25/9/2012 - Bangi, PRO-A tersungkur di UKM setelah tewas dengan jumlah kerusi perbezaan 10 kerusi setelah PRO-M memenangi 19 kerusi daripada 28 kerusi yang dipertandingkan. Pemikir mengucapkan takziah dan tahniah kepada PRO-A UKM kerana sabotaj kepimpinan sendiri di atas kekalahan ini. Kekalahan ini menjadikan UKM sebagai IPTA pertama telah ditawan oleh PRO-M. Sikap PRO-A seperti ini wajiblah dielakkan dalam perjuangan Universiti kerana sanggup membiarkan kepimpinan sendiri tewas daripada semangat ingin memenangi PRK pada kali ini. Jika sikap ini diteruskan oleh PRO-A UKM, lebih baik berikan kepada muka baru yang betul-betul ingin berjuang mempertahankan UKM! Sungguh memalukan apabila semua IPTA PRO-A menang selesa kecuali di UM yang bermatian ingin kembali merampas semula kepimpinan tapi di UKM sambil lewa sehingga 10 kerusi dilepaskan tanpa ada tentangan sengit daripada PRO-A.
Keputusan ini telah dijangka oleh pemikir setelah pemikir sendiri membuat pemantauan di UKM. Kempen PRO-A di UKM sangat suram untuk memenangi PRK. Melihatkan kejayaan PRO-A bermula daripada 8 tahun lepas yang bersemangat dalam perjuangan tidak sama dengan Jentera PRO-A kali ini. Di saat PRO-A berada ditahap tertinggi memenangi PRK dengan majoriti kerusi yang besar, di saat inilah PRO-A UKM sabotaj kepimpinan dengan kepentingan diri sendiri!! TAKZIAH PRO-A UKM!! Amalkan lagi sikap ini!!
KEPUTUSAN PENUH UKM!!
PRO-A - 9
PRO-M - 19
Pemikir Politik : Jika sikap inilah yang ditunjukkan oleh Ketua Jentera PRO-A UKM, terus terang pemikir katakan anda TIDAK LAYAK jadi pemimpin!!
No comments:
Post a Comment