Hari ini 24/3/2012 Aman Kampus telah menjalankan Program SISWA PRIHATIN ke rumah warga emas di rumah Kebajikan Nur Ehsan Johor yang turut disertai oleh Mahasiswa UTM Skudai dan UTM Kuala Lumpur. Sebanyak 4 buah BAS dan 7 buah kereta telah berkonvoi ke sana. Hasil dapatan daripada pemikir, seramai 80 orang warga emas yang tinggal dirumah kebajikan ini yang majoritinya kaum Melayu. Sambutan daripada pihak pentadbir yang amat mengalu-alukan kehadiran anak muda supaya anak muda mempunyai keinsafan dan kesedaran untuk menjaga ibu bapa dan tidak dihantar ke rumah kebajikan. Pihak aman kampus juga telah menyerahkan bantuan berbentuk beras, lampin pakai buang dan barang keperluan harian lain di rumah kebajikan tersebut selain berkongsi suka dan duka bersama warga emas yang tinggal disana disamping menghiburkan hati warga tua di rumah kebajikan ini.
"Pemikir juga hampir mengalirkan air mata melihat sendiri warga emas yang ditinggalkan disana. Warga Emas yang tinggal disana bukan sahaja daripada golongan susah malah golongan kaya juga terdapat disana. Mengapa semua ini terjadi pada hari ini? ibu bapa boleh menjaga kita sewaktu kecil, tapi mengapa kita tidak boleh menjaga mereka ketika mereka amat perlukan kasih sayang kita? ibu bapa kita sanggup berjaga malam ketika kita kecil bagi memastikan kita selesa dan dapat tidur nyeyak."
Dirumah kebajikan ini juga Aman kampus telah memperkenalkan Ratu Aman Kampus sebagai ikon kepada anak muda hari ini yang dikenali sebagai Haniey Jahari. Bukan ratu cantik, tetapi sebagai IKON mahasiswa dan anak muda kini yang sanggup berkorban tenaga demi memperlihatkan bahawa mahasiswa kini mampu menjadi perantara antara masyarakat dan pucuk pimpinan negara!!
Disini Pemikir ingin kongsikan sedikit gambar yang sempat diambil,
RATU AMAN KAMPUS!!
INILAH ANAK MUDA PELAPIS PEMIMPIN NEGARA PASA MASA AKAN DATANG!!
MAHASISWA UTM YANG BERSAMA-SAMA MENJAYAKAN AMAN KAMPUS!!
PESERTA AMAN KAMPUS SEMPAT LAGI MEWARNAKAN MURAL BAGI MENCERIAKAN RUMAH KEBAJIKAN NUR EHSAN!!
RENUNGAN SEORANG IBU, MAK CIK INI KEHILANGAN KAKI KANANNYA KERANA PENYAKIT KENCING MANIS.
ANTARA SUMBANGAN DARIPADA AMAN KAMPUS!!
PENUH RUMAH KEBAJIKAN NUR EHSAN DI "SERANG" AMAN KAMPUS!!
GAMBAR KENANG-KENANGAN DI HADAPAN RUMAH KEBAJIKAN NUR EHSAN!!
Pemikir Politik : AMAN KAMPUS bukan sahaja menyampaikan mesej KEAMANAN tetapi mampu melahirkan PEMIMPIN MASA AKAN DATANG yang PRIHATIN!!! SMM HANYA DAPAT LAHIRKAN PEMIMPIN BARING ATAS JALAN RAYA!!
No comments:
Post a Comment