KUALA LUMPUR 20 Mac - Tindakan kerajaan Pas Kelantan memajak tanah rizab Melayu kepada syarikat bukan bumiputera dari luar Kelantan sehingga menganaktirikan penduduk tempatan yang rata-ratanya miskin adalah satu perbuatan zalim.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ini kerana ramai rakyat teraniaya dengan tindakan kerajaan negeri itu yang dilihat ghairah mengejar pembangunan walaupun tanpa perancangan teliti.
Sambil mengakui wujud aktiviti memajak tanah rizab Melayu oleh kerajaan Pas Kelantan atas dasar pembangunan untuk tempoh yang lama, beliau berkata, rakyat negeri itu perlu sedar bahawa mereka telah tertipu sejak sekian lama.
"Isu tanah rizab Melayu ini adalah perkara sensitif dan ia perlu diurus dengan teliti. Kita tidak mahu tanah-tanah rizab Melayu di Kelantan dibangunkan dengan sesuka hati tanpa perancangan sehingga akhirnya orang Melayu sendiri yang rugi,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. -utusan
DEMONSTRASI penduduk Jalan Gajah Mati yang marah apabila tanah mereka diserah dan dipajak kepada syarikat bukan bumiputera untuk dibangunkan dengan pusat komersial di Kota Bharu, baru-baru ini.
KELANTAN dikatakan negeri paling ketat di Malaysia menguatkuasakan undang-undang tanah dalam usaha melindunginya daripada terlepas kepada pihak luar iaitu melalui penubuhan Enakmen Tanah Negeri Kelantan 1930.
Ia sekali gus menjadikan Kelantan negeri paling banyak mempunyai tanah rizab Melayu di negara ini iaitu kira-kira 95 peratus daripada keseluruhan 1,492,200 hektar keluasan negeri itu.
Namun, beberapa siri demonstrasi rakyat Kelantan yang marah tanah mereka diambil kerajaan negeri sebelum dipajak kepada syarikat bukan bumiputera menimbulkan pelbagai persoalan mengenai status tanah rizab Melayu di negeri tersebut.
Pemikir Politik : INILAH KERAJAAN PAS!! PEMBANGUNAN YANG INGIN DIBUAT TANAH RIZAB MELAYU DIGADAIKAN KEPADA BUKAN BUMIPUTERA!! TUMBANGKAN PAS KELANTAN PADA PRU-13!!
No comments:
Post a Comment