Kerana mulut badan binasa, kerana pulut santan binasa, inilah ungkapan yang sesuai untuk seorang jejaka yang diberi nama Johari Pain akibat terlalu obses yang Pandalela tidak akan dapat meraih sebarang pingat pada sukan olimpik kali ini dalam acara Platform 10 meter wanita. Akibat kelancangan mulut Johari Pain yang menaikkan status untuk memotong anunya jika Pandelela mendapat pingat telah dituntut oleh peminat-peminat sukan negara dan rakyat Malaysia. Walaupun status itu menunjukkan sedikit gurauan namun agak mengecewakan peminat sukan negara yang ingin melihat Pandelela meraih pingat untuk menambah koleksi pingat negara ditemasya Olimpik kali ini.
Inilah kenyataan yang dikeluarkan oleh Johari Pain di akaun Facebook miliknya yang telah mengundang kemarahan peminat sukan Malaysia. Pandelela telah berjaya merangkul pingat Gangsa sekaligus membanggakan rakyat Malaysia kerana meraih pingat dalam kejohanan Olimpik 2012. Hari ini Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengucapkan tahniah kepada Pandelala di akun Facebook miliknya dan setakat ini 12 ribu menyukai status yang dinaikkan oleh PM. PM juga yakin Pandelela akan menunjukkan peningkatan pada temasya sukan akan datang.
Nasihat kepada Johari Pain, janganlah dicabar atlet negara ketika ini, mereka semua adalah harapan Negara kita untuk terus merangkul pingat dipersada antarabangsa, peminat dan rakyat Malaysia masih lagi mengharapkan pingat terhadap atlet negara, oleh demikian janganlah cuba-cuba menaikkan entri yang boleh mengundang kemarahan peminat dan rakyat Malaysia kerana semua atlet negara adalah WIRA dan WIRAWATI NEGARA!!
Pemikir Politik : Johari Pain, kalau ye pun nak terkenal janganlah sampai nak kerat anu, kalau nak buat lawak pun takkanlah anu jadi taruhan, sekarang peminat Pandelela dan tuntut janjimu di facebook tu, sendiri mau ingat la ye, pandai berjanji, pandai-pandailah jawap sendiri.
No comments:
Post a Comment