Followers

UNGKAPAN EMAS

"Saya boleh bunuh semua YAHUDI ketika saya berkuasa. Saya tinggalkan sedikit kepada kamu agar kamu kenal siapa YAHUDI dan cari jawapan kenapa saya bunuh mereka" - ADOLF HITLER

NOTIS



Artikel yang disiarkan merupakan pandangan peribadi penulis tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Jika berlaku sebarang kerugian, kecederaan atau kecelaruan emosi ketika membaca artikel, gambar dan bahan yang dipaparkan di laman ini ianya di luar tanggungjawab penulis - Ingin berkongsi maklumat atau artikel emel: pemikirpolitik@hotmail.com

Aug 30, 2012

ARTIS : CUT TARI MENINGGAL DUNIA???



Sebuah mesej berantai dari Blackberry Messenger (BBM) membawa khabar mengejutkan mengenai Artis Cut Tari apabila dikhabarkan telah meninggal dunia siang tadi.

Dalam pesan tersebut disebutkan Cut Tari meninggal dunia di hospital Medistra, Jakarta, Rabu (7/9/2011), pukul 3.27 petang waktu Malaysia. Kini ramai tertanya-tanya mengenai kesahihan isi BBM tersebut dan terus menjadi pertanyaan ramai orang.

“Inalillahi, berita duka dari artis indonesia yang terlibat dalam rakaman video lucah cut tari menghembuskan nafas terakhir di RS (hospital) Medistra Tebet Jakarta Selatan siang tadi pukul 14:27 (waktu Indonesia), Cut Tari dibawa satu jam sebelumnya dengan keadaan tidak sadarkan diri, sementara doktor yang menangani belum berani bicara apa penyebabnya sebelum pihak keluarga meminta jenazah agar diotopsi,” menurut pesanan tersebut.

Namun, semasa hendak mengesahkan berita tersebut, kakak Cut Tari, Cindy, membantah keras khabar tersebut. Menurut Cindy, adiknya dalam keadaan sihat sahaja. Malah kini dia tengah sibuk dengan proses shooting.

“Tiada apa-apa. Dia sihat sahaja. Saya penat apabila ditanya bertubi-tubi. Orangnya kini tengah sibuk shooting. Khabar itu tidak benar,” tegas Cindy semasa dihubungi okezone.

Sumber : My Tabloid

Pemikir Politik : Macam-macam hal dunia artis ni, orang hidup kata meninggal. Artis bila popolar macam-macam berita keluar, lepas ni jangan keluar yang panasssssss lagi.

Aug 29, 2012

LAJIM NAK KEMBALI KEPADA BN!!!


Berita yang baru diterima dari Sabah memaklumkan, kegagalan Lajim membawa masuk YB-YB UMNO dan BN ke dalam Sabah Front dan seterusnya menyokong Anwar telah membuatkan Anwar kembali melenting dan membuli Lajim.

Lajim gagal menarik YB Datuk Ghapur dan 4 ADUN UMNO, Lajim juga gagal menarik YB Bung, malah kegagalan Lajim menarik Datuk Osu Sukam, Datuk Hajiji, Datuk Karim Bujang, Datuk Datu Amir Kahar menyertai Anwar pada 12 Ogos yang lalu menunjukkan kelemahan Lajim yang membuatkan Anwar melenting.

Mantan SU Lajim memberitahu kita bahawa Lajim telah diperdaya dan terpedaya, janji-janji Anwar untuk membawa masuk jutaan Ringgit ke dalam saku Lajim sebenarnya hanya janji. Kata Lajim, "bagaimana aku mau beli mereka jika wang yang Anwar janji tidak masuk?. Hanya air liur sapa mau masuk?"

SELANJUTNYA KLIK JAWA BERNAM

Pemikir Politik : Lajim buat lawak apabila tidak dapat duit mula nak kembali pada BN!! Demi duit Lajim sanggup lompat parti!! Pemikir sarankan kepada pucuk pimpinan UMNO supaya jangan menerima pengkhianat seperti Lajim ni!!


Aug 28, 2012

PRK : UM AMBIL LANGKAH AWAL!!




Hari ini Pemikir terbaca satu artikel yang dikeluarkan oleh Malaysiakini mengenai kod tata kelakuan yang dikeluarkan oleh Universiti Malaya (UM). Kod tata kelakuan UM yang terbaru ini merangkumi penyebaran maklumat, propaganda dan ideologi politik didalam kampus. Kod tata kelakuan ini dikeluarkan bagi mengekalkan keharmonian dan keamanan di dalam kampus UM bagi menghadapi Pilihan Raya Kampus (PRK) yang akan tiba tidak lama lagi dalam bulan 9 ini.


Pemikir mendapat maklumat tidak rasmi mengenai PRK akan diadakaan serentak pada 25/9/2012 dan 20/9/2012 adalah tarikh bagi penamaan calon. PRK kali ini akan menjadi lebih sengit apabila Pro-A sudah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan untuk menghadapi Pro-M setelah beberapa kejadian seperti yang berlaku pada PRK lepas sehingga beberapa buah Universiti jatuh ke tangan Pro-M. 

Kes Culik Calon Pro-M merupakan strategi yang menjadi apabila Masturah Abu Bakar telah menang pada PRK lepas diatas simpati Mahasiswa UM dengan undian 4,907 undi. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah hanya mengesahkan kejadian ini hanya kes orang hilang dan bukannya kes culik. Masturah telah dijumpai di Masjid Teras Jernang di Bangi kira-kira pada pukul 1.30 pagi. Pada PRK lepas di UM, Pro-M telah berjaya memenangi 9 kerusi UMUM dan 14 kerusi FAKULTI sekaligus dapat membentuk kabinet di UM. Namun PRK kali ini Pro-A akan mengempur habis-habisan untuk kembali semula menerajui kabinet MPPUM. Semoga Allah merahmati perjuangan ASPIRASI!!

Pemikir Politik : Lepas ni taktik kotor apa yang akan digunakan Pro-M?? Demonstrasi??Org Hilang?? Pecah Cermin?? Pecah Kepala?? Sama-sama kita nantikan!! 


TAMRIN TIDAK DIRESTUI KELUARGA!!!


JASIN 26 Ogos - Ahli keluarga bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba melahirkan rasa dukacita terhadap keputusan salah seorang anaknya iaitu Tamrin keluar dari UMNO dan menyertai Pas.

Anak ketiga Allahyarham, Datin Zainun Tun Ghafar berkata, beliau tidak nampak sebarang alasan terbaik buat abangnya untuk keluar dari UMNO.

"Beliau (Tamrin) sepatutnya lebih matang dan UMNO telah banyak berjasa kepadanya hingga beliau menjadi Ahli Parlimen Batu Berendam dan Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Molek.

"Abang saya telah memperoleh nikmat dan keistimewaan sepanjang penglibatan dalam UMNO dan saya serta seluruh ahli keluarga tidak nampak kenapa beliau mesti merajuk dan meninggalkan UMNO," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah di Jalan Pengkalan Pernu, Kampung Pernu di sini hari ini.

Zainun menegaskan, keputusan yang diambil oleh Tamrin itu tidak mewakili keseluruhan adik-beradiknya mahu pun ahli keluarga yang lain.

"Kami enam daripada tujuh beradik seperti juga Allahyarham bapa akan terus menyokong UMNO dan tidak mungkin mengikut jejak langkah Tamrin," ujarnya.

Katanya, seluruh ahli keluarganya terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh abangnya itu apabila mengumumkan keluar dari UMNO.

Sebelum ini, katanya, abangnya itu tidak pernah menyatakan hasrat untuk keluar parti atau melahirkan rasa kecewa terhadap UMNO.

"Kami adik-beradik kerap berjumpa dengan Tamrin tetapi tidak ada pula dia memberitahu hasratnya untuk keluar dari UMNO," katanya.

Pemikir Politik : Tamrin terlupa apa yang Anwar Ibrahimsudah buat terhadap ayahnya Allahyarham Tun Ghafar Baba dan kini tidk direstui oleh keluarga kerana menjadi Ahli PAS!!

Aug 24, 2012

CD CHINADOLLL DIEDARKAN DI RUMAH TERBUKA SAMM???


Pada Hari Raya Kedua lepas Anwar Ibrahim telah mengadakan rumah terbuka di Taman Guar Perahu, namun hanya 1000 orang sahaja hadir sehinggakan banyak juadah yang disediakan tidak habis dan terpaksa dibungkus untuk dibawa balik oleh tetamu yang hadir, Kini Cikgu Bard tidak mahu perkara sama berulang oleh yang demikian terpaksa memberikan cenderahati khas kepada 3000 tetamu terawal yang hadir di rumah terbuka SAMM di Tmn Seri Acheh, Nibong Tebal. 


Cadangan untuk Cikgu Bard, jika ingin memberikan cenderahati khas tersebut, jangan beri Aiskrim Cap Jamban, Jam Omega pasar malam ataupun KY Jelly Cap Trivoli Villa tetapi bagilah CD Chinadoll Anwar kepada tetamu yang hadir supaya mereka dapat melihat sendiri skill terhebat Anwar Ibrahim sambil menikmati juadah yang sedap-sedap tu. Jika bagi CD Chinadoll tu comfirm jangan kata 3000 ribu akan hadir tetapi 300K yang akan hadir untuk rumah terbuka SAMM. 

Jika dulu SAMM kata mereka tidak dipengaruhi oleh mana-mana parti politik tanah air dan kini terbukti bahawa PR adalah dalang disebalik semua kegiatan SAMM selama ini yang menggunakan Mahasiswa untuk menghuru-harakan negara dengan demonstrasi jalanan keranda, pocong, batu nisan dan kalungan bunga, termasuk jugalah ADAM ADLI yang turunkan bendera tertera gambar YAB PM di PWTC. Lajim Ukim juga akan berucap dirumah terbuka SAMM sebagai "Angin Perubahan Dari Sabah" eloklah dengar apa Lajim Ukim tu nak cakap, nanti sampai masa pendedahan demi pendedahan akan berlaku untuk Lajim Ukim dan dengar cerita BN yang bayar Lajim Ukim supaya meninggalkan BN Sabah, mengapa Lajim Ukim perlu dibayar untuk meninggalkan BN?? Nantikan pendedahan apabila sampai waktunya nanti.

Pemikir Politik : Ingat tu Cikgu Bard, CD Chinadoll untuk tayangan perdana di rumah terbuka SAMM untuk menarik lagi ramai tetamu yang hadir. Kehkehkehkeh!!

Aug 21, 2012

PAS KUTIP ZAKAT FITRAH!!!


Pagi 1 syawal lagi PAS dah buat onar apabila mengutip Zakat Fitrah di salah sebuah Masjid Kampung Batak Rabit. Adakah PAS ditugaskan menjadi amil yang mengutip zakat dikawasan berkenaan dan mengeluarkan resit daripada PAS?? Jika benar dilantik menjadi amil yang mengutip wang zakat mengapa perlu memberikan resit daripada PAS?? Pelbagai persoalan timbul dan dimana wang tersebut diserahklan??

Terkejut saya dipagi hari didalam sebuah masjid di Kampung Batak Rabit, Teluk Intan apabila saya membayar fitrah kepada Parti Islam Semalaysia (PAS) dan bukannya kepada Pusat Zakat Dan Fitrah, Jabatan Agama Islam, Perak. Kenapa harus jadi begini dan apakah hak untuk Parti Pas mengutip Fitrah kepada Rakyat. Ini sudah menjadi satu kesalahan bagi undang-UNDANG Kerajaan Malaysia. Apakah Parti Pas sudah tiada duit untuk digunakan bagi PRU nanti dan cara itu sahaja digunakan untuk mendapatkan duit. Tiadakah cara lain untuk menipu rakyat lagi dan ini jelas menunjukkan Parti Pas sudah mula menipu rakyat. SemOga Allah memberikan pembalasan kepada Ahli2 Parti Pas termasuk para Pemimpin Pas yang bersubahat didalam perancangan aktiviti kotor ini. - PENDITA ALAM

Pemikir Politik : PAS semakin ketandusan idea, pagi hari raya telah berkempen dan menggunakan resit PAS dan mengutip wang zakat!!



Aug 18, 2012

UMNO LAKSANA HUDUD!!


Hari terakhir Ramadan hari ini menghidangkan kita satu berita 'Lawak Jenaka' Karpal Singh, kalaulah hari ini bukan dalam bulan Ramadan, maka saya akan katakan Karpal Singh adalah 'Autar Singh' atau 'Putarbelit Singh'

Tetapi memandangkan hari ini dalam bulan Ramazan, maka cukuplah dia dipanggil nama asal yang bapanya bagi semasa hendak berangkat dengan kapal barang, untuk mencari rezeki di Tanah Melayu ini dulu, iaitu Karpal Singh .

Berita dimuka hadapan utusan malaysia hari ini (18 Ogos 2012), yang disambungkan ke muka tujuh, memaparkan seorang pemberita Utusan bertanyakan komen Karpal Singh apabila bekas Timbalan Presiden Pas Nasharudin Mat Isa membidasnya yang bersikap 'anti hudud malah anti islam' yang disuarakannya kelmarin., lalu Karpal Singh dengan terang dan nyata mengatakan:

"Saya bukan anti Islam, Islam merupakan sebuah agama, saya tidak pernah menentang agama Islam, bagaimana boleh melabelkan saya seperti itu?...Saya hanya menentang secara terang-terangan konsep negara Islam itu yang boleh mengamalkan hukum hudud " ...!!!

Tahukah dan fahamkah Karpal Singh apa yang dicakapkan itu ??? dia bercakap tentang 'ISLAM' yang sudah tentunya secara automatik didalamnya perlaksanaan konsep Negara Islam, dimana hukum hudud yang amat murni itu akan dilaksanakan peringkat demi peringkat sehingga berjaya sepenuhnya.

Bolehkah Karpal Singh membeli Gula, tetapi memberikan syarat kepada penjual gula itu dia tidak mahu 'manis'nya, cuma dia mahu gula sahaja...begitu juga bolehkah Karpal Singh membeli 'Garam' tetapi tidak mahu 'masin'nya...boleh kah ?...itu sebab dia dengan selamba saja berkata, dia terima Islam sebagai agama tetapi tak mahu konsep negara Islam.


DATUK YAZID OTHMAN

Sebenarnya, Karpal Singh memang cepat lupa, dia pernah terima konsep Negara Islam ini dihadapan saya dulu, kira-kira 15 tahun lalu, Masa itu, beberapa orang pemuda Pas datang kerumah saya di Seri Gombak, pada satu malam, diketuai oleh Mat Sabu (Timbalan Presiden Pas sekarang), Mahfuz Omar (kini YB di Kedah) dan Malik Husin, meminta pertolongan agar saya menerangkan 'Konsep Negara Islam' kepada pemimpin2 DAP, yang meminta Pemuda Pas memberikan penerangan.

Para pemimpin DAP yang datang ialah, termasuk Chin Man Hin, Karpal Singh, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan kira-kira 15 orang yang lain, termasuk wanitanya, di Hotel Federal Kuala Lumpur yang dikawal rapi, bilik pertemuan itu..yang kelihatan eksklusif.

"Hang kawan kami, parti Islamic Group yang hang pimpin semasa pilihanraya di UM dulu kami pemuda Pas pi juga tolong kempen untuk hang menang di kampus UM..dan hang menang jadi Presiden PMUM itu, kami ada saham juga..

"Zid tolonglah...puak-puak DAP tu lani dok tunggu kami kat Federal Hotel nak tahu dari pemuda Pas, apa itu Negara Islam dan Hukum Hudud..nak cari orang lain dah tak sempat dah...yang ada hang sajalah kawan kami..kami tau hang belajak perkara ni semasa di Nilam Puri dulu...tolonglah ikut kami pi terangkan kat depa.."

Atas dasar kawan dengan Mat Sabu, Malik dan Mahfuz, saya pergi ke hotel berkenaan dan terangkan kepada para pemimpin DAP itu apa yang mereka nak tahu...kesimpulan yang saya buat ialah "Satu kali tangan dipotong, sejarah Islam mencatatkan, 150 tahun lamanya orang tidak mencuri.." dan mendengar ini Karpal Singh berkata:

"Kalau saya tahu macam ini hukum hudud dan konsep Negara Islam...saya tak akan kata 'langkah mayat saya kalau nak laksanakan pemerintahan Islam di Malaysia..." 

Karpal Singh telah buat-buat tak faham, bahawa berkat negara Malaysia ini sebuah Negara Islamlah, rakyat negara ini hidup dalam aman, makmur dan bahagia..menikmati perlaksanaan Islam dalam bidang penghidupan di negara ini dari segi ibadah, muamalat, ekonomi dan perniagaan, perbankan, pajak gadai, kepolisian, ketenteraan, pembangunan pertanian, perikanan, penternakan, industri pembuatan, pendidikan agama, dan lain-lain..

HAKIKAT NEGARA INI KINI SEBUAH NEGARA ISLAM DIAKUI OLEH SELURUH ANGGOTA OIC DLL..Cuma uslub atau pendekatan perlaksanaan 'Negara Islam' itu telah dan sedang dilakukan dengan penuh bijaksana oleh pemerintah Kerajaan BN ini ibarat 'menarik rambut dalam tepung..rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak'

Sekirannya tidak ada aral melintang saya difahamkan bahawa PM DS Najib telah meninjau-ninjau setingkat lagi untuk kearah perlaksanaan hukum hudud di negara ini di masa depan, apabila segala infranya telah mula dizahirkan, dan boleh diterima oleh semua pihak. - Datuk Yazid Othman


Pemikir Politik : Jika UMNO laksana HUDUD, PAS nak laksana apa lagi??? PAS akan tenggelam bersama-sama PKR dan DAP pada PRU-13 kali ini!! SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN


Aug 17, 2012

SAH ANWAR PEMIMPIN FREEMASON????


Semakin hari pendedahan demi pendedahan berlaku supaya rakyat melihat siapa Anwar yang sebenarnya, pendedahan kali ini mengenai kaitan Anwar dan freemason yang telah didedahkan kerana nama Anwar Ibrahim tersenarai dalam laman web organisasi tersebut, Civil Service Lodge No. 148, dan peranan Anwar begitu aktif.

Sesetengah ulama Islam menegaskan adalah tujuan utama Freemason ialah mengambil kembali tanah Palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman di bawah runtuhan Masjid Al-Aqsa, kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir  dan terus menuju ke Al Madinah di Arab Saudi. Pergerakan ini didakwa dibentuk bagi mengembangkan fahaman Yahudi dengan cara bergiat cergas di dalam bidang pendidikan, politik, budaya dan sosial.

Gerakan ini berkembang di seluruh dunia termasuk di negara-negara Islam seperti Turki era Mustafa Kamal Ataturk. Freemason juga berkembang luas di Mesir, Maghribi, Lubnan, Malaysia dan lain-lain. Gerakan ini dikaburkan melalui kegiatan amal seperti membantu keluarga yang miskin dan menganjurkan pertunjukan amal untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.

Gerakan ini jelas nyata memperjuangkan kewujudan negara Israel dan Yahudi di bumi Palestin antara tahun 1940an dan 1970-an. Lantaran orang Islam bersikap anti-Freemason, anti-Semitisme dan anti-Zionisme. Ada yang mengaitkan Freemason dengan Dajjal yang akan hadir pada akhir zaman. Ini berdasarkan simbol Free Masonic yang dikenali "Satu Mata Melihat Semua" (All Seeing One Eye) dikatakan menyerupai Dajjal bermata satu. 





“Sebagai sebuah negara yang menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin, semua rakyat negara ini termasuk pemimpin pembangkang harus bersama-sama mendukung hasrat ini.

“Dengan kata lain, mana-mana pemimpin sekalipun tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan hasrat ini walaupun ia sekadar menyentuh isu keselamatan Israel,” - GeoStrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan

Anwar mempunyai hubungan yang bagaikan “adik beradik” dengan para pemimpin Yahudi dan Neo-Con antarabangsa seperti Paul Woltfowitz, George Soros, Joe Santos dan sebagainya.

Malah pada satu masa, dikatakan Anwar pernah mengadakan satu “apology tour” mengelilingi dunia dan memohon maaf kepada rakan-rakan Yahudinya atas ketelanjuran mulut Ketua Pembangkang yang ketika itu kononnya “menghentam” kepentingan Yahudi.

Dikatakan juga bahawa Anwar di dalam “lawatan memohon maaf” itu memberi alasan bahawa dia terpaksa berlakon menghentam Yahudi dan kepentingan rakannya itu bagi memenangi hati umat Islam di rantau Asia Tenggara.

Persoalannya, apakah benar Anwar Ibrahim itu benar-benar merupakan seorang pemimpin Freemason dan jika tidak benar, mengapa pula pihak Yahudi benar-benar memberi perhatian serta menyokongnya?

Orang lain pun buat salah di Malaysia, namun mereka tidak menarik minat Yahudi. Namun berbeza dengan Anwar, para pemimpin Yahudi begitu berminat untuk mengulas dan campur tangan dalam hal ehwal urusan dalaman di negara berdaulat ini.

Lebih hebat lagi, setelah Anwar “tumbang” dan “hampir mampus” karier politik kerana kesalahannya sendiri, siapakah yang “mengutip” Anwar serta memberikan sokongan moral atau kewangan kepadanya sehingga dia mampu bangkit buat kacau di Malaysia?

Siapa yang menyediakan dana kepada gerakan-gerakan politik Anwar di Malaysia dan bagaimana pula dengan audit di Amerika Syarikat yang mempertikaikan tindakan Anwar yang dikatakan melarikan sejumlah wang kerajaan di negara itu melalui “Foundation For The Future”?

Dan hingga kini, Anwar masih lagi “selamat” dan “bebas”, malah memiliki kekayaan luar biasa meskipun dia hanyalah seorang bekas banduan yang mengaku “tidak berharta” sebelum dipenjarakan dulu.

Saya tidak fikir Anwar akan menjawab segala persoalan tersebut dan sebagaimana biasa, dia hanya akan menyalahkan UMNO serta kemudiannya menyatakan bahawa semua dakwaan tersebut adalah konspirasi “jijik” kerajaan BN.

Pemikir Politik : Sudah terang lagi bersuluh BABI (Bro Anwar Bin Ibrahim), mengapa anwar tidak keluarkan satu kenyataan menentang namanya tertera dalam laman web yahudi ini??  Bagaimana Anwar mahu mengelak lagi??? Rakyat Malaysia fikir-fikirkanlah, kepada pecacai PR yang dok spin sana sini na!!

Aug 15, 2012

#AMAN KAMPUS RAMADHAN : PASIR PANJANG LOKASI TERAKHIR!!!


14 OGOS 2012 AMAN KAMPUS terus menjalankan misinya berbakti kepada masyarakat apabila menjalankan program siswa prihatin di kawasan DUN Pasir Panjang iaitu Felda Bukit Besar dan Felda Bukit Ramun. Kehadiran program Aman Kampus Ramadhan ini turut disertai oleh Datuk Dr. Adham Baba yang merupakan ADUN Pasir Panjang. Aman Kampus telah menghantar 10 orang wakil dan disertai 10 orang wakil daripada kawasan ADUN Pasir Panjang dan Jawatankuasa kampung yang terlibat. Aman Kampus Ramadhan di Pasir Panjang ini melibatkan 8 buah kereta yang turut berkonvoi menghantar barangan keperluan harian bagi meringankan sedikit bebanan keluarga yang telah dipilih tersebut. Aman Kampus Ramadhan di Pasir Panjang kali ini melibatkan 10 buah rumah dan melibatkan Pegawai JASA. 


Aman Kampus Ramadhan kali ini juga telah memberikan sedikit sumbangan duit raya dan juga Jalur Gemilang bagi menyambut kehadiran syawal dan hari kemerdekaan pada tahun ini. Usaha-usaha murni ini terus dijalankan oleh Aman Kampus walaupun berada dalam bulan Ramadhan. Penerima-penerima bantuan yang telah dipilih oleh jawatankuasa kampung ini terdiri daripada Anak Yatim, Ibu Tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan juga Fakir Miskin, ini bertujuan untuk memperlihatkan anak muda pada hari ini akan terus bersama-sama dalam membantu masyarakat seperti kata pepatah yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing, semoga usaha-usaha anak muda ini berterusan supaya dapat membantu masyarakat walaupun dalam bentuk yang sedikit. Di Felda Bukit Besar ini Aman Kampus pada fasa 1 pernah menjelajah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alauddin untuk program Ikon Siswa bagi memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar sekolah tersebut yang akan mengambil peperiksaan PMR dan SPM tahun ini. Ini hanyalah lokasi terakhir untuk program Aman Kampus Ramadhan dan pelbagai program Aman Kampus akan dilaksanakan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. 

Foto Sekitar Program Aman Kampus di DUN Pasir Panjang;

Konvoi Kereta Program Aman Kampus Ramadhan





Pemberian sumbangan dan duit raya di Masjid Seri Jaya






Pemikir Politik : Inilah wajah-wajah anak muda yang terus turun berbakti tanpa mengenal penat dan lelah walaupun terpaksa memandu daripada Kuala Lumpur menuju ke Pasir Panjang pada tengah malam. TAHNIAH ANAK MUDA!!


Aug 14, 2012

OPS SELAMAT : KEMALANGAN MAUT DI SELAYANG!!!


Hari ini 14/8/2012 pada pukul 6 petang di MRR2 Kepong - Selayang telah berlaku satu kemalangan maut yang melibatkan sebuah kereta dan sebuah motorsikal. Kemalangan yang berlaku berhampiran Taman Baiduri ini telah mengakibatkan seorang penunggang motosikal meninggal dunia ditempat kejadian kerana melambung akibat dirempuh oleh sebuah kereta kancil berwarna silver. Mangsa yang menunggang motosikal Modenas Kris bewarna biru telah dirempuh daripada belakang ketika sedang menjawab telefon di tepi jalan.


Sewaktu pemikir tiba ditempat kejadian, mangsa yang merupakan berbangsa Melayu masih lagi dalam keadaan nazak dan terdapat seorang orang awam mengajar Allahyarham mengucap, namun Allahyarham tidak memberikan sebarang tindak balas. Hasil penelitian pemikir terhadap Allahyarham mendapati kaki kanan Allahyarham patah di bahagian buku lali dan mengalami kecederaan di bahagian pinggang. Itu hanyalah pandangan rambang pemikir terhadap Allahyarham dan ketika itu ambulans dan pihak polis masih lagi belum sampai ditempat kejadian dan mungkin Allahyarham meninggal disebabkan perkara lain hasil post-mortem pihak polis. Pemikir ketika kejadian sedang menuju ke pejabat bekas Timb. Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Ybhg Dr Fairus untuk majlis berbuka puasa di Selayang. 

Foto-foto sekitar kejadian kemalangan


Kereta yang melanggar mangsa


Motosikal milik Allahyarham


Ibu mangsa yang meratapi pemergian Allahyarham.



Seorang orang awam yang memeriksa nadi Allahyarham

Pemikir Politik : Buat semua pengguna jalan raya, berhati-hatilah sewaktu memandu kenderaan masing-masing, ingatlah yang tersayang. Al-Fatihah kepada Allahyarham.

Aug 13, 2012

HAIRIE OTHMAN NAZAK????


Hairie Othman nazak??? Inil hanyalah satu teori Pemikir Politik sahaja, Hairie Othman ini bukanlah nazak kerana dipanggil oleh malaikat maut tetapi semakin nazak setelah bergelar USTAZ PAS sehingga boleh mengeluarkan satu Teori Konspirasi yang mengaitkan Perdana Menteri, Timb. Perdana Menteri dan Menteri  Penerangan, Komunikasi,  Kesenian dan kebudayaan di laman Twitternya peribadi miliknya pada 4 Ogos 2012 pada pukul 2.48 Petang. 


Inikah USTAZ PAS yang sebenarnya?? Apabila masuk sahaja menjadi ahli PAS, boleh mengeluarkan kenyataan yang kontroversi bagi menaikkan namanya di persada politik negara?? Ataupun Hairie Othman atau pelakon yang popular sebagai Leftenan Adnan ini ingin menjadi calon PAS pada PRU-13 akan datang?? 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjQUyEhGbjdqXbzuZ12r8X9KOKZN46sai3yzDSx-mO3cq5NQ1ZK4wuqmB8odRgcaFjUqBjHYFKbmpahANu1OsirikI2_nwpRnT7_fTN197UJXteRkN2X3Eqn2M2LKEQk6STgJLkd3NFKmRD/s1600/Screen+shot+2012-08-04+at+3.53.36+PM.png

Pada 21 JUN 2012 yang lepas Hairie Othman secara rasmi dan buat julung-julung kalinya memberi tazkirah di hadapan pecacai-pecacai PAS di Batu Gajah Perak. PAS telah mula menarik perhatian-perhatian artis Malaysia untuk menjadi ahli PAS supaya dapat menumpang kepopularan demi kepentingan politik dan undi pada pilihan raya akan datang, PAS semakin terdesak kerana sokongan Rakyat kepada PAS semakin menurun gara-gara penipuan dan pembohongan PAS selama ini. 


Berita tersebar sekitar bulan September 2006 yang dikaitkan dengan Hairie Othman,

Dua Pelakon Lelaki Ditahan Khalwat
ALOR STAR: Dua pelakon lelaki drama popular ditahan penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Langkawi kerana dipercayai berkhalwat dengan dua wanita di sebuah bilik hotel di Kelibang, dekat Kuah, Langkawi, awal pagi semalam.

Pasangan mereka tidak terbabit dalam lakonan dan menetap di Langkawi dan dipercayai sudah lama mengenali seorang daripada pelakon lelaki itu.

Dua pelakon itu masing-masing sudah beristeri dan mempunyai anak di Kuala Lumpur, manakala pasangan mereka berusia 24 tahun. Seorang daripadanya tidak bekerja dan seorang lagi pengurus sebuah butik kecantikan di pulau berkenaan.

Difahamkan, pelakon itu menyewa bilik berkenaan sejak 1 September lalu kerana sedang menjalani penggambaran drama di pulau itu.

Seorang daripada pelakon lelaki terbabit pernah memegang peranan utama dalam sebuah filem berunsur patriotik manakala seorang lagi lebih dikenali sebagai hero drama bersiri. Kedua-dua mereka sudah beristeri serta mempunyai anak.

" Katanya, kedua-dua wanita itu berusia 24 tahun dan seorang daripadanya adalah pengurus di sebuah butik kecantikan manakala seorang lagi ibu tunggal dan tidak terbabit dengan dunia lakonan.

“Pada mulanya, kedua-dua pelakon lelaki itu enggan bekerjasama apabila diminta menyerahkan kad pengenalan malah cuba melarikan diri tetapi berjaya dikawal lima penguat kuasa Padal yang mengepung bilik itu.

“Mereka akhirnya mengalah dan merayu supaya dibebaskan kerana bimbang perkara berkenaan akan diketahui isteri masing-masing dan periuk nasi mereka akan terjejas,” katanya.

Saiful Aswad berkata, dua pelakon itu turut mendakwa baru mengenali dua wanita terbabit tetapi dinafikan pasangan mereka yang mendakwa sudah lama mengenali kedua-dua pelakon berkenaan dan sering bertemu jika ada kelapangan."


PESANAN KHAS DARIPADA PRESIDEN PAS HADI AWANG UNTUK SELURUH PEMIMPIN PAS DAN PECACAI-PECACAINYA!!


Kebanyakkan artis yang menjadi ahli PAS ini mungkin ingin mencuci segala dosa yang pernah dilakukan dan ingin masuk syurga Nik Aziz hanya dengan mengundi dan menjadi ahli PAS. Lihat sahaja Abby Abadi, Bob Lokman dan Aishah semuanya masuk PAS, kononnya ingin bertaubat, jika ingin bertaubat perlukah masuk parti politik?? terang-terangkan PAS adalah PARTI POLITIK dan bukannya sebuah badan NGO atau sebuah Jabatan Agama Islam, atau mereka ini ingin memperbodohkan Rakyat Malaysia sekali lagi, mereka ingat seperti dalam lakonan menjadi ahli politik ini. Jika PAS memang benar, mereka perlukan banyak pelakon-pelakon yang boleh berlakon di hadapan rakyat bagi memancing undi. 

Pemikir Politik : Ostat PAS kebanyakkannya sesuka hati mengeluarkan kenyataan demi kelangsungan politik untuk mencari undi dan kepopulariti dalam dunia politik, kini artis-artis menjadi bahan untuk PAS memancing undi untuk PRU-13!! Pecacai PAS boleh fikirkan sejenak kata-kata hadi Awang di atas!!

Aug 12, 2012

KELEBIHAN MEMILIKI ANAK PEREMPUAN!!


Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud,

“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”Seorang lelaki bertanya,

“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”Sabda baginda,

“Juga untuk dua anak perempuan.”Seorang lelaki berkata,

“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”Rasulullah s.a.w menjawab,

“Juga untuk seorang.”(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,

“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”

(Hadis Riwayat Al-Bukhari)Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya, 

“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”

(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka. Daripada hadis-hadis di atas, dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud,

“Takutlah kamu kepada Allah s.w.t dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita.”
Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan mereka dan juga isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah s.w.t.

Pernahkah anda mendengar, kata orang tua,?

Menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan? Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja.

Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya. Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.

Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.

Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar, tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka, Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar.


Pemikir Politik : Beruntungnya sesiapa memiliki anak perempuan kerana anak perempuannya boleh membawa ke Syurga, namun anak perempuan juga senang membawa kita ke neraka. Selamat beramal!!

Aug 10, 2012

SENARAI LOKASI SPEED TRAP DI MALAYSIA!!!


Senarai Lokasi Pemasangan Kamera Perangkap Kelajuan/ Speed Trap Di Jalan Raya Malaysia. Hati hati di jalan raya, Ingatlah orang yang tersayang. 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, secara umumnya ramai yang sudah mengetahui kebiasaannya kamera perangkap kelajuan (speedtrap) ini selalunya di letakkan di bawah jejantas di lebuhraya dan sebagainya, Tapi sekarang bukan hanya di bawah
jejantas tetapi ada juga kamera perangkap kelajuan yang dipasang walaupun di jalan yang sibuk di bandar raya seperti Kuala Lumpur dan sebagainya.

Berikut diberikan Senarai Lokasi Pemasangan Kamera Perangkap Kelajuan/ Speed Trap Di Jalan Raya Malaysia yang telah dipasang oleh pihak PDRM:


PLUS North Bound (ke Utara)
* Di bawah jambatan di kira-kira 456km, Sg Buloh simpang.
* Di bawah jambatan di kira-kira 459km, Bukit Lanjan interchange.
* Di bawah restoran jejantas di Sg Buloh.
* Di bawah jambatan terakhir sebelum tol Sg Besi pada 309.2km.
* Di bawah jambatan di 296.5km, persimpangan Bangi.
* Di bawah jambatan baru dibina di 289.0km, selepas simpang Utara Penilaian.
* Di bawah jambatan di 286.5km, Penilaian Utara simpang.

PLUS South Bound (ke Selatan)
* Di bawah papan tanda pada kira-kira 454.6km dan 455.2km, Sg Buloh layby.
* Di bawah jambatan selepas simpang Subang pada 11.3km.
* Di bawah jambatan di 22km, simpang Bukit Lanjan
* Di bawah jambatan sebelum Mint hotel, Sg Besi Tol. 80km / h sahaja!
* Di bawah jambatan di 302.8km, persimpangan Kajang.
* Kira-kira 1km selatan persimpangan Bangi
* Di 296.5km and 297km, persimpangan Bangi
* Di bawah jambatan yang baru dibina di 289.0km, sebelum simpang Nilai Utara .
* At 285.5km dan 285.8km, persimpangan Nilai Utara.
* Pada pembahagi pusat 251.8km dan 253km selepas simpang Senawang .
* Selepas simpang Alor Gajah at 213.9km, sebelah taman tema air.
* Di halangan kanan pada 198.4km.

Elite Central Link East / North Bound
* Pada sebelah kiri di 4.8km selepas Batu Tiga / Shah Alam keluar
* Di bawah restoran jejantas di persimpangan USJ / Hicom kira-kira 8.5km. 90km / h zone!
* Di bawah jambatan sebelum simpang USJ / Hicom di 10.5km.


Elite Central Link West / South Bound
* Di bawah restoran jejantas di persimpangan USJ / Hicom kira-kira 8.5km. 90km / h zone!
* Di bawah jambatan sebelum simpang USJ / Hicom di 10.5km.
* Selepas keluar dari tol KLIA ke lapangan terbang, di bawah Jalan Pekeliling
flyover.90km / h

NKVE East / North Bound
* 300m sebelum tol Jalan Duta, 60km / h!
* Di sebalik halangan kemalangan di sebelah kiri apabila pergi ke arah tol Jalan Duta,di 24.9km 80km/h
* Di bawah jambatan di Damansara Junction, 17.5km NKVE West / South Bound
* Di sebalik halangan di sebelah kiri apabila keluar tol Jalan Duta dari KL, pada 25.3km dan 25.7km, 80km / h sahaja!
* Dari Jln Duta, di bawah jambatan, 23km, 80km / h sahaja!
* Dari Jln Duta, di terowong Sg Buloh persimpangan-Y, 22km.
* Di sebalik halangan n di Damansara Junction, 17.7km dan 16.8km
* Di bawah jambatan keretapi di 11.2km
* Di bawah jambatan di persimpangan Shah Alam.

Kesas East Bound
* Di bawah jambatan di 44.8km, turun bukit yang selepas simpang Puchong.

Kesas West Bound
* Di tepi Sg Besi Tol Bound Timur. Kuala LumpurCity
* Jalan Duta; di bawah jejambat di persimpangan Damansara, 70km / h zone.

Klang
* Jalan antara Klang dan Pelabuhan Klang. Ke Arah Klang arahan, pada kira-kira 13 km kilometer batu. 70km / h sahaja!

Pantai Timur
* Tanda Jalan di Karak lebuh raya adalah tidak mencukupi terutamanya di simpang Y; jika anda unfamilar, pergi perlahan.
* East terikat, turun bukit dijalankan selepas Raub persimpangan.
* Maran, 60km / h zone.
* Paya Bungor, 70km / h zone.

Perangkap Hadlaju DI JOHOR South Bound
* Persimpangan Tangkak.
* Di bawah jambatan selepas Yong Peng Utara persimpangan
* Pada 97.3km.
* Persimpangan Ayer Hitam
* Persimpangan Sedenak


Perangkap had laju DI PERLIS, KEDAH DAN PULAU PINANG


North Bound
* Around Ayer Hitam in 60km / h zone.
* Sebelum Perwaja Steel.
* Sg Petani persimpangan.
* Antara persimpangan Seberang Jaya dan Tol Sg Dua.

South Bound
* PenangBridgeisland akhir. Had laju 80km / j.
* Kira-kira 2 km sebelum Juru Toll Speed ??had 90km / j.

Perangkap HAD LAJU DI PERAK North Bound
* Di bawah jambatan di 197.1km dan 198.8km, Simpang selepas Kamunting.
* Di bawah jambatan di 204.3km, selepas simpang Kamunting.
* Di bawah jambatan di 208km, sebelum simpang Junction.
* Di bawah jambatan di 214.8km, sebelum simpang Kamunting.
* Ipoh Vista Point pada kira-kira 263km. Had laju 80km / j.
* Di bawah jambatan di 271km,simpang utara Ipoh .
* Di bawah jambatan di 274.4km, simpang utara Ipoh South .
* Di bawah jambatan di 286.9km, Simpang Pulai .
* Di bawah jambatan di 296km, Gopeng.
* Di bawah jambatan di 352.6km, selepas Sungkai.
* Di bawah jambatan di 353km, Sungkai .
* Di bawah jambatan di 373km, Slim River.

South Bound
* Di bawah jambatan di 199km, sebelum simpang Kamunting simpang.
* Di bawah jambatan di 241.9km, at Kalau Kangsar.
* Di bawah post tanda di 296.1km, sebelum Gopeng.
* Di bawah jambatan di 297km, Gopeng .
* Di bawah jambatan di 300km, selepas simpang Gopeng.
* Di bawah jambatan di 308.6km, selepas Gopeng .
* Di bawah jambatan di 372.6km, di SlimRiver.

Sabak Bernam
KM. 64 T / INTAN – KLANG,
KM. 62 T / INTAN – KLANG,
KM. 60 T / INTAN – KLANG, (KM.60 Sg.Nibong)
KM. 54 T / INTAN – KLANG
Kilometer 29.3th Jalan Klang-Teluk Intan;
SUBANG JAYA KM 8,5 L / RAYA ELITE,
Bentong KM40 L / RAYA KL-Karak,
Spt (B / Mertajam) KM 142,6 LRUS,
Hulu SELANGOR (KKB), KM 400 LRUS,
S / RIVER (B / SANDAKAN) KM 122 JLN IPOH-K/LUMPUR


JALAN PERSEKUTUAN
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang – Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras


Lain-lain
1. Kilometer 1.13.5th Lebuhraya Ayer Keroh
2. Kilometer 33 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan;
3. Kilometer 81 jalan Jerangau-Jabor;
4. Kilometer 51 Jalan Alor Star-Butterworth;
5. Kilometer 85.5th Jalan Kuala Lumpur-Ipoh;
6. Kilometer 29.3th Jalan Klang-Teluk Intan;
7. Kilometer 15 Jalan Tampin-Segamat;
8. Kilometer 36 Jalan Kuantan-Kemaman;
9. Seksyen 57, Jalan Kota Tinggi-Sg Rengit;Kilometer 10.184th Jalan Johor Bahru-Kuala Lumpur;
11. 83 Street dan kilometer 62 Gua Musang-Kuala Krai;
12. Jelutong Expressway di Pulau Pinang


Pemikir Politik : Pemikir dan senaraikan lokasi had laju ni, nanti jangan pula kena saman salahkan pihak polis ye, Mereka hanya menjalankan tugas dan amanah yang diberikan oleh Negara. 

SANGGUP POTONG ANU KERANA PANDELELA!!


Kerana mulut badan binasa, kerana pulut santan binasa, inilah ungkapan yang sesuai untuk seorang jejaka yang diberi nama Johari Pain akibat terlalu obses yang Pandalela tidak akan dapat meraih sebarang pingat pada sukan olimpik kali ini dalam acara Platform 10 meter wanita. Akibat kelancangan mulut Johari Pain yang menaikkan status untuk memotong anunya jika Pandelela mendapat pingat telah dituntut oleh peminat-peminat sukan negara dan rakyat Malaysia. Walaupun status itu menunjukkan sedikit gurauan namun agak mengecewakan peminat sukan negara yang ingin melihat Pandelela meraih pingat untuk menambah koleksi pingat negara ditemasya Olimpik kali ini. 


Inilah kenyataan yang dikeluarkan oleh Johari Pain di akaun Facebook miliknya yang telah mengundang kemarahan peminat sukan Malaysia. Pandelela telah berjaya merangkul pingat Gangsa sekaligus membanggakan rakyat Malaysia kerana meraih pingat dalam kejohanan Olimpik 2012. Hari ini Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengucapkan tahniah kepada Pandelala di akun Facebook miliknya dan setakat ini 12 ribu menyukai status yang dinaikkan oleh PM. PM juga yakin Pandelela akan menunjukkan peningkatan pada temasya sukan akan datang. 


Nasihat kepada Johari Pain, janganlah dicabar atlet negara ketika ini, mereka semua adalah harapan Negara kita untuk terus merangkul pingat dipersada antarabangsa, peminat dan rakyat Malaysia masih lagi mengharapkan pingat terhadap atlet negara, oleh demikian janganlah cuba-cuba menaikkan entri yang boleh mengundang kemarahan peminat dan rakyat Malaysia kerana semua atlet negara adalah WIRA dan WIRAWATI NEGARA!!

Pemikir Politik : Johari Pain, kalau ye pun nak terkenal janganlah sampai nak kerat anu, kalau nak buat lawak pun takkanlah anu jadi taruhan, sekarang peminat Pandelela dan tuntut janjimu di facebook tu, sendiri mau ingat la ye, pandai berjanji, pandai-pandailah jawap sendiri. 


Aug 9, 2012

KELEBIHAN-KELEBIHAN UNGKAPAN BISMILLAH!!

Bismillah adalah satu kata nama bahasa Arab yang digunakan sebagai nama kolektif keseluruhan frasa Islam berulang “bismillahi-r rahmani-r rahim”. Frasa ini menjadikan rangkap pertama setiap “surah” (atau bab) Qur’an (kecuali untuk surah kesembilan), dan digunakan dalam sejumlah konteks oleh orang Islam.

Sebenarnya terdapat banyak kelebihan-kelebihan yang terdapat pada ungkapan bismillah ini dan mungkin ramai umat Islam mengetahuinya dan mungkin ada juga yang tidak mengetahuinya. Oleh itu, seluruh umat Islam perlulah ungkapkan ungkapan bismillah dalam apa jua yang dilakukan.
Bismillah Miliki Pelbagai Kelebihan

Ayat Bismillah mempunyai pelbagai kelebihan dan keutaman tersendiri. Disebutkan di dalam hadis yang bermaksud :

“Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus dari rahmat Allah s.w.t.”

Dalam satu hadis lain juga dinyatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

“Tiada seorang hamba yang mengucapkan Bismillah kecuali Allah s.w.t. memerintahkan malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku amalannya 400 kebaikan.”

6 kelebihan Bismillah ialah :

  • Membaca Bismillah sebanayk 21 kali sebelum tidur, dapat mengelakkan gangguan syaitan, kecurian dan bala.
  • Ucapkan salam dan Bismillah setiap kalli hendak memasuki rumah, Insyaallah rumah tangga akan diberkati dan mendapat keharmonian
  • Bacakan Bismillah sebanyak 41 kali ke telinga orang yang pengsan. Insyaallah akan dapat memulihkannya
  • Jika membaca Bismillah sebanyak 19 kali ketika bertemu orang yang dalam keadaam marah, InsyaAllah dapat melembutkan hatinya
  • Lafaz Bismillah jika diucapkan sebanyak 100 kali dan dihembuskan kepada orang yang berpenyakit selama tiga hari berturut-turut, inysallah penyakitnya akan sembuh
  • Jika mahukan hajat seseorang itu dimakbulkan, dia hendaklah membaca Bismillah apabila selesai solat Asar pada hari jumaat dalam keadaan suci dari hadas dan najis. Hendaklah juga mengadap kiblat sehingggalah matahari terbenam
  • Selain itu sesungguhnya Bismillah mempunyai pelbagai khasiat lain. Antaranya adalah :-

1. Barang siapa membaca Bismillah dan diikuti dengan lafaz, maka dia akan dihindarkan daripada 70 musibah, kesusahan, penyakit akal dan bebal.
2. Sesiapa yang mengamalkan membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya dia aman dan bebas daripada syaitan, kecurian, maut yang mengejut dan sebarang bencana.
3. Apabila di baca sebanyak 19 kali apabila bertemu dengan orang yang berpangkat besar, yang sombong dan garang, InsyaAllah akan menjadi lembut.
4. Setiap kali bila memasuki rumah bacalah kalimah bismillah itu sekali, insyaAllah diberkati dan mendapat kebahagiaan dalam rumahtangga tersebut.
5. Apabila dibaca sebanyak 100 kali dan dihembuskan kepada penyakit selama 3 hari berturut-turut, Insyaallah sembuh penyakitnya.
6. Barang siapa membaca Bismillah ketika hendak bersetubuh (jimak) maka anaknya kelak akan menjadi orang yang cerdas dan terbuka hatinya sehingga anak-anak yang soleh.
7. Jika didapati seseorang yang sedang pengsan, maka hendaklah dibacakan Bismillah sebanyak 41 kali pada telinganya, insya-Allah, dia akan sedar dan kembali siuman dengan serta merta.
8. Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 313 kali dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. sebanyak 100 kali pada hari ahad di saat matahari terbit dengan mengadap kiblat.Maka Allah s.w.t. akan menganugerahkan rezeki tanpa diduga sama sekali.
9. Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 786 kali lalu ditiupkan pada air sebelum diberi minum kepada seseorang yang bebal selama tujuh hari sebelum matahari terbit, maka akan lenyaplah kebebalannya dan insya-Allah dia akan mudah hafal terhadap apa yang didengarnya.
10. Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 50 kali dihadapan orang zalim atau penguasa yang bengis, maka dia akan segera tunduk atau ketakutan.
11. Barang siapa menulis Bismillah 101 kali lalu diletakkan di sawahnya, maka insya-Allah sawah itu akan menjadi subur dan terjaga daripada sebarang bencana.
12. Sesiapa yang menpunyai hajat kepada Allah s.w.t maka sebaiknya dia berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat.
13. Bagi seseorang yang ingin sentiasa dilapangkan dan dipermudahkan rezekinya serta mempunyai keberkatan luar biasa, disegani dan dimuliakan oleh makhluk, maka hendak membaca Bismillah sebanyak 66 kali dengan memanjangkan lafaz jalahannya.
14. Untuk mengubati sesuatu penyakit, boleh diikhtiarkan dengan menulis Bismillah sebanyak 66 kali lalu diberi air diberi minum kepada orang yang berpenyakit dan orang yang terkena cubaan.
15. Untuk mengubati sakit pening pula hendaklah dituliskan lafaz Bismillah sebanyak 21 kali ke atas kertas lalu dikalungkan kepada orang sakit kepala itu.
16. Bagi orang yang mengharap supaya hajatnya dikabulkan oleh Allah s.w.t. dia hendaklah membaca Bismillah selesai sembahyang Asar pada hari Jumaat dalam keadaan suci dari hadas dan najis dan menghadap kiblat sehinggalah matahari terbenam. Kemudian, mohonlah kepada Allah mengenai hajat yang dimintanya, insya-Allah dengan semalam kemurahan dan sifat Rahman dan Rahimnya akan dikabulkan Oleh Allah.
17. Barang siapa yang menulis lafaz Bismillah sebanyak 50 kali dengan huruf jawi lalu dibawa dan pergi ke depan orang zalim, maka dia kan terhindar daripada sebarang niat jahat itu. Ketika menghadapnya, hendaklah dia membaca Bismillah sebanyak 50 kali pula.
18. Banyak sungguh kelebihan ungkapan bismillah ni dan boleh diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Rugilah kita, jika kita tidak amalkannya..

Sumber : www.islamitusuci.com

Pemikir Politik : Subhanallah, dengan Bismmillah sahaja pelbagai kelebihan dapat dinikmati oleh umatnya, inilah kelebihan memulakan sesuatu dengan membaca Bismillah. Allahuakbar!! Selamat Beramal!!

MAKSUD MIMPI MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM!!


Mimpi adalah suatu lumrah dan kebiasaan yang sering dialami oleh umat semua manusia sama ada Islam atau tidak. Ia berlaku ketika manusia sedang tidur tidak kira lama atau pun sekejap.

Bagi umat Islam, mimpi kadang-kala mempunyai alamat atau maksud tertentu dan hanya orang yang arif sahaja boleh menakwil mimpi tersebut. Hal berkaitan mimpi juga ada diceritakan di dalam Al-Quran di dalam kisah Nabi Yusuf a.s. Berikut adalah pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan berkaitan mimpi
Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-36 yang bersidang pada 15 Dec 1994 telah membincangkan Mimpi Dari Perspektif Islam.

Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  • Mimpi seorang nabi dan rasul adalah wahyu yang menjadi hukum adalah benar.
  • Mimpi orang ramai di zaman Rasulullah S.A.W. seperti melihat Baginda dalam tidur menyamai melihat Rasulullah S.A.W. dalam masa jaga adalah khusus di zaman semasa Baginda masih hidup
  • Mimpi orang Islam selepas wafat Rasulullah S.A.W. maka ia akan berjumpa di akhirat nanti dan akan mendapat syafaat Rasulullah S.A.W.
  • Mimpi orang Islam ada tiga peringkat, peringkat pertama bisikan jiwa, yang kedua godaan syaitan dan yang ketiga ialah mimpi khabar gembira dari Allah S.W.T. Mimpi orang bukan Islam adalah ditolak
  • Mimpi orang awam bukan hujah terhadap satu hukum atau berita atau satu kenyataan.
Kadangkala ada juga antara kita yang mendapat mimpi sebagai satu hidayah untuk membawa diri kita ke arah yang lebih baik. Teringat dahulu pada rakan penulis yang memang jahil dalam agama dan tidak pernah mempedulikannya. Tetapi dia telah diberikan hidayah oleh Allah S.W.T di dalam mimpinya yang membawa dia untuk berubah dan pada saat itu dia mula berubah dari tidak pernah menunaikan solat ke tidak pernah meninggalkan solat walaupun sesekali dan sebagainya.

Sumber : www.islamitusuci.com

Pemikir Politik : Mimpi mempunyai pelbagai tafsiran, jika ditanya pada orang orang lama atau orang tua-tua mungkin pelbagai tafsiran yang diberikan, terpulanglah pada empunya diri dan kepercayaan masing-masing.

Aug 8, 2012

15 RAHSIA KAABAH YANG TIDAK DIKETAHUI RAMAI!!

Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi tidak, lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai.


1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.


Pemikir Politik : Allahuakbar, Allah Maha Besar. Begitu hebatnya Mekah sebagai kiblat umat Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails