PR MULA TERASA AKAN DIKUBURKAN, APABILA TRANSFORMASI YANG DILAKUKAN OLEH KERAJAAN MULA MENAMPAKKAN SOKONGAN KEPADA UMNO DAN BN BERTAMBAH DISETIAP PERINGKAT AKAR UMBI!!
TERBARU, SBPA DIBATALKAN DAN SSM DITAMBAH BAIK SEBAGAI LANGKAH TERBAIK UNTUK SEMUA PEJAWAT AWAM!! TAHNIAH DS NAJIB!!
SBPA Dibatalkan dan SSM ditambah baik pelarasan gaji SSM terkini
Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Januari 2012 dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia SSM. SSM yang ditambah baik Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan SSM untuk penjawat pada masa depan.
pelarasan gaji SSM
Beliau juga mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54,bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus). Najib juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM. Bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100. Najib membuat pengumuman itu pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini. Bernama
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, cubaan pembangkang untuk meraih kepentingan politik atas keprihatinan kerajaan merupakan hipokrit terbesar kerana sebelum ini mereka juga yang mahu mengurangkan lebih 700,000 kakitangan awam.
"Sekarang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juak-juak parasitnya melalak konon mereka hero memperjuangkan hak kakitangan awam tapi tengok bagaimana layanan mereka terhadap golongan tersebut di Selangor terutama dalam isu pemberian bonus?
"Hanya kakitangan syarikat milik kerajaan (GLC) Selangor sahaja diberi bonus, kakitangan awam negeri itu langsung tidak dipedulikan. Tetapi sekarang pembangkang mahu bercakap soal menjaga kebajikan penjawat awam," - UTUSAN
Pemikir Politik : LEMBU PUNYA SUSU SAPI DAPAT NAMA??? INILAH PENIPU RAKYAT (PR)!! GAGASAN 1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN TELAH DILAKUKAN SEBAIKNYA OLEH PIHAK KERAJAAN UMNO & BN!!! PR BERKUBUR PRU-13!!
No comments:
Post a Comment