23/9/2012 - Tanjong Malim, Pemikir hari ini mendapat maklumat daripada UPSI mengatakan bahawa PRO-M UPSI telah membuat satu laporan polis berkaitan 6 orang calon PRO-M di tolak pencalonan kerana tidak menulis manifesto pada borang pencalonan sewaktu hari penamaan calon 20 September kelmarin.
Akibat daripada kesilapan teknikal daripada pihak PRO-M yang tidak melengkapkan borang calon menyebabkan 6 orang calon mereka telah ditolak pencalonan dan sekaligus memberikan kemenangan percuma kepada PRO-A. Peraturan PRK UPSI 2012 jelas meminta setiap calon mengemukakan borang dengan lengkap dan betul. Peraturan ini jelas, namun pihak PRO-M mengambil ringan soal borang calon.
Maklumat awal yang pemikir terima dari UPSI memberitahu bahawa PRO-M akan berkumpul di bangunan E-Learning pada pukul 9 pagi esok untuk menghantar memorandum membantah 6 orang calon mereka dibatalkan ditolak pencalonan. PRO-M akan berarak daripada bangunan E-Learning untuk ke Bangunan Cancelori untuk menyerahkan memorandum tersebut kepada Naib Cancelor UPSI Prof. Datuk Zakaria Kasa. Perjalanan perarakan esok telah direncana oleh Bekas Koordinator PRO-M Mohd Zahar dan Koordinator baharu PRO-M Mohd Hazri akan melakukan tindakan perarakan. Menurut satu lagi sumber, Adam Adli akan berada di UPSI pada hari terakhir berkempen.
Tindakan yang cuba menarik perhatian pihak pentadbiran dan mahasiswa/i ini merupakan satu tindakan yang bodoh di atas kesilapan teknikal calon mereka sendiri. PRO-M UPSI juga akan memainkan sentimen Suruhanjaya PRK UPSI tidak telus dalam mengendalikan PRK kali ini setelah 22 kerusi yang dimenangi secara percuma oleh PRO-A. Melihat kepada senario kecemerlangan PRO-A di 5 buah IPTA lepas menunjukkan semuanya akan memainkan sentimen ketelusan pihak suruhanjaya PRK, sedangkan penentu kepada kecemerlangan PRO-A adalah dari segi undi Mahasiswa/i yang memberi mandat kepada PRO-A untuk memegang tampuk kepimpinan universiti.
Laporan polis yang telah dibuat oleh pihak PRO-M juga merupakan satu tindakan yang memalukan diri sendiri apabila isu rusuhan di hadapan pintu utama UPSI di ambang tahun baru 2012 yang mengatakan polis bertindak ganas dan zalim terhadap perusuh-perusuh. Jika polis zalim dan ganas kenapa masih lagi membuat laporan polis untuk membantu dalam kes 6 orang calon PRO-M di tolak pencalonan?? Isu ini memperlihatkan bagaimana PRO-M cuba menyerang institusi keselamatan supaya rakyat Malaysia nampak seolah-olah pihak keselamatan Malaysia tidak boleh dipercayai.
UNDILAH CALON WE LOVE UPSI
Pemikir Politik : PRO-M ni dah kalah buat je la cara dah kalah, Ini dah kalah masih lagi nak buat kacau untuk cuba menganggu perjalanan demokrasi kampus!! Sudah-sudah la PRO-M, 22 kerusi PRO-A dah menang besar, apa lagi nak buat kacau, UPSI bukan milik PRO-M!!
A.B.A
ALLAH BERSAMA ASPIRASI!!
No comments:
Post a Comment