18 Mei 2012 (Semalam) Dato Sahol telah bersama-sama Jelajah Destini Anak Bangsa di Negeri Pulau Pinang bagi menjayakan misi mencari pelajar lepasan SPM yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti akibat dibelenggu masalah kemiskinan. Empat buah lokasi telah menjadi tumpuan iaitu,
Dewan SMK. Dato' Onn, Butterworth Penang
Dewan Serbaguna Jawi,Seberang Perai Selatan
Dewan SMK Dato' Hj. Ahmad Badawi, Kepala Batas
Kehadiran Naib Canselor ini telah menguatkan lagi harapan ibu bapa dan pelajar-pelajar ini supaya mereka dapat diterima masuk ke UiTM bagi meneruskan pembelajaran ke peringkat Universiti. NC UiTM ini telah meluangkan masa untuk menyampakan surat tawaran kepada 50 orang bakal Mahasiswa UiTM yang telah diterima masuk ke UiTM hasil permohonan April yang lalu. Selain itu, Dato' Sahol telah meluluskan permohonan serta rayuan yang dibuat oleh ibu bapa yang hadir berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Pemikir ingin kongsikan sedikit gambar yang sempat dirakamkan di Pulau Pinang :
SELANJUTNYA KLIK Gambar : Dato Sahol turut bersama dalam misi Jelajah Destini Anak Bangsa di Pulau Pinang. #JDAB2012
Pemikir Politik : Tahniah NC UiTM kerana bersama-sama turun padang untuk meneruskan legasi jelajah Destini Anak Bangsa!! LGE tak nak turun sekali ke??
No comments:
Post a Comment