19/9/2012 - Kuantan Pahang, PRO-M telah tewas sebelum penamaan calon pada hari Jumaat ini 21 September 2012 kerana syarat-syarat untuk menjadi calon tidak dilepasi oleh calon PRO-M di UMP. Hal ini kerana, untuk Pilihan Raya Kampus kali ini, Suruhanjaya PRK UMP telah menetapkan 2 syarat penting untuk menjadi calon pada PRK 2012.
Syarat pertama ialah, setiap calon dikehendaki mengikuti kursus yang telah ditetapkan dan syarat yang kedua ialah PNGK calon mestilah 2.50 ke atas. Dua syarat ini telah mengakibatkan hanya 4 orang sahaja calon PRO-M yang melepasi syarat yang telah ditetapkan. Seramai 8 orang sahaja calon PRO-M telah mengikuti kursus yang telah ditetapkan dan hanya 4 orang melepasi syarat PNGK 2.50.
Sebanyak 24 kerusi dipertandingan pada PRK UMP kali ini iaitu, 8 Kerusi Umum dan 16 Kerusi Fakulti. Syarat untuk berkursus dan melepasi PNGK yang ditetapkan telah dipraktikkan oleh beberapa buah Universiti seperti Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). UPSI telah menetapkan 3 kali berkursus dan calon mestilah melepasi syarat 2.75 untuk menjadi calon pada PRK. Jika 4 orang calon PRO-M UMP yang melepasi syarat menang sekalipun, masih lagi terdapat 12 kerusi majoriti telah dimenangi oleh calon Bebas dan sekaligus PRO-M telah tewas sebelum penamaan calon dan sebelum tarikh mengundi.
Syarat ini amat baik untuk seorang Pemimpin Mahasiswa kerana selain mempunyai bakat kepimpinan, seorang pemimpin juga mestilah bijak dalam akademik dan dapat menyeimbangkan antara kepimpinan dan akademik sekaligus dapat melahirkan pemimpin berkualiti yang akan menjadi pemimpin negara pada masa akan datang.
Syarat untuk bertanding pada PRK mestilah diperketatkan oleh pihak Universiti supaya pemimpin yang lahir di Universiti tersebut adalah pemimpin yang bekaliber dalam memperjuangkan isu mahasiswa dan negara pada masa akan datang. Transformasi kepimpinan yang ditunjukkan mestilah telus dalam perjuangan untuk mahasiswa dan bukannya untuk kepentingan parti politik tertentu walaupun AUKU telah dipinda. Tahniah kepada kepimpinan baharu UMP, teruskan perjuangan demi Mahasiswa!!
Pemikir Politik : Tahniah untuk UMP, PRO-M tewas sebelum berperang, lain kali cukupkan syarat dulu sebelum bertanding. Kepada calon-calon yang menang tanpa bertanding, Tahniah dan jangan leka dengan kemenangan FREE, teruskan membela nasib Mahasiswa!!
No comments:
Post a Comment