaysia. Berbeza dengan Malaysian Malaysia yang hanya terbatas kepada kesamarataan hak tanpa mengambil kira realiti dan sejarah negara Malaysia.
3.      Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1 Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama.
4.      Sebaliknya 1 Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia, dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan.
5.      1 Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.

Oct 30, 2009

APABILA KUASA MENJADI KEGILAAN DAN RAKYAT MULA DIABAIKAN..

Inilah suasana Pakatan Rakyat di negeri perak yang terus-menerus ingin merebut tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri yang diterajui oleh Datuk Seri Dr. Zamri Abdul Kadir dari Barisan Nasional. Inikah yang layak dinamakan pemimpin? Tidak boleh menerima kenyataan bahawa telah hilang tampuk pemerintahan yang pada awalnya dimenanginya. PR telah kehilangan 3 orang ADUN akibat mereka mengambil keputusan untuk meninggalkan parti dan menjadi ADUN BEBAS kerana tidak mempercayai tampuk pemerintahan PR. Mengapakah ini terjadi? Adakah salah Barisan Nasional? Atau salah Tuanku yang memberi mandat terhadap BN membuat kerajaan di Perak selepas ketiga-tiga ADUN BEBAS menyokong BN memerintah walaupun mereka tidak menjadi ADUN BN. Disini disertakan Undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Perak untuk tatapan pembaca dan memikirkan semula adakah salah BN memerintah negeri Perak yang diperkenankan oleh Tuanku.

Beberapa undang-undang tubuh yang telah diguna pakai oleh Baginda Sultan didalam menetapkan keputusan baru baru ini yang banyak dipertikaikan oleh PKR yang kebanyakkan atau sememangnya tidak tahu undang-undang tubuh Negeri Perak yang melibatkan kuasa Mutlak Sultan keatas negeri Naungan Baginda.

Bahawasanya bukan setakat peruntukan Fasal 16 (6) UUTKP digunapakai, tetapi Sultan Perak juga telah pergi lebih jauh bagi memastikan tindakannya mengikut lunas-lunas Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dengan mengguna pakai juga peruntukan 18 (2) (b) di bawahnya (dalam menolak permintaan pembubaran DUN dan menitahkan perletakkan jawatan MB Nizar dan Exconya).



Jelas ada 3 bahagian di dalam keseluruhan peruntukan 16 (6) tersebut;

  1. Jika Menteri Besar telah hilang sokongan majoriti ahli-ahli DUN – sila ambil perhatian bahawa tidak dinyatakan di sini bagaimana atau prosiding apakah yang wajib untuk menentukannya.
  2. MB hendaklah (“shall”) meletakkan jawatan keseluruhan Ahli Majlis Kerajaan Negeri (“Exco”) termasuk dirinya sendiri sebagai Ketua Exco – Perkataan “shall” bermaksud sesuatu yang mandatori untuk dilakukan dan tiada pengecualian dibenarkan.
  3. Bahagian Ketiga (di tengah-tengah Fasal 16 (6)): Melainkan dengan permintaannya untuk pembubaran DUN diperkenankan oleh Sultan – ini bermaksud ada proviso atau pengecualian tetapi bersyarat di dalam Fasal 16 (6) yang membolehkan MB memohon pembubaran DUN apabila beliau hilang kepercayaan majoriti tetapi dengan syarat diperkenan sultan. Tidak ada peruntukan selanjutnya yang mengatakan sultan wajib menerima permohonan MB di sini. Tetapi yang pastinya ada peruntukan 18 (2) (b) untuk sultan gunakan budibicaranya.

Apa itu Fasal 18 (2) (b)

*Dan bagi memastikan tindakannya mengikut bidangkuasa sedia ada ke atasnya, Sultan Perak telah menggunapakai kuasa budi bicara (kuasa untuk menentukan sesuatu dan bertindak berdasarkan budibicara dan penilaian sendiri) yang ada padanya di bawah 18 (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan untuk tidak memperkenankan permintaan pembubarkan DUN oleh MB. Ini dinyatakan dan digunapakai bagi menunjukkan kuasa yang ada padanya adalah bukan hanya untuk berfungsi sebagai “rubber-stamp” apabila MB membuat permintaan untuk pembubaran

Apa yang telah berlaku?

  • Najib datang menghadap dan buktikan kepada Sultan, majoriti ahli DUN Perak menolak MB Nizar dan menyokong MB yang baru
  • MB Nizar datang menghadap dan mohon DUN dibubarkan serta terangkan kenapa perlunya pembubaran.
  • Setelah mendengar kesemua pihak dan menilai berdasarkan keterangan yang ada di hadapannya (yang jelas menunjukkan majoriti telah menolak MB Nizar,) permintaan pembubaran DUN telah ditolak oleh dan istana dengan menggunakan kuasa budi bicara yang ada padanya di bawah peruntukan 18 (2) (b) (peruntukan 18 (2) (b) menunjukkan sultan bukan hanya perlu berfungsi sebagai “rubber-stamp” tetapi ada kuasa budi-bicara di bawah bidang kuasa sedia ada yang ada padanya di dalam menerima atau menolak permohonan pihak eksekutif).
  • Disebabkan tidak ada perkenan istana untuk DUN dibubarkan dan majoriti ahli DUN mahukan ketua eksekutif baru dan menolak kepimpinan Nizar, baginda Sultan telah menitahkan MB Nizar dan Exconya meletak jawatan secara bersama sebagai ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri sejajar dengan peruntukan Fasal 16 (6).

Di sini jelas kelihatan bahawa Tuanku menjalankan tugas mengikut lunas-lunas yang telah ditetapkan dalam Undang-undang dalam tubuh kerajaan Negeri Perak. Apakah yang masih lagi yang ingin lagi dipersoalkan oleh PR setelah “sudah terang lagi bersuluh” bahawa BN merupakan kerajaan yang sah di negeri Perak. Di sini PR hanya mementingkan kuasa semata-mata bukan mementingkan rakyat di negeri Perak dan tidak menumpukan langsung pada pentadbiran bagi membangunkan negeri Perak. Persoalannya mengapa PR beriya-iya ingin mendapatkan tampuk pemerintahan Perak dan tidak beria-ia untuk membangunkan Perak?? Di sini jelas menunjukkan hanya kegilaan kuasa menyelubungi PR dan bukan kegilaan membangunkan negeri Perak demi kepentingan politik. Terbaru saya ingin membawa pembaca mengenai ADUN pelabuhan Klang yang keluar daripada PKR kerana sudah tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap kepimpinan parti. Di sini kita dapat lihat bahawa seorang demi seorang ADUN daripada PKR keluar daripada parti berkenaan dan menyokong BN, apakah sudah terjadi terhadap PKR?? Apa tujuan PKR yang sebenarnya?? Di manakah hala tuju yang sebenarnya?? Adakah hanya memperjuangkan seseorang individu semata-mata?? Fikirkanlah wahai pembaca-pembaca yang budiman...fikirlah demi bangsa dan keselamatan tanah air tercinta..

ADUN PELABUHAN KLANG KELUAR PKR (TAHNIAH YB BADRUL HISHAM)


ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah ketika mengumumkan keluar daripada PKR pada sidang media khas di Hotel Vistana, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 29 Okt. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor kawasan Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah hari ini mengisytiharkan dirinya keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa serta-merta.

Pada satu sidang akhbar di sebuah hotel di sini, Badrul Hisham, 49, berkata, beliau akan menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, keputusannya keluar daripada PKR itu disebabkan sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti berkenaan.

“Keputusan ini saya buat dengan penuh kerelaan tanpa sebarang paksaan, ugutan atau pun apa-apa faedah kepada diri.

“Malah keputusan ini berasaskan kepada prinsip agama dan moral saya sebagai seorang Islam,” katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri isterinya, Ramiza Mazlan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini meminta Badrul Hisham melepaskan jawatan kerana mendakwa beliau gagal melaksanakan tugasnya dengan berkesan.

Mengulas lanjut, Badrul Hisham berkata, beliau tidak akan sesekali melepaskan jawatannya sebagai ADUN Pelabuhan Klang kerana dipilih oleh rakyat dan bukannya oleh Menteri Besar Selangor.

Katanya, tindakan keluar PKR dan menjadi ADUN Bebas dapat menjimatkan wang rakyat di samping mengelak tekanan daripada Khalid supaya beliau melepaskan jawatannya itu.

Ditanya sama ada beliau akan menyertai mana-mana parti politik selepas ini, Badrul Hisham berkata, setakat ini beliau belum memikirkannya.

“Saya ingin tegaskan, saya mahu berkhidmat dengan cemerlang untuk rakyat khususnya pengundi saya di Pelabuhan Klang.

“Malah saya yakin akan mampu berkhidmat dengan lebih baik sebagai wakil rakyat Bebas tanpa sebarang gangguan mainan politik oleh kerajaan pakatan (pembangkang) yang ada sekarang,” katanya.




Badrul Hisham berkata, keengganan pihak pentadbiran kerajaan Selangor membantunya dalam penyelarasan peruntukan kewangan bagi kawasan DUN Pelabuhan Klang seolah-olah menganaktirikan beliau berbanding dengan wakil rakyat lain.

Selain itu, katanya, tindakan kerajaan negeri menubuhkan Pusat Penyelaras Khidmat Rakyat di DUN Pelabuhan Klang dan diuruskan oleh wakil rakyat kawasan lain, merupakan tindakan yang membelakangkannya sebagai ADUN kawasan berkenaan.

Mengenai kenyataan Khalid yang mencadangkan beliau mendapatkan rawatan psikiatri dan menuduhnya mempunyai masalah kesihatan setelah pernah terlibat dengan kemalangan, Badrul Hisham berkata, perkara itu merupakan satu tohmahan dan fitnah.

“Apabila Menteri Besar Selangor menyatakan saya mempunyai masalah kekuatan otak, ianya merupakan satu penghinaan ke atas maruah diri saya dan juga keluarga saya.

“Tindakan beliau itu merupakan perbuatan tidak bermoral pemimpin PKR,” katanya.

Badrul Hisham juga menafikan kenyataan Khalid bahawa beliau tidak menjawab surat tunjuk sebab sedangkan suratnya yang bertarikh 28 Ogos 2009 telah diterima beserta cop rasmi pejabat Menteri Besar dan pejabat Setiausaha Agung PKR pada 2 September 2009.

Di SHAH ALAM, Abdul Khalid yang juga Pengerusi Perhubungan PKR Selangor, berkata kerajaan negeri tetap dengan keputusan mendesak Badrul Hisham meletak jawatan kerana gagal menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

"Kita hanya akan menerima Badrul Hisham jika beliau sanggup bekerjasama dan menjalankan tugas. Jika tidak, beliau perlu berhenti demi keluarga dan masyarakat di kawasan itu dan kita akan buat keputusan yang munasabah," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES).

Abdul Khalid menegaskan Badrul Hisham akan hanya diterima semula sebagai Adun jika berjanji untuk menjalankan tugas.

"Kita sanggup terima dia semula. Masalah sekarang mengapa dia bertanding pada pilihan raya dan berjanji kepada rakyat tetapi tidak mahu buat kerja," katanya.

Sambil mengakui tindakan Badrul Hisham itu menjadi liabiliti kepada PKR dan kerajaan negeri, Abdul Khalid berkata, beliau tidak kisah jika Adun Pelabuhan Klang itu mahu menyertai Umno.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, berkata tindakan Abdul Khalid itu adalah helah semata-mata bagi membolehkan Anwar meletakkan calon pilihannya bertanding di kerusi itu jika kosong.

Katanya, Badrul Hisham wajar keluar PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas bagi membuktikan beliau tidak mengalami masalah mental seperti didakwa.

**diambil daripada www.utusan.com.my dan www.bharian.com.my 30 OKT 2009

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails