21/9/2012 - Shah Alam, PRO-A menang besar di 5 buah IPTA pada keputusan pengundian yang ditutup pada pukul 5 petang tadi. Kemenangan besar ini membuktikan bahawa mahasiswa terus memberi mandat kepada ASPIRASI untuk menerajui kempimpinan Universiti. 5 Buah universiti yang telah memperoleh kemenangan besar ialah UITM, UniMAP, UTEM dan UNISZA.
UITM meneruskan legasi kemenangan besar apabila menyapu bersih 50 kerusi yang dipertandingkan. Ini menunjukkan bahawa mahasiswa tidak terpedaya dengan PRO-M walaupun Khalid Ismath cuba menghuru-harakan UiTM pada suatu ketika. Kemenangan besar ini membuktikan bahawa mahasiswa/i UiTM menolak 100% PRO-M di UiTM.
UTHM juga telah berjaya meningkatkan jumlah kerusi untuk mendominasi PRK kali ini apabila menang 25 daripada 27 kerusi yang dipertandingkan. Jumlah pertambahan kerusi kali ini memperlihatkan kepercayaan mahasiswa/i terhadap kepimpinan PRO-A sebelum ini, walaupun pada PRK lepas PRO-A dilihat menang majoriti yang agak rendah.
Kemenangan besar ini akan diteruskan oleh lagi oleh 15 buah lagi IPTA yang akan membuang undi pada 25 September 2012. PRO-M terus ditolak oleh mahasiswa kerana cuba mencetuskan suasana tidak aman di kampus dengan demonstrasi jalanan dan hanya pandai berjanji tidak tidak menepati janji. Mahasiswa hari ini telah bijak dalam menilai calon yang beribawa untuk menerajui Majlis Perwakilan Pelajar Universiti. Hasil pemantauan oleh pemikir, 15 buah universiti lagi mempunyai potensi besar untuk PRO-A meneruskan legasi kemenangan besar.
Pemikir Politik : Tahniah UITM, UTHM, UniMAP, UTEM dan UNISZA kerana memperoleh kemenangan besar pada PRK kali ini. Kepada calon yang menang, jangan lupa membela nasib mahasiswa/i dan dapat menunaikan tanggungjawab dengan baik!
A.B.A
ALLAH BERSAMA ASPIRASI!!
No comments:
Post a Comment