Hari ini Pemikir terbaca satu artikel yang dikeluarkan oleh Malaysiakini mengenai kod tata kelakuan yang dikeluarkan oleh Universiti Malaya (UM). Kod tata kelakuan UM yang terbaru ini merangkumi penyebaran maklumat, propaganda dan ideologi politik didalam kampus. Kod tata kelakuan ini dikeluarkan bagi mengekalkan keharmonian dan keamanan di dalam kampus UM bagi menghadapi Pilihan Raya Kampus (PRK) yang akan tiba tidak lama lagi dalam bulan 9 ini.
Pemikir mendapat maklumat tidak rasmi mengenai PRK akan diadakaan serentak pada 25/9/2012 dan 20/9/2012 adalah tarikh bagi penamaan calon. PRK kali ini akan menjadi lebih sengit apabila Pro-A sudah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan untuk menghadapi Pro-M setelah beberapa kejadian seperti yang berlaku pada PRK lepas sehingga beberapa buah Universiti jatuh ke tangan Pro-M.
Kes Culik Calon Pro-M merupakan strategi yang menjadi apabila Masturah Abu Bakar telah menang pada PRK lepas diatas simpati Mahasiswa UM dengan undian 4,907 undi. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah hanya mengesahkan kejadian ini hanya kes orang hilang dan bukannya kes culik. Masturah telah dijumpai di Masjid Teras Jernang di Bangi kira-kira pada pukul 1.30 pagi. Pada PRK lepas di UM, Pro-M telah berjaya memenangi 9 kerusi UMUM dan 14 kerusi FAKULTI sekaligus dapat membentuk kabinet di UM. Namun PRK kali ini Pro-A akan mengempur habis-habisan untuk kembali semula menerajui kabinet MPPUM. Semoga Allah merahmati perjuangan ASPIRASI!!
Pemikir Politik : Lepas ni taktik kotor apa yang akan digunakan Pro-M?? Demonstrasi??Org Hilang?? Pecah Cermin?? Pecah Kepala?? Sama-sama kita nantikan!!
No comments:
Post a Comment