Followers

UNGKAPAN EMAS

"Saya boleh bunuh semua YAHUDI ketika saya berkuasa. Saya tinggalkan sedikit kepada kamu agar kamu kenal siapa YAHUDI dan cari jawapan kenapa saya bunuh mereka" - ADOLF HITLER

NOTIS



Artikel yang disiarkan merupakan pandangan peribadi penulis tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Jika berlaku sebarang kerugian, kecederaan atau kecelaruan emosi ketika membaca artikel, gambar dan bahan yang dipaparkan di laman ini ianya di luar tanggungjawab penulis - Ingin berkongsi maklumat atau artikel emel: pemikirpolitik@hotmail.com
Showing posts with label JELAJAH DESTINI ANAK BANGSA. Show all posts
Showing posts with label JELAJAH DESTINI ANAK BANGSA. Show all posts

May 19, 2012

#JDAB2012 : DATO SAHOL MENGAMUK DI JELAJAH DESTINI ANAK BANGSA???


18 Mei 2012 (Semalam) Dato Sahol telah bersama-sama Jelajah Destini Anak Bangsa di Negeri Pulau Pinang bagi menjayakan misi mencari pelajar lepasan SPM yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti akibat dibelenggu masalah kemiskinan. Empat buah lokasi telah menjadi tumpuan iaitu,

Dewan Seri SMK Seri Balik Pulau
Dewan SMK. Dato' Onn, Butterworth Penang
Dewan Serbaguna Jawi,Seberang Perai Selatan
Dewan SMK Dato' Hj. Ahmad Badawi, Kepala Batas

Kehadiran Naib Canselor ini telah menguatkan lagi harapan ibu bapa dan pelajar-pelajar ini supaya mereka dapat diterima masuk ke UiTM bagi meneruskan pembelajaran ke peringkat Universiti. NC UiTM ini telah meluangkan masa untuk menyampakan surat tawaran kepada 50 orang bakal Mahasiswa UiTM yang telah diterima masuk ke UiTM hasil permohonan April yang lalu. Selain itu, Dato' Sahol telah meluluskan permohonan serta rayuan yang dibuat oleh ibu bapa yang hadir berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Pemikir ingin kongsikan sedikit gambar yang sempat dirakamkan di Pulau Pinang : 





Pemikir Politik : Tahniah NC UiTM kerana bersama-sama turun padang untuk meneruskan legasi jelajah Destini Anak Bangsa!! LGE tak nak turun sekali ke??

May 17, 2012

#JDAB2012 : POLIS BAHAYAKAN NYAWA DEMI DESTINI ANAK BANGSA!! @NajibRazak


16 Mei 2012 Hari ini Jelajah Destini Anak Bangsa telah menjelajah Perak ke UiTM Penang, Jelajah yang berehat 3 hari untuk memberi laluan kepada konvokesyen UiTM telah disambung semula bagi mencari Pelajar lepasan SPM yang tidak dapat menyambung pengajian ke peringkat Universiti. 


Perjalanan hari ini cukup mencabar kepada peserta JDAB kerana mengharungi hujan lebat sepanjang perjalanan, namun atas usaha dan tekad ingin menjejak anak bangsa mereka mampu meneruskan perjalanan berliku ini. Polis Trafik sanggup berhujan demi memastikan perjalanan hari ini berjalan seperti biasa dan JDAB sampai dilokasi seperti dijadualkan dan sanggup bermandi hujan. 


JDAB pada hari ini telah memulakan siri jelajahnya dari UiTM Seri Iskandar, Perak selepas mereka tiba di sini petang kelmarin. Lokasi laluan JDAB pada hari ini telah berlangsung di negeri Perak yang mana telah singgah di empat buah kawasan di negeri Perak iaitu Manjung, Beruas, Changkat Jering dan Bagan Serai.

Majlis pelancaran JDAB Perak pada pagi tadi telah dilancarkan dalam satu upacara ‘flag off’ oleh Prof. Ir. Dr. Hjh. Zainab Bte Mohammed, Rektor UiTM Seri Iskandar. 

Dianggarkan seramai 200 pelajar lepasan SPM sekitar Kg. Pasir Panjang Laut telah hadir dalam program pada hari ini.  - Jelajah Destini Anak Bangsa

GAMBAR SEKITAR JELAJAH HARI INI :









Pemikir Politik : Selamat hari guru buat seluruh guru di Malaysia!! "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara"

May 13, 2012

#JDAB2012 : IBU BAPA MENGAMUK DI JELAJAH DESTINI ANAK BANGSA???



JDAB2012 - NEGERI SEMBILAN & JOHOR BAHRU

12/5/2012 HARI KEEMPAT Jelajah Destini Anak Bangsa telah pergi ke Kuala Selangor-Tg. Karang-Bagan Datoh bagi memenuhi cita-cita anak bangsa yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti. JDAB ini juga telah  membawa unit kemasukan pelajar UiTM dan juga Saudara Aizuddin iaitu Pegawai Khas Datuk Naib Cancelor.  Jelajah kali ini juga telah diserikan lagi dengan kehadiran Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Zahid Hamidi yang juga Menteri Mentor UiTM. 

Ibu Bapa tidak MENGAMUK tetapi begitu GEMBIRA dan TERHARU kerana masih lagi ada pihak yang sudi membantu anak-anak mereka untuk melanjutkan pelajaran ke UiTM. Keputusan SPM yang memberangsangkan namun tidak dapat ke UiTM telah dibantu oleh JDAB kali ini. Kebanyakkan pelajar lepasan SPM ini mendapat keputusan 6A tetapi tidak dapat melanjutkan pelajaran kerana dibelenggu masalah kemiskinan. 

Pemikir yang sempat turun bersama JDAB kali ini dapat melihat kegembiraan yang jelas terpancar di wajah ibu bapa yang hadir. Skuad JDAB2012 bakal menyerapkan mereka ini ke program pra-diploma MDAB di setiap semester yang akan datang mengikut kelayakkan keputusan SPM. 

Penerangan jelas juga telah diberikan oleh unit kemasukkan dan kursus-kursus yang melayakkan mereka melanjutkan pelajaran. Ibu Bapa juga tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada pihak JDAB, UiTM dan Perdana Menteri kerana peluang kedua yang diberikan disamping YURAN PERCUMA, KEDIAMAN PERCUMA dan WANG SAKU yang diberikan sepanjang pengajian. 

Pemikir sempat merakamkan beberapa keping gambar sepanjang perjalanan Kuala Selangor-Tg. Karang-Bagan Datoh : 


DI TESCO KUALA SELANGOR 


ADUN SUNGAI BURONG TURUT SERTA JDAB


DI PASAR BESAR TG. KARANG


IBU BAPA YANG HADIR DI BAGAN DATOH


DATUK SERI ZAHID HAMIDI TURUT BERSAMA JDAB


Pemikir Politik : Kegembiraan yang terpancar diwajah ibu bapa kerana JDAB sudi membantu anak mereka! Pesanan untuk adik-adik, jika dapat masuk UiTM, jadilah MAHASISWA dan jangan jadi MAHASEWEL!! Belajar bersungguh-sungguh dan bawa segulung ijazah untuk membalas jasa ibu bapa yang menyekolahkan selama ini. 






May 12, 2012

#JDAB2012 : ARTIS BUAT KACAU JELAJAH DESTINI ANAK BANGSA!!


Setelah selesai menjelajah dibuah negeri iaitu Negeri Sembilan dan Johor Bahru, jelalah destini anak bangsa hari ini telah meneruskan jelajah di IBU KOTA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan antara tempat-tempat seperti KL Sentral, Hentian Putra dan Uptown Danau Kota yang telah dihangatkan lagi dengan kehadiran ARTIS yang bukannya membuat KACAU di destini anak bangsa tetapi memberi sokongan padu demi PELAJARAN ANAK BANGSA!!

Kehadiran artis seperti Danny X-Factor, Tasha Shilla, Syed Aiman, Linda Rafar, Diana Rafar, Syahir AF8, Fida, Zamarul Hisham, Gambit, Dina AF9 dan Aida AF telah memeriahkan lagi jelajah di UPTOWN DANAU KOTA. Kehadiran artis ini yang mewakili NGO Malaysian Artis Sport Club (MASC). Barisan artis ini juga telah bersama-sama dalam usaha mencari pelajar lepasan SPM yang dibelenggu masalah kemiskinan dan tidak mampu menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Hasil usaha barisan artis ini disamping mempromosikan Jelajah Destini Anak Bangsa ini telah mampu mendapatkan 2,318 data ibu bapa yang berpendapatan di bawah RM2000 sebulan. 

GAMBAR SEKITAR DANAU KOTA YANG SEMPAT DIRAKAMKAN : 


Tasha Shilla & Gambit dengan risalah dan borang maklumat yang bakal diedar kepada masyarakat


Zamarul Hisham memberi penerangan kepada pengunjung Uptown


Kemunculan Fida menarik perhatian pengunjung Uptown


Adik-beradik Linda Rafar dan Diana Rafar


Danny menerangkan mengenai program MDAB


Pemikir Politik : Inilah hasil usaha murni yang dilakukan demi melihat generasi akan datang lebih berintelektual dan tidak tercicir dalam akademik!! BUKANNYA BUAT KACAU DAN HURU-HARAKAN NEGARA DIJALANAN!!

May 10, 2012

#JDAB2012 : HARI PERTAMA 100 ORANG PELAJAR MISKIN SAMBUNG PELAJARAN!!


Check Point : Terminal One Seremban

Hari pertama 9 Mei 2012 - Lengkap sudah perjalanan JDAB2012 yang bermula di Shah Alam dan berakhir di UiTM Segamat, Johor untuk mengenal pasti pelajar lepasan SPM yang gagal melanjutkan pengajian di pusat pengajian tinggi akibat dihimpit masalah kemiskinan.

Bermula di 'check-point' pertama iaitu Terminal One, Seremban sehingga ke Kuala Pilah. Para sukarelawan JDAB2012 berjaya mengenal pasti hampir 100 pelajar lepasan SPM yang tidak melanjutkan pelajaran akibat kekurangan sumber kewangan.

Kunjungan sukarelawan JDAB2012 di Kuala Pilah turut dibantu oleh Skuad Sayang Wanita UMNO Kuala Pilah yang banyak membantu pergerakkan kami dalam mengesan rumah yang didiami oleh keluarga kurang mampu yang mana anaknya gagal melanjutkan pengajian.

Antara kes yang dapat dikesan adalah seorang pelajar lepasan SPM dari Kg. Parit Tinggi Kuala Pilah yang mendapat 3A dalam peperiksaan SPM tetapi tidak berjaya melanjutkan pengajian kerana faktor kemiskinan.

Ketika dikunjungi oleh para sukarelawan JDAB2012, anak muda tersebut kelihatan gembira dan tidak mahu melepaskan peluang yang datang bagi mengubah nasib keluarganya.

Selain berjaya mengesan pelajar-pelajar yang perlu dibantu, JDAB2012 turut berjaya mengedarkan 10,000 keping risalah penerangan mengenai dasar 1Malaysia yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Rata-rata masyarakat memberi respon positif terhadap program anjuran MDAB yang mana ianya cukup membantu anak-anak muda lepasan SPM demi memastikan tiada sesiapa pun dinafikan peluang untuk belajar hanya kerana faktor kemiskinan. - harapan esok


Sukses 'check-point' pertama - sukarelawan JDAB2012 bergambar kenangan di hadapan Terminal One Seremban


Sukarelawan JDAB2012 bergambar kenangan bersama Skuad Sayang Wanita UMNO Kuala Pilah

Ikuti twitter kami untuk kemaskini laporan serta lokasi yang bakal kami kunjungi :@JelajahDestini atau blog rasmi JDAB2012 di http://jelajah-anak-bangsa.blogspot.com/ 

Pemikir Politik : Hari pertama 100 orang pelajar miskin dikenalpasti untuk menyambung pelajaran!! Tahniah Destini Anak Bangsa!! 

May 9, 2012

#JDAB2012 : DESTINI ANAK BANGSA GEMPUR NEGERI SEMBILAN!!



Shah Alam 9 Mei - Program Jelajah Destini Anak Bangsa (JDAB) Fasa 2 telah bermula secara rasmi hari ini. Program yang berlangsung hingga 26 Mei 2012 akan menjelajah keseluruh pelusuk negara untuk menemui dan mencari masyarakat yang mempunyai masalah kewangan untuk melanjutkan pengajian di peringkat tertinggi.

Program JDAB ini dianjurkan oleh Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang diberi nama Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB). Program ini telah mendapat kerjasama daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM). JDAB yang dinaugi oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak membuktikan bahawa beliau komited untuk mewujudkan sebuah generasi intelektual pada masa hadapan. 

Aktiviti pada hari ini dimulakan dengan upacara Flag Off yang dilepaskan oleh SETPOL Menteri Pengajian Tinggi Hj. Khairi Malek di Dewan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin UiTM Shah Alam. Konvoi Jelajah Destini Anak Bangsa (JDAB 2012) telah menuju ke beberapa lokasi di Negeri Sembilan.


Kini para sukarelawan Jelajah Destini Anak Bangsa selamat tiba di UiTM Segamat untuk bermalam di sini. Pada keesokan hari, JDAB2012 akan meneruskan jelajah disekitar negeri Johor untuk membantu rakyat yang mempunyai masalah ekonomi untuk melanjutkan pelajaran ke UiTM. - JELAJAH ANAK BANGSA

PERJALANAN JDAB HARI INI


Sukarelawan JDAB2012 sedang menemubual masyarakat sekitar di Terminal One, Seremban.


 JDAB2012 tiba di SMK Datuk Mohd Yusuf, Linggi Negeri Sembilan


 Sukarelawan JDAB2012 meneliti pelajar SPM SMK Datuk Mohd Yusuf

Di SMK Datuk Mohd Yusuf, para sukarelawan JDAB 2012 telah bertemu dengan calon-calon SPM dalam satu sesi untuk menjalankan sesi soal selidik. Skop tumpuan dalam sesi soal selidik ini ialah maklumat diri dan jumlah pendapatan keluarga secara rawak.

Dalam satu sesi di sini pengetua, pelajar dan para sukarelawan JDAB 2012 telah mendengar taklimat mengenai program pembelajaran Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB). 

Taklimat tersebut telah berkisar kepada Syarat Kemasukan MDAB, Syarat AM dan Kemudahan yang diperolehi para peserta yang akan mengikuti Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB)

SYARAT KEMASUKAN MDAB : 
  • Syarat asas kemasukan ke semua program Pra MDAB adalah pelajar yang mempunyai pendapatan/gaji kasar ibubapa kurang RM2000 sebulan. 
  • Syarat tambahan sihat tubuh badan, tiada penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikuti program yang dirangka dalam kursus ini. 
  • Bumiputera Warganegara Malaysia.  
  • Lepasan SPM tahun : 2011, 2010, 2009, 2008, 2007 & 2006. 
SYARAT AM & KHAS PROGRAM :PD0002 (Pra Diploma Perdagangan) 
1. Tempoh Pengajian : 6 bulan/ 1 semester
2. Lulus SPM dengan minima 3 kredit termasuk Bahasa Melayu/Malaysia
3. Lulus Matematik/Matematik Tambahan
4. Lulus Bahasa Inggeris

KEMUDAHAN JDAB1M : 
1. Yuran pengajian PERCUMA.
2. Asrama disediakan percuma.
3. Elaun sara diri (bulanan) diberikan kepada pelajar.

Para sukarelawan JBAB2012 sedang memberi sedikit penerangan mengenai program pembelajaran Mengubah Destinasi Anak Bangsa (MDAB) di Kampung Parit Tinggi, Kuala Pilah 
Pemikir Politik : TAHNIAH JDAB!! TERUSKAN USAHA MENJEJAK ANAK BANGSA!!




KAMPUS : DESTINI ANAK BANGSA, PENDIDIKAN PERCUMA???


JELAJAH DESTINI ANAK BANGSA (JDAB) fasa 2 akan berlangsung awal pagi ini yang akan disempurnakan oleh Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi Tuan Haji Khairi Malik yang bertempat di Canselori Tunku Syed Sirajuddin UiTM Shah Alam.


Program JDAB ini telah di anjurkan oleh sebuah badan NGO Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB). Program ini juga telah mendapat kerjasama padu daripada UiTM Shah Alam yang dinaungi sendiri oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib bin Haji Tun Abdul Razak yang begitu komited dalam mewujudkan generasi berintelektual pada masa akan hadapan.

JDAB telah memfokuskan kepada kesedaran anak pendidikan untuk melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi (IPT) disamping menekankan kepada rakyat mengenai GAGASAN 1 MALAYSIA "Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan" yang diaplikasikan secara menyeluruh dalam program ini. 

Berikut ialah beberapa maklumat PENTING untuk dikongsi...

1) Rasional Jelajah Destini Anak Bangsa (JDAB2012) ?
  • Memberi ruang dan peluang kepada pelajar Melayu dan Bumiputera dikawasan luar bandar yang tidak mampu dari sudut kewangan untuk mendapatkan pendidikan diperingkat tinggi.
  • Memberi peluang pendidikan kepada pelajar yang tidak bernasib baik untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat IPT..
2) Syarat Kemasukan ke Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) ?
  • Syarat Asas : Pelajar Miskin yang mana pendapatan keluarga kurang RM 2,000.00 sebulan
  • Syarat Tambahan : Sihat mental dan fizikal untuk mengikuti kursus.
  • Bumiputera Warganegara Malaysia
  • Lepasan SPM 2006-2011
3) Syarat Am dan Khas perlu melalui Kursus Pra Diploma :
  • Tempoh Pengajian 6 bulan (1 Semester)
  • Lulus SPM minima 3 Kredit termasuk Bahasa Melayu
  • Lulus Matematik / Matematik Tambahan
  • Lulus Bahasa Inggeris

4) Sebaik sahaja tamat Pra-Diploma dan Lulus Naik Taraf (LNF), penuntut program Destini Anak Bangsa akan diserap dalam program Diploma mengikut syarat dan ketetapan UiTM..

5) Program Diploma yang layak diikuti ialah :

PRA PERDAGANGAN
  • Diploma Pengajian Perniagaan
  • Diploma Perbankan
  • Diploma Perakaunan 
  • Diploma Pengurusan Pejabat
  • Diploma Seni Lukis dan Seni Reka

PRA SAINS
  • Diploma Mekanikal
  • Diploma Kejuruteraan Awam
  • Diploma Kejuruteraan Elektrik
  • Diploma Bangunan
6) Kemudahan yang disediakan ?
  • Yuran Pengajian PERCUMA
  • ASRAMA PERCUMA
  • Elaun sara diri diberikan kepada pelajar setiap Bulan...

7) Risalah Jelajah Destini Anak Bangsa (JDAB)..



8) Maklumat Jelajah Destini Anak Bangsa (JDAB) dan Video Fasa 1 (JDAB)

  • JDAB Fasa 1 telah dijalankan pada Julai 2011 yang telah berjaya membantu hampir 10,000 pelajar miskin melanjutkan pengajian mereka di UiTM secara percuma.


  • Untuk Maklumat Terperinci tentang Program Jelajah Destini Anak Bangsa boleh rujuk di Blog Rasmi JDAB [SINI]
  • Untuk Maklumat Langsung JDAB boleh rujuk di Blog Double-Y [SINI]
  • Jadual Hari Pertama JDAB (9 Mei 2012) [SINI]

Pemikir Politik : Usaha membangunkan anak bangsa untuk masa hadapan harus diteruskan, Terima kasih PM!!
A.B.U

ALLAH BERSAMA UMNO!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails