Followers

UNGKAPAN EMAS

"Saya boleh bunuh semua YAHUDI ketika saya berkuasa. Saya tinggalkan sedikit kepada kamu agar kamu kenal siapa YAHUDI dan cari jawapan kenapa saya bunuh mereka" - ADOLF HITLER

NOTIS



Artikel yang disiarkan merupakan pandangan peribadi penulis tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Jika berlaku sebarang kerugian, kecederaan atau kecelaruan emosi ketika membaca artikel, gambar dan bahan yang dipaparkan di laman ini ianya di luar tanggungjawab penulis - Ingin berkongsi maklumat atau artikel emel: pemikirpolitik@hotmail.com
Showing posts with label NASIONAL. Show all posts
Showing posts with label NASIONAL. Show all posts

Aug 28, 2012

TAMRIN TIDAK DIRESTUI KELUARGA!!!


JASIN 26 Ogos - Ahli keluarga bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba melahirkan rasa dukacita terhadap keputusan salah seorang anaknya iaitu Tamrin keluar dari UMNO dan menyertai Pas.

Anak ketiga Allahyarham, Datin Zainun Tun Ghafar berkata, beliau tidak nampak sebarang alasan terbaik buat abangnya untuk keluar dari UMNO.

"Beliau (Tamrin) sepatutnya lebih matang dan UMNO telah banyak berjasa kepadanya hingga beliau menjadi Ahli Parlimen Batu Berendam dan Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Molek.

"Abang saya telah memperoleh nikmat dan keistimewaan sepanjang penglibatan dalam UMNO dan saya serta seluruh ahli keluarga tidak nampak kenapa beliau mesti merajuk dan meninggalkan UMNO," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah di Jalan Pengkalan Pernu, Kampung Pernu di sini hari ini.

Zainun menegaskan, keputusan yang diambil oleh Tamrin itu tidak mewakili keseluruhan adik-beradiknya mahu pun ahli keluarga yang lain.

"Kami enam daripada tujuh beradik seperti juga Allahyarham bapa akan terus menyokong UMNO dan tidak mungkin mengikut jejak langkah Tamrin," ujarnya.

Katanya, seluruh ahli keluarganya terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh abangnya itu apabila mengumumkan keluar dari UMNO.

Sebelum ini, katanya, abangnya itu tidak pernah menyatakan hasrat untuk keluar parti atau melahirkan rasa kecewa terhadap UMNO.

"Kami adik-beradik kerap berjumpa dengan Tamrin tetapi tidak ada pula dia memberitahu hasratnya untuk keluar dari UMNO," katanya.

Pemikir Politik : Tamrin terlupa apa yang Anwar Ibrahimsudah buat terhadap ayahnya Allahyarham Tun Ghafar Baba dan kini tidk direstui oleh keluarga kerana menjadi Ahli PAS!!

Aug 24, 2012

CD CHINADOLLL DIEDARKAN DI RUMAH TERBUKA SAMM???


Pada Hari Raya Kedua lepas Anwar Ibrahim telah mengadakan rumah terbuka di Taman Guar Perahu, namun hanya 1000 orang sahaja hadir sehinggakan banyak juadah yang disediakan tidak habis dan terpaksa dibungkus untuk dibawa balik oleh tetamu yang hadir, Kini Cikgu Bard tidak mahu perkara sama berulang oleh yang demikian terpaksa memberikan cenderahati khas kepada 3000 tetamu terawal yang hadir di rumah terbuka SAMM di Tmn Seri Acheh, Nibong Tebal. 


Cadangan untuk Cikgu Bard, jika ingin memberikan cenderahati khas tersebut, jangan beri Aiskrim Cap Jamban, Jam Omega pasar malam ataupun KY Jelly Cap Trivoli Villa tetapi bagilah CD Chinadoll Anwar kepada tetamu yang hadir supaya mereka dapat melihat sendiri skill terhebat Anwar Ibrahim sambil menikmati juadah yang sedap-sedap tu. Jika bagi CD Chinadoll tu comfirm jangan kata 3000 ribu akan hadir tetapi 300K yang akan hadir untuk rumah terbuka SAMM. 

Jika dulu SAMM kata mereka tidak dipengaruhi oleh mana-mana parti politik tanah air dan kini terbukti bahawa PR adalah dalang disebalik semua kegiatan SAMM selama ini yang menggunakan Mahasiswa untuk menghuru-harakan negara dengan demonstrasi jalanan keranda, pocong, batu nisan dan kalungan bunga, termasuk jugalah ADAM ADLI yang turunkan bendera tertera gambar YAB PM di PWTC. Lajim Ukim juga akan berucap dirumah terbuka SAMM sebagai "Angin Perubahan Dari Sabah" eloklah dengar apa Lajim Ukim tu nak cakap, nanti sampai masa pendedahan demi pendedahan akan berlaku untuk Lajim Ukim dan dengar cerita BN yang bayar Lajim Ukim supaya meninggalkan BN Sabah, mengapa Lajim Ukim perlu dibayar untuk meninggalkan BN?? Nantikan pendedahan apabila sampai waktunya nanti.

Pemikir Politik : Ingat tu Cikgu Bard, CD Chinadoll untuk tayangan perdana di rumah terbuka SAMM untuk menarik lagi ramai tetamu yang hadir. Kehkehkehkeh!!

Aug 18, 2012

UMNO LAKSANA HUDUD!!


Hari terakhir Ramadan hari ini menghidangkan kita satu berita 'Lawak Jenaka' Karpal Singh, kalaulah hari ini bukan dalam bulan Ramadan, maka saya akan katakan Karpal Singh adalah 'Autar Singh' atau 'Putarbelit Singh'

Tetapi memandangkan hari ini dalam bulan Ramazan, maka cukuplah dia dipanggil nama asal yang bapanya bagi semasa hendak berangkat dengan kapal barang, untuk mencari rezeki di Tanah Melayu ini dulu, iaitu Karpal Singh .

Berita dimuka hadapan utusan malaysia hari ini (18 Ogos 2012), yang disambungkan ke muka tujuh, memaparkan seorang pemberita Utusan bertanyakan komen Karpal Singh apabila bekas Timbalan Presiden Pas Nasharudin Mat Isa membidasnya yang bersikap 'anti hudud malah anti islam' yang disuarakannya kelmarin., lalu Karpal Singh dengan terang dan nyata mengatakan:

"Saya bukan anti Islam, Islam merupakan sebuah agama, saya tidak pernah menentang agama Islam, bagaimana boleh melabelkan saya seperti itu?...Saya hanya menentang secara terang-terangan konsep negara Islam itu yang boleh mengamalkan hukum hudud " ...!!!

Tahukah dan fahamkah Karpal Singh apa yang dicakapkan itu ??? dia bercakap tentang 'ISLAM' yang sudah tentunya secara automatik didalamnya perlaksanaan konsep Negara Islam, dimana hukum hudud yang amat murni itu akan dilaksanakan peringkat demi peringkat sehingga berjaya sepenuhnya.

Bolehkah Karpal Singh membeli Gula, tetapi memberikan syarat kepada penjual gula itu dia tidak mahu 'manis'nya, cuma dia mahu gula sahaja...begitu juga bolehkah Karpal Singh membeli 'Garam' tetapi tidak mahu 'masin'nya...boleh kah ?...itu sebab dia dengan selamba saja berkata, dia terima Islam sebagai agama tetapi tak mahu konsep negara Islam.


DATUK YAZID OTHMAN

Sebenarnya, Karpal Singh memang cepat lupa, dia pernah terima konsep Negara Islam ini dihadapan saya dulu, kira-kira 15 tahun lalu, Masa itu, beberapa orang pemuda Pas datang kerumah saya di Seri Gombak, pada satu malam, diketuai oleh Mat Sabu (Timbalan Presiden Pas sekarang), Mahfuz Omar (kini YB di Kedah) dan Malik Husin, meminta pertolongan agar saya menerangkan 'Konsep Negara Islam' kepada pemimpin2 DAP, yang meminta Pemuda Pas memberikan penerangan.

Para pemimpin DAP yang datang ialah, termasuk Chin Man Hin, Karpal Singh, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan kira-kira 15 orang yang lain, termasuk wanitanya, di Hotel Federal Kuala Lumpur yang dikawal rapi, bilik pertemuan itu..yang kelihatan eksklusif.

"Hang kawan kami, parti Islamic Group yang hang pimpin semasa pilihanraya di UM dulu kami pemuda Pas pi juga tolong kempen untuk hang menang di kampus UM..dan hang menang jadi Presiden PMUM itu, kami ada saham juga..

"Zid tolonglah...puak-puak DAP tu lani dok tunggu kami kat Federal Hotel nak tahu dari pemuda Pas, apa itu Negara Islam dan Hukum Hudud..nak cari orang lain dah tak sempat dah...yang ada hang sajalah kawan kami..kami tau hang belajak perkara ni semasa di Nilam Puri dulu...tolonglah ikut kami pi terangkan kat depa.."

Atas dasar kawan dengan Mat Sabu, Malik dan Mahfuz, saya pergi ke hotel berkenaan dan terangkan kepada para pemimpin DAP itu apa yang mereka nak tahu...kesimpulan yang saya buat ialah "Satu kali tangan dipotong, sejarah Islam mencatatkan, 150 tahun lamanya orang tidak mencuri.." dan mendengar ini Karpal Singh berkata:

"Kalau saya tahu macam ini hukum hudud dan konsep Negara Islam...saya tak akan kata 'langkah mayat saya kalau nak laksanakan pemerintahan Islam di Malaysia..." 

Karpal Singh telah buat-buat tak faham, bahawa berkat negara Malaysia ini sebuah Negara Islamlah, rakyat negara ini hidup dalam aman, makmur dan bahagia..menikmati perlaksanaan Islam dalam bidang penghidupan di negara ini dari segi ibadah, muamalat, ekonomi dan perniagaan, perbankan, pajak gadai, kepolisian, ketenteraan, pembangunan pertanian, perikanan, penternakan, industri pembuatan, pendidikan agama, dan lain-lain..

HAKIKAT NEGARA INI KINI SEBUAH NEGARA ISLAM DIAKUI OLEH SELURUH ANGGOTA OIC DLL..Cuma uslub atau pendekatan perlaksanaan 'Negara Islam' itu telah dan sedang dilakukan dengan penuh bijaksana oleh pemerintah Kerajaan BN ini ibarat 'menarik rambut dalam tepung..rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak'

Sekirannya tidak ada aral melintang saya difahamkan bahawa PM DS Najib telah meninjau-ninjau setingkat lagi untuk kearah perlaksanaan hukum hudud di negara ini di masa depan, apabila segala infranya telah mula dizahirkan, dan boleh diterima oleh semua pihak. - Datuk Yazid Othman


Pemikir Politik : Jika UMNO laksana HUDUD, PAS nak laksana apa lagi??? PAS akan tenggelam bersama-sama PKR dan DAP pada PRU-13 kali ini!! SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN


Aug 17, 2012

SAH ANWAR PEMIMPIN FREEMASON????


Semakin hari pendedahan demi pendedahan berlaku supaya rakyat melihat siapa Anwar yang sebenarnya, pendedahan kali ini mengenai kaitan Anwar dan freemason yang telah didedahkan kerana nama Anwar Ibrahim tersenarai dalam laman web organisasi tersebut, Civil Service Lodge No. 148, dan peranan Anwar begitu aktif.

Sesetengah ulama Islam menegaskan adalah tujuan utama Freemason ialah mengambil kembali tanah Palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman di bawah runtuhan Masjid Al-Aqsa, kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir  dan terus menuju ke Al Madinah di Arab Saudi. Pergerakan ini didakwa dibentuk bagi mengembangkan fahaman Yahudi dengan cara bergiat cergas di dalam bidang pendidikan, politik, budaya dan sosial.

Gerakan ini berkembang di seluruh dunia termasuk di negara-negara Islam seperti Turki era Mustafa Kamal Ataturk. Freemason juga berkembang luas di Mesir, Maghribi, Lubnan, Malaysia dan lain-lain. Gerakan ini dikaburkan melalui kegiatan amal seperti membantu keluarga yang miskin dan menganjurkan pertunjukan amal untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.

Gerakan ini jelas nyata memperjuangkan kewujudan negara Israel dan Yahudi di bumi Palestin antara tahun 1940an dan 1970-an. Lantaran orang Islam bersikap anti-Freemason, anti-Semitisme dan anti-Zionisme. Ada yang mengaitkan Freemason dengan Dajjal yang akan hadir pada akhir zaman. Ini berdasarkan simbol Free Masonic yang dikenali "Satu Mata Melihat Semua" (All Seeing One Eye) dikatakan menyerupai Dajjal bermata satu. 





“Sebagai sebuah negara yang menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin, semua rakyat negara ini termasuk pemimpin pembangkang harus bersama-sama mendukung hasrat ini.

“Dengan kata lain, mana-mana pemimpin sekalipun tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan hasrat ini walaupun ia sekadar menyentuh isu keselamatan Israel,” - GeoStrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan

Anwar mempunyai hubungan yang bagaikan “adik beradik” dengan para pemimpin Yahudi dan Neo-Con antarabangsa seperti Paul Woltfowitz, George Soros, Joe Santos dan sebagainya.

Malah pada satu masa, dikatakan Anwar pernah mengadakan satu “apology tour” mengelilingi dunia dan memohon maaf kepada rakan-rakan Yahudinya atas ketelanjuran mulut Ketua Pembangkang yang ketika itu kononnya “menghentam” kepentingan Yahudi.

Dikatakan juga bahawa Anwar di dalam “lawatan memohon maaf” itu memberi alasan bahawa dia terpaksa berlakon menghentam Yahudi dan kepentingan rakannya itu bagi memenangi hati umat Islam di rantau Asia Tenggara.

Persoalannya, apakah benar Anwar Ibrahim itu benar-benar merupakan seorang pemimpin Freemason dan jika tidak benar, mengapa pula pihak Yahudi benar-benar memberi perhatian serta menyokongnya?

Orang lain pun buat salah di Malaysia, namun mereka tidak menarik minat Yahudi. Namun berbeza dengan Anwar, para pemimpin Yahudi begitu berminat untuk mengulas dan campur tangan dalam hal ehwal urusan dalaman di negara berdaulat ini.

Lebih hebat lagi, setelah Anwar “tumbang” dan “hampir mampus” karier politik kerana kesalahannya sendiri, siapakah yang “mengutip” Anwar serta memberikan sokongan moral atau kewangan kepadanya sehingga dia mampu bangkit buat kacau di Malaysia?

Siapa yang menyediakan dana kepada gerakan-gerakan politik Anwar di Malaysia dan bagaimana pula dengan audit di Amerika Syarikat yang mempertikaikan tindakan Anwar yang dikatakan melarikan sejumlah wang kerajaan di negara itu melalui “Foundation For The Future”?

Dan hingga kini, Anwar masih lagi “selamat” dan “bebas”, malah memiliki kekayaan luar biasa meskipun dia hanyalah seorang bekas banduan yang mengaku “tidak berharta” sebelum dipenjarakan dulu.

Saya tidak fikir Anwar akan menjawab segala persoalan tersebut dan sebagaimana biasa, dia hanya akan menyalahkan UMNO serta kemudiannya menyatakan bahawa semua dakwaan tersebut adalah konspirasi “jijik” kerajaan BN.

Pemikir Politik : Sudah terang lagi bersuluh BABI (Bro Anwar Bin Ibrahim), mengapa anwar tidak keluarkan satu kenyataan menentang namanya tertera dalam laman web yahudi ini??  Bagaimana Anwar mahu mengelak lagi??? Rakyat Malaysia fikir-fikirkanlah, kepada pecacai PR yang dok spin sana sini na!!

Aug 13, 2012

HAIRIE OTHMAN NAZAK????


Hairie Othman nazak??? Inil hanyalah satu teori Pemikir Politik sahaja, Hairie Othman ini bukanlah nazak kerana dipanggil oleh malaikat maut tetapi semakin nazak setelah bergelar USTAZ PAS sehingga boleh mengeluarkan satu Teori Konspirasi yang mengaitkan Perdana Menteri, Timb. Perdana Menteri dan Menteri  Penerangan, Komunikasi,  Kesenian dan kebudayaan di laman Twitternya peribadi miliknya pada 4 Ogos 2012 pada pukul 2.48 Petang. 


Inikah USTAZ PAS yang sebenarnya?? Apabila masuk sahaja menjadi ahli PAS, boleh mengeluarkan kenyataan yang kontroversi bagi menaikkan namanya di persada politik negara?? Ataupun Hairie Othman atau pelakon yang popular sebagai Leftenan Adnan ini ingin menjadi calon PAS pada PRU-13 akan datang?? 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjQUyEhGbjdqXbzuZ12r8X9KOKZN46sai3yzDSx-mO3cq5NQ1ZK4wuqmB8odRgcaFjUqBjHYFKbmpahANu1OsirikI2_nwpRnT7_fTN197UJXteRkN2X3Eqn2M2LKEQk6STgJLkd3NFKmRD/s1600/Screen+shot+2012-08-04+at+3.53.36+PM.png

Pada 21 JUN 2012 yang lepas Hairie Othman secara rasmi dan buat julung-julung kalinya memberi tazkirah di hadapan pecacai-pecacai PAS di Batu Gajah Perak. PAS telah mula menarik perhatian-perhatian artis Malaysia untuk menjadi ahli PAS supaya dapat menumpang kepopularan demi kepentingan politik dan undi pada pilihan raya akan datang, PAS semakin terdesak kerana sokongan Rakyat kepada PAS semakin menurun gara-gara penipuan dan pembohongan PAS selama ini. 


Berita tersebar sekitar bulan September 2006 yang dikaitkan dengan Hairie Othman,

Dua Pelakon Lelaki Ditahan Khalwat
ALOR STAR: Dua pelakon lelaki drama popular ditahan penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Langkawi kerana dipercayai berkhalwat dengan dua wanita di sebuah bilik hotel di Kelibang, dekat Kuah, Langkawi, awal pagi semalam.

Pasangan mereka tidak terbabit dalam lakonan dan menetap di Langkawi dan dipercayai sudah lama mengenali seorang daripada pelakon lelaki itu.

Dua pelakon itu masing-masing sudah beristeri dan mempunyai anak di Kuala Lumpur, manakala pasangan mereka berusia 24 tahun. Seorang daripadanya tidak bekerja dan seorang lagi pengurus sebuah butik kecantikan di pulau berkenaan.

Difahamkan, pelakon itu menyewa bilik berkenaan sejak 1 September lalu kerana sedang menjalani penggambaran drama di pulau itu.

Seorang daripada pelakon lelaki terbabit pernah memegang peranan utama dalam sebuah filem berunsur patriotik manakala seorang lagi lebih dikenali sebagai hero drama bersiri. Kedua-dua mereka sudah beristeri serta mempunyai anak.

" Katanya, kedua-dua wanita itu berusia 24 tahun dan seorang daripadanya adalah pengurus di sebuah butik kecantikan manakala seorang lagi ibu tunggal dan tidak terbabit dengan dunia lakonan.

“Pada mulanya, kedua-dua pelakon lelaki itu enggan bekerjasama apabila diminta menyerahkan kad pengenalan malah cuba melarikan diri tetapi berjaya dikawal lima penguat kuasa Padal yang mengepung bilik itu.

“Mereka akhirnya mengalah dan merayu supaya dibebaskan kerana bimbang perkara berkenaan akan diketahui isteri masing-masing dan periuk nasi mereka akan terjejas,” katanya.

Saiful Aswad berkata, dua pelakon itu turut mendakwa baru mengenali dua wanita terbabit tetapi dinafikan pasangan mereka yang mendakwa sudah lama mengenali kedua-dua pelakon berkenaan dan sering bertemu jika ada kelapangan."


PESANAN KHAS DARIPADA PRESIDEN PAS HADI AWANG UNTUK SELURUH PEMIMPIN PAS DAN PECACAI-PECACAINYA!!


Kebanyakkan artis yang menjadi ahli PAS ini mungkin ingin mencuci segala dosa yang pernah dilakukan dan ingin masuk syurga Nik Aziz hanya dengan mengundi dan menjadi ahli PAS. Lihat sahaja Abby Abadi, Bob Lokman dan Aishah semuanya masuk PAS, kononnya ingin bertaubat, jika ingin bertaubat perlukah masuk parti politik?? terang-terangkan PAS adalah PARTI POLITIK dan bukannya sebuah badan NGO atau sebuah Jabatan Agama Islam, atau mereka ini ingin memperbodohkan Rakyat Malaysia sekali lagi, mereka ingat seperti dalam lakonan menjadi ahli politik ini. Jika PAS memang benar, mereka perlukan banyak pelakon-pelakon yang boleh berlakon di hadapan rakyat bagi memancing undi. 

Pemikir Politik : Ostat PAS kebanyakkannya sesuka hati mengeluarkan kenyataan demi kelangsungan politik untuk mencari undi dan kepopulariti dalam dunia politik, kini artis-artis menjadi bahan untuk PAS memancing undi untuk PRU-13!! Pecacai PAS boleh fikirkan sejenak kata-kata hadi Awang di atas!!

Aug 10, 2012

SENARAI LOKASI SPEED TRAP DI MALAYSIA!!!


Senarai Lokasi Pemasangan Kamera Perangkap Kelajuan/ Speed Trap Di Jalan Raya Malaysia. Hati hati di jalan raya, Ingatlah orang yang tersayang. 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, secara umumnya ramai yang sudah mengetahui kebiasaannya kamera perangkap kelajuan (speedtrap) ini selalunya di letakkan di bawah jejantas di lebuhraya dan sebagainya, Tapi sekarang bukan hanya di bawah
jejantas tetapi ada juga kamera perangkap kelajuan yang dipasang walaupun di jalan yang sibuk di bandar raya seperti Kuala Lumpur dan sebagainya.

Berikut diberikan Senarai Lokasi Pemasangan Kamera Perangkap Kelajuan/ Speed Trap Di Jalan Raya Malaysia yang telah dipasang oleh pihak PDRM:


PLUS North Bound (ke Utara)
* Di bawah jambatan di kira-kira 456km, Sg Buloh simpang.
* Di bawah jambatan di kira-kira 459km, Bukit Lanjan interchange.
* Di bawah restoran jejantas di Sg Buloh.
* Di bawah jambatan terakhir sebelum tol Sg Besi pada 309.2km.
* Di bawah jambatan di 296.5km, persimpangan Bangi.
* Di bawah jambatan baru dibina di 289.0km, selepas simpang Utara Penilaian.
* Di bawah jambatan di 286.5km, Penilaian Utara simpang.

PLUS South Bound (ke Selatan)
* Di bawah papan tanda pada kira-kira 454.6km dan 455.2km, Sg Buloh layby.
* Di bawah jambatan selepas simpang Subang pada 11.3km.
* Di bawah jambatan di 22km, simpang Bukit Lanjan
* Di bawah jambatan sebelum Mint hotel, Sg Besi Tol. 80km / h sahaja!
* Di bawah jambatan di 302.8km, persimpangan Kajang.
* Kira-kira 1km selatan persimpangan Bangi
* Di 296.5km and 297km, persimpangan Bangi
* Di bawah jambatan yang baru dibina di 289.0km, sebelum simpang Nilai Utara .
* At 285.5km dan 285.8km, persimpangan Nilai Utara.
* Pada pembahagi pusat 251.8km dan 253km selepas simpang Senawang .
* Selepas simpang Alor Gajah at 213.9km, sebelah taman tema air.
* Di halangan kanan pada 198.4km.

Elite Central Link East / North Bound
* Pada sebelah kiri di 4.8km selepas Batu Tiga / Shah Alam keluar
* Di bawah restoran jejantas di persimpangan USJ / Hicom kira-kira 8.5km. 90km / h zone!
* Di bawah jambatan sebelum simpang USJ / Hicom di 10.5km.


Elite Central Link West / South Bound
* Di bawah restoran jejantas di persimpangan USJ / Hicom kira-kira 8.5km. 90km / h zone!
* Di bawah jambatan sebelum simpang USJ / Hicom di 10.5km.
* Selepas keluar dari tol KLIA ke lapangan terbang, di bawah Jalan Pekeliling
flyover.90km / h

NKVE East / North Bound
* 300m sebelum tol Jalan Duta, 60km / h!
* Di sebalik halangan kemalangan di sebelah kiri apabila pergi ke arah tol Jalan Duta,di 24.9km 80km/h
* Di bawah jambatan di Damansara Junction, 17.5km NKVE West / South Bound
* Di sebalik halangan di sebelah kiri apabila keluar tol Jalan Duta dari KL, pada 25.3km dan 25.7km, 80km / h sahaja!
* Dari Jln Duta, di bawah jambatan, 23km, 80km / h sahaja!
* Dari Jln Duta, di terowong Sg Buloh persimpangan-Y, 22km.
* Di sebalik halangan n di Damansara Junction, 17.7km dan 16.8km
* Di bawah jambatan keretapi di 11.2km
* Di bawah jambatan di persimpangan Shah Alam.

Kesas East Bound
* Di bawah jambatan di 44.8km, turun bukit yang selepas simpang Puchong.

Kesas West Bound
* Di tepi Sg Besi Tol Bound Timur. Kuala LumpurCity
* Jalan Duta; di bawah jejambat di persimpangan Damansara, 70km / h zone.

Klang
* Jalan antara Klang dan Pelabuhan Klang. Ke Arah Klang arahan, pada kira-kira 13 km kilometer batu. 70km / h sahaja!

Pantai Timur
* Tanda Jalan di Karak lebuh raya adalah tidak mencukupi terutamanya di simpang Y; jika anda unfamilar, pergi perlahan.
* East terikat, turun bukit dijalankan selepas Raub persimpangan.
* Maran, 60km / h zone.
* Paya Bungor, 70km / h zone.

Perangkap Hadlaju DI JOHOR South Bound
* Persimpangan Tangkak.
* Di bawah jambatan selepas Yong Peng Utara persimpangan
* Pada 97.3km.
* Persimpangan Ayer Hitam
* Persimpangan Sedenak


Perangkap had laju DI PERLIS, KEDAH DAN PULAU PINANG


North Bound
* Around Ayer Hitam in 60km / h zone.
* Sebelum Perwaja Steel.
* Sg Petani persimpangan.
* Antara persimpangan Seberang Jaya dan Tol Sg Dua.

South Bound
* PenangBridgeisland akhir. Had laju 80km / j.
* Kira-kira 2 km sebelum Juru Toll Speed ??had 90km / j.

Perangkap HAD LAJU DI PERAK North Bound
* Di bawah jambatan di 197.1km dan 198.8km, Simpang selepas Kamunting.
* Di bawah jambatan di 204.3km, selepas simpang Kamunting.
* Di bawah jambatan di 208km, sebelum simpang Junction.
* Di bawah jambatan di 214.8km, sebelum simpang Kamunting.
* Ipoh Vista Point pada kira-kira 263km. Had laju 80km / j.
* Di bawah jambatan di 271km,simpang utara Ipoh .
* Di bawah jambatan di 274.4km, simpang utara Ipoh South .
* Di bawah jambatan di 286.9km, Simpang Pulai .
* Di bawah jambatan di 296km, Gopeng.
* Di bawah jambatan di 352.6km, selepas Sungkai.
* Di bawah jambatan di 353km, Sungkai .
* Di bawah jambatan di 373km, Slim River.

South Bound
* Di bawah jambatan di 199km, sebelum simpang Kamunting simpang.
* Di bawah jambatan di 241.9km, at Kalau Kangsar.
* Di bawah post tanda di 296.1km, sebelum Gopeng.
* Di bawah jambatan di 297km, Gopeng .
* Di bawah jambatan di 300km, selepas simpang Gopeng.
* Di bawah jambatan di 308.6km, selepas Gopeng .
* Di bawah jambatan di 372.6km, di SlimRiver.

Sabak Bernam
KM. 64 T / INTAN – KLANG,
KM. 62 T / INTAN – KLANG,
KM. 60 T / INTAN – KLANG, (KM.60 Sg.Nibong)
KM. 54 T / INTAN – KLANG
Kilometer 29.3th Jalan Klang-Teluk Intan;
SUBANG JAYA KM 8,5 L / RAYA ELITE,
Bentong KM40 L / RAYA KL-Karak,
Spt (B / Mertajam) KM 142,6 LRUS,
Hulu SELANGOR (KKB), KM 400 LRUS,
S / RIVER (B / SANDAKAN) KM 122 JLN IPOH-K/LUMPUR


JALAN PERSEKUTUAN
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang – Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras


Lain-lain
1. Kilometer 1.13.5th Lebuhraya Ayer Keroh
2. Kilometer 33 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan;
3. Kilometer 81 jalan Jerangau-Jabor;
4. Kilometer 51 Jalan Alor Star-Butterworth;
5. Kilometer 85.5th Jalan Kuala Lumpur-Ipoh;
6. Kilometer 29.3th Jalan Klang-Teluk Intan;
7. Kilometer 15 Jalan Tampin-Segamat;
8. Kilometer 36 Jalan Kuantan-Kemaman;
9. Seksyen 57, Jalan Kota Tinggi-Sg Rengit;Kilometer 10.184th Jalan Johor Bahru-Kuala Lumpur;
11. 83 Street dan kilometer 62 Gua Musang-Kuala Krai;
12. Jelutong Expressway di Pulau Pinang


Pemikir Politik : Pemikir dan senaraikan lokasi had laju ni, nanti jangan pula kena saman salahkan pihak polis ye, Mereka hanya menjalankan tugas dan amanah yang diberikan oleh Negara. 

Jul 29, 2012

PUSAT TUISYEN HINA SAHABAT NABI!!


SULAIMAN menunjukkan karikatur menghina sahabat Nabi yang didakwa digunakan oleh sebuah pusat tuisyen sebagai bahan mengajar di Ledang, Johor semalam.

LEDANG - Sebuah pusat tuisyen di Tangkak dekat sini didakwa bertindak biadab memaparkan karikatur menghina para sahabat Nabi Muhammad S.A.W. dalam nota ringkas mata pelajaran Sejarah bagi pelajar tingkatan empat di pusat berkenaan.

Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, pusat tuisyen tersebut melukiskan 16 karakter sahabat nabi dalam bentuk kartun dengan watak berbeza dan bahan-bahan tersebut disediakan tenaga pengajarnya dikenali sebagai Mr. Fu.

"Antara karikatur yang keterlaluan ialah lukisan seorang sahabat nabi yang dilukis dengan wajah khinzir. Imej seorang lagi pula diletakkan gambar wanita dengan bahagian dadanya ditutup dengan tulisan Cina, selain ada yang dikelilingi tiga wanita 

Pemikir Politik : Belum lagi DAP dapat menjadi kerajaan pusat sudah BIADAP dan bertindak kurang ajar!! bayangkan jika DAP, dan PKR yang memerintah?? PAS tak perlu cakap la, hanya penuhkan kuota sahaja, takda kuasa langsung!!

Jul 28, 2012

LOGO HARI KEBANGSAAN 1 KONSPIRASI??


Logo hari kebangsaan tahun ni seperti rekaan logo budak tadika, malah budak tadika lagi kreatif dalam membuat logo sekarang ni. Ini adalah satu konspirasi pihak kerajaan bagi melihat anak-anak muda peka atau tidak terhadap logo yang simple sempena sambutan 55 tahun hari kemerdekaan, tidak seperti sebelum ini logo-logo yang cantik disamping pertandingan mencipta logo hari kebangsaan bagi melihat logo yang kreatif  dan tercipta, di sini pemikir mencadangkan beberapa logo baharu sempena hari kemerdekaan 55 tahun yang di ambil di Facebook OH MEDIA

RAKYAT MALAYSIA BOLEH TINGGALKAN KOMEN LOGO YANG KREATIF ANTARA NOMBOR 1 HINGGA NOMBOR 7.



Tadi masalah logo yang serius nampak tua. Ini bab lagu pula..aku baca setiap bait lagu ni serius sampai chorus je aku muntah...serius mengampu tahap gila babi..kita kalau dah berbakti kepada rakyat tak perlulah nak mention suruh orang sokong kita #yorais ..apa kelayakan Rais nak cipta lirik untuk lagu kebangsaan?

Lebih baik dia upah M. Nasir atau Aizat ke cipta lirik ni...bukan nk jadi pembangkang...ini lagu kemerdekaan tapi langsung tak ada 1 perkataan pun tulis MERDEKA ke 55...kan haram jadah namanya tu...ni lagu kemerdekaan lah Rais..bukannya projek kempen BN..kalau lagu ni digunakan untuk kempen PRU BN 13 ni serius aku setuju..tapi ni bab patriotiklah rais oi... -HARAPAN ESOK


NAK JADI MACAM LOGO PAS YANG TAK KREATIF NI KE???

Pemikir Politik : Sudah-sudah la tu nak buat bukan-bukan, BN sekarang dh dilandasan terbaik, jangan kerana LOGO simple dan lagu yang direka oleh Rais Yatim ni Rakyat menjadi muak dengan kerajaan!! 


Jul 25, 2012

KETUA PEMUDA PKR TUMBUK KETUA PEMUDA PAS????


Sebelum ini Ketua Pemuda PAS telah dimalukan dengan bukti video yang mendakwa beliau berbohong semasa berdebat dengan Ustaz Fathul Bari tidak lama dulu. 

Untuk bukti video tersebut : KLIK SINI

Kenyataan Ketua Pemuda PAS itu turut mendatangkan berang Karpal Singh DAP yang menyanggah kenyataan Nasrudin Hassan tentang hudud.

Sebagai aksi tindakbalas, Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man telah membuat kenyataan iaitu beliau mahu Karpal 'tutup mulut' daripada memberi pandangan mengenai prinsip dan dasar parti PAS.

Sila baca kenyataan 'tutup mulut' tersebut : KLIK SINI

Yang paling memalukan dan seperti menconteng arang ke muka seluruh kepimpinan, ahli-ahli dan penyokong-penyokong parti PAS ialah Shamsul Iskandar, Ketua AMK telah menyebelahi Karpal Singh DAP dan menolak hudud PAS!

Kata mudah, di dalam Pakatan Rakyat, bukan DAP sahaja tetapi PKR juga menolak 'mentah-mentah' hudud PAS!

Di bawah adalah translation laporan berita NST. Di antaranya :

KUALA LUMPUR: Sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat telah memilih untuk menyebelahi Pengerusi DAP Karpal Singh dalam menolak aspirasi hudud Pas.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin, semalam memberi amaran kepada rakan sejawatannya dari Pas, Nasrudin Hassan Tantawi, bahawa dia telah membuka kotak Pandora, di komen beliau baru-baru ini mengenai pelaksanaan hudud, yang telah menimbulkan kemarahan Karpal dan ahli DAP yang lain.

Beliau berkata ia adalah tidak wajar untuk Nasrudin membangkitkan isu yang sekian lama wujud kerana beliau mendakwa bahawa pendirian pakatan antara PKR, DAP dan PAS pada undang-undang jenayah Islam adalah jelas.

"Saya ingin menasihatkan Nasrudin supaya merujuk persetujuan kita akhir tahun lalu bahawa hudud bukan sebahagian daripada dasar bersama Pakatan Rakyat yang telah dipersetujui oleh semua pihak." SETERUSNYA

Persoalannya besar ialah apakah ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS masih tidak nampak bukti yang ditunjukkan Allah swt tentang pergolakan ideologi yang sangat ketara dalam Pakatan Rakyat?

Apakah kita masih tidak nampak pemimpin PAS tidak mampu menjuarai perjuangan parti itu sendiri dan tersembam ditelunjuk DAP dan PKR?

Apakah masih ada yang tidak sedar bahawa langkah seterusnya ialah menjauhi dan meninggalkan Pakatan Rakyat?

Apakah kita masih tidak sedar?

Sumber : Dr. MiM

Pemikir Politik : PKR pertahankan DAP, Siapa pertahankan PAS??? 2 lawan 1 akhirnya PAS terkandas dalam PAKATAN RANJANG!! Adakah Penyokong PAS masih tidak sedar akan hal ini?? Jangan sebut lagi mengenai HUDUD jika PAS masih dalam PR!!

Jul 23, 2012

BLOGGER AKU PEDULI APA (APA) BUNUH DIRI???


Hari ini dunia blogger Pro-BN dikejutkan dengan pemergian blogger AKU PEDULI APA (APA) daripada kem BN, kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Azmi Ibrahim di blog APA sedikit sebanyak tidak melunturkan semangat blogger UMB yang yang kini semakin mendapat tempat untuk mendedahkan segala kerakusan puak pembangkang untuk menawan Putrajaya. 

KENYATAAN RASMI
ADMIN BLOG APA
Kuala Lumpur
22hb julai 2012
10:53 malam


Mulai saat ini aku mengumumkan blog ini bukan lagi blog PRO BN dan blog ini jugak bukan blog PRO PR.Aku mengambil keputusan untuk tidak menyokong mana mana pihak kecuali menyokong keadilan dan menentang kezaliman yang dilakukan tidak mengira siapa,sama ada pemimpin Umno/Barisan Nasional atauPas/PKR/DAP/Pakatan Rakyat.

Dengan ini aku menyerahkan MAHKOTA BLOGGER NO.1 PRO BN kembali kepada sahabat blogger PapaGomo dan aku mohon kepada sahabat blogger KLXpress agar tidak menyenaraikan aku lagi sebagai blogger PRO BN dalam Ranking Alexa untuk bulan hadapan.

Memandangkan aku ini HANTU TIDAK BERTUAN ada lebih baik aku wawarkan status ini secara rasmi untuk memudahkan aku berkarya tanpa mengundang kontrovesi dan menegur siapa saja...apa saja...mengikut penilaian dan pandangan aku tanpa dipengaruhi mana mana pihak.Aku tidak ingin mengundang SENGKETA dengan mana mana sahabat bloggers sama ada yang pro BN atau pro PR dan aku mengharapkan agar sahabat semua faham akan keputusan yang aku ambil ini dan menghormati nya sapertimana aku menghormati kebebasan berkarya semua bloggers.

Semoga kita semua dapat menyumbang kearah penulisan POLITIK yang lebih sihat untuk kesejahteraan negara ini yang akhirnya akan memunafaatkan RAKYAT Malaysia keseluruhan nya.

SELAMAT BERJUANG DENGAN AGENDA DAN PLATFORM MASING MASING.


Azmi Ibrahim,
Aku Peduli Apa @ APA
Kuala Lumpur,
22/7/2012.

Kononya kenyataan bertindak secara neutral oleh APA dan akan menentang segala kezaliman, menentang kezaliman yang bagaimana APA?? Kezaliman KEAMANAN yang setelah 54 tahun negara dipimpin oleh UMNO?? Kini di blog APA sudah menampakkan penentangan terhadap Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang selama ini bertungkus lumus dalam memastikan Rakyat dan Negara berada dalam tahap yang terbaik. 

Kenyataan daripada PAS BERUK,

ASSALAM BRO APA. 

SEKARANG TELAH JELAS BAHAWA SAUDARA BUKAN BLOGGER PRO KERAJAAN. ENTRI SAUDARA JUGA SEBELUM INI TAK PERNAH PUN SOKONG KERAJAAN, YG BANYAKNYA SAUDARA DOK HENTAM PAKLAH DAN KERAJAAN. KENAPA SAUDARA HENTAM MEREKA, BUKA KERANA SAUDARA GAGAL MENJADI PELOBI PROJEK YG KONONNYA BERBILLION ITU?? NAMPAK SANGAT PENULISAN SAUDARA KERANA PERASAAN TAK PUAS HATI DAN HASAD, MACAM PENUBUHAN PKR DAN PAS JUGA. BAGI SAYA, SEORANG PEJUANG SEBENAR TAK AKAN LARI DARI LANDASAN PERJUANGAN. KALAU HUKUM HUDUD, LARI DARI MEDAN PERANG BOLEH DI BUNUH! TAK PAYAH BUNUH DAH MATI SENDIRI RASANYA. KPD UMB, HALALKAN SAHAJA ELAUN YG DI BERIKAN KPD APA SETIAP BULAN TU.... ORG MACAM NI, ADA TAK UNTUNGM TAK ADA PUN TAK RUGI... SORRI BRO, LU BIKIN BLOGGER DI LIHAT MACAM SAMPAH!

Setelah APA mendapat rangking nombor 1 dalam Pro-BN, APA terus meninggalkan KEM UMB, kerana APA?? menurut PAS BERUK, APA gagal dalam menjadi PELOBI yang kononya BERBILION RINGGIT?? Rupanya selama ini APA dapat ELAUN daripada UMB setiap BULAN, oleh kerana TAMAKKAN DUIT, APA sanggup lari dari medan perang dan berpaling tadah kepada PEMBANGKANG. Tahniah APA!! Kalau nak ikut HUKUM ISLAM, JIKA LARI DARI MEDAN PERANG NI HUKUMNYA PANCUNG. 

Pemikir Politik : Ramai juga pemimpin keluar UMNO dan masuk pembangkang kerana ingin diBELAI selalu dan dijanjikan dengan BULAN dan BINTANG yang tidak kesampaian!! Pemikir tidak dapat apa-apa elaun pun tapi masih TEGUH berjuang demi masa depan generasi akan datang!!

Jul 21, 2012

IMBUHAN HARI RAYA UNTUK PENJAWAT AWAM!!


Hari ini Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak mengumumkan berkemungkinan akan memberikan imbuhan hari raya kepada penjawat awam, namun masih lagi perlu meneliti buku kira-kira kerajaan bagi melihat kemampuan kerajaan dalam membantu penjawat awam. 

"Nantilah kita semak-semak dahulu, belek-belek dahulu, kena tengok-tengok buku kira-kira dahulu...kalau apa-apa pun kita semak dahulu, apa-apa keputusan mesti berdasarkan kepada kemampuan kerajaan,"


Dalam ucapannya di Pekan sewaktu menyampaikan sumbangan CEK DURIAN RUNTUH FELDA FASA 2 dan pakaian kepada pegawai-pegawai masjid serta Apron kepada peniaga-peniaga dan bantuan cermin mata kepada penduduk kawasan Pekan menekankan agar pihak yang yang tidak berpuas hati dengan kerajaan tidak menghalang usaha kerajaan dalam memajukan negara kerana penyenaraian FGVH adalah baik untuk kebaikan rakyat. 

Pemikir yakin dan percaya bahawa setiap dasar yang dibuat oleh kerajaan adalah bagi meningkatkan ekonomi rakyat dan bukannya untuk meranapkan rakyat seperti yang digembar-gemburkan oleh puak pembangkang dengan perhimpunan oren yang diadakan di ibu negara baru-baru ini. Walaupun peneroka telah ditawarkan dengan 800 unit saham, pihak peneroka tetap akan mendapat 20% saham FGVH yang telaha dimasukkan ke dalam tabung amanah yang akan dibayar dividen kepada peneroka setiap tahun. 

Melihat kepada reaksi PM ketika menjawab soalan mengenai imbuhan kepada penjawat awam, pemikir yakin bahawa tahun ini penjawat awam akan mendapat imbuhan raya hari raya bagi meringankan beban penjawat awam walaupun setengah bulan gaji  dengan bayaran minimum RM500 dan bayaran RM500 kepada pesara seperti tahun 2011. Ini kerana setiap janji yang akan ditetpai oleh pihak kerajaan dan akan dikaji bagi membantu rakyat. Pemberian bonus dan bayaran khas tahun 2011 telah membabitkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. 

“Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan"

Pemikir Politik : Kerajaan BN hari ini adalah kerajaan prihatin dan berkebajikan berbanding puak pembangkang yang hanya melemparkan fitnah demi mencapai cita-cita menawan Putrajaya!!  Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan!!

JANJI DITEPATI!! 




Jul 17, 2012

MELAYU MEREMPAT TAHUN 2020???


Ke manakah Halatuju Melayu ?
Bagaimana dengan Melayu?
Apa akan berlaku kepada Generasi Melayu?

Kita sedar bahawa apabila kerajaan mensasarkan tahun 2020 sebagai tarikh untuk melihat tegaknya sebuah Malaysia yang maju, soal kepentingan Melayu turut diambil kira. Kerajaan memang telah mensasarkan di mana dan bagaimana kedudukan Melayu pada waktu itu.

Bagaimanapun kerajaan sendiri mungkin tidak sedar bahawa banyak orang Melayu yang masih tidak tahu ke mana sebenarnya mereka hendak dibawa. Sebahagian yang lain pula tidak tahu di mana sasaran sebenar wawasan tersebut dan bagaimana hendak mencapainya. Keadaannya sama seperti ketika DEB dilancarkan. Sebahagian Melayu tidak tahu apa-apa. Sebahagian yang lain tahu dasar itu digerakkan untuk mereka dengan sasaran menguasai 30 peratus kekayaan negara. Tetapi mereka tidak cukup tahu bagaimana caranya untuk bergerak menuju ke sasaran tersebut. Mereka diberi bekal, tetapi kurang dibimbing dan ditunjukkan jalan. Hasilnya, DEB gagal mencapai matlamat sebenar.

Perkara yang sama mungkin berulang. Tanggapan bahawa Melayu telah cukup kuat, hebat dan pintar sehingga mereka boleh dibiarkan bersendirian menghadapi cabaran-cabaran ke arah mencapai matlamat wawasan itu, boleh meranapkan impian sebenar. Kenyataannya, Melayu belum memiliki ketiga-tiga ciri itu. Kekuatan peribadi Melayu masih boleh dipersoalkan, kekuatan ekonomi mereka pula masih bersifat penguasaan beberapa kelompok bukannya bersifat menyeluruh; kehebatan Melayu masih terikat pada keberanian melawan sesama sendiri bukannya keberanian menghadapi musuh luar; kehebatan Melayu masih berlegar pada kecekapan meniru bukan pada kelicikan melindungi nilai-nilai sendiri.

Mengharapkan Melayu mencari sendiri kekuatan, kehebatan dan kepintaran itu bukanlah langkah wajar. Majoriti Melayu tidak akan berupaya melakukannya. Mereka terlalu sibuk bercakaran sesama sendiri. Mereka lebih seronok mencari siapa kawan malaikat dan siapa pula kawan syaitan. Mereka sibuk dengan idealisme masing-masing sehingga akhirnya menjadi tidak ideal lagi.

Melayu adalah urat dan nadi negara ini. Kesempurnaan kemajuan negara harus bererti kesempurnaan kemajuan Melayu. Tidak ada ertinya jika Malaysia maju, tetapi Melayu terus mundur. Tidak ada maknanya jika yang berjaya cuma kumpulan-kumpulan kecil Melayu sedangkan kelompok majoriti kian jauh tercicir. Lebih tidak bermakna lagi jika di sebalik kemajuan itu, Melayu terus teraba-raba mencari dirinya.
Belum terlambat bagi mana-mana pihak pun untuk mengambil pendekatan-pendekatan serius bagi membimbing Melayu ke arah menjadi bangsa yang sempurna menjelang tahun 2020 nanti. Tetapi ia akan menjadi sangat terlambat jika kita menanti sehingga kedatangan tarikh itu sebelum berbuat apa-apa.
Kita tidak mahu apabila tiba tarikh itu Melayu terngadah sekali lagi. Ketika itu bukan lagi waktu yang sesuai untuk bercakap tentang mencari ketuanan, mempertahankan kedaulatan raja dan membina ikatan sesama ummah. Waktu itu kita tidak harus lagi gusar, atau digusarkan, dengan kisah keruntuhan institusi kekeluargaan Melayu, dengan cerita Melayu tanpa bapa yang lebih banyak daripada Melayu tanpa rumah atau Melayu pembakar sekolah yang sama ramai dengan Melayu penagih dadah. Pada masa yang sama juga, kita tidak patut lagi dibelenggu masalah Tanah Simpanan Melayu, pencapaian ekonomi Melayu yang lemah, kerakusan pentadbir Melayu, kegelojohan usahawan Melayu atau kebobrokan kepemimpinan Melayu. Bangsa yang maju tidak harus dibelenggu oleh masalah begitu. Ya, masalah-masalah tersebut, mesti diselesaikan pada peringkat yang paling asas dan penyelesaian itu mesti dibuat SEKARANG!

Tanggungjawab memimpin Melayu ke arah itu memang amat berat. Agenda menyelamatkan Melayu ini tidak boleh, dijadikan agenda sisipan sahaja. Ia perlu digerakkan seiring dengan agenda sebenar. Komitmen untuk memastikan Melayu tidak tenggelam haruslah sama dengan komitmen untuk memastikan wawasan besar itu tidak gagal. Dalam konteks ringgit ia mungkin memerlukan peruntukan yang sama banyak dengan semua perbelanjaan untuk mentranformasikan Malaysia sebagai sebuah negara pertanian menjadi negara perindustrian. Tetapi jika kita boleh meminjam untuk merealisasikan cita-cita, apa salahnya kita meminjam untuk menyelamatkan bangsa?

Dalam satu konteks, keperluan Melayu terhadap subsidi material memang telah berkurangan. Tetapi Melayu masih memerlukan subsidi moral. Sikap menganggap Melayu tidak boleh dimanjakan perlu dikikis. Tidak ada dosanya memanjakan bangsa sendiri kerana ia adalah lebih baik daripada memanjakan orang lain. Lagipun, bermanja itu adalah percikan daripada budaya kasih sayang yang diperkenalkan pada Melayu oleh agama suci Islam.

Usaha membimbing Melayu ke arah kegemilangan itu juga harus mengambilkira cabaran-cabaran baru yang akan ditemui di pertengahan jalan. Globalisasi misalnya, bukanlah istilah yang popular tatkala Wawasan 2020 dilancarkan dahulu. Ketika itu ia belum menjadi fenomena. Disebabkan itu, ketika wawasan besar tersebut dirangka, kerajaan tidak begitu memberatkan langkah-langkah mengatasi ancaman globalisasi, khususnya ke atas umat Melayu. Tumpuan lebih diberikan pada soal-soal kelemahan sosial yang bersifat konvensyenal.
Dalam tempoh 19 tahun akan datang kita tidak tahu ancaman bentuk mana pula yang akan muncul. 

Sementara kita tidak tahu apakah usaha untuk membasmi kemiskinan akan terus kekal sebagai utopia, kita juga tidak tahu apakah nanti akan ada dadah menjadi makanan ruji? Kita tidak tahu apakah akan berdepan dengan era kemunculan mutan-mutan (manusia buatan) yang menagih nyawa? Kita tidak tahu apakah ketika itu nyawa boleh didagangkan sebagaimana orang menjual sperma dan buah pinggang?

Pendeknya, kita tidak tahu kejutan apa yang sedang menanti Melayu. Tetapi sebagai bangsa yang mudah terkejut dan senang hanyut dalam kejutan itu, Melayu patut dipersiapkan daripada sekarang. Mereka perlu dibangunkan daripada tidur dan dipersiapkan untuk menghadapi realiti.

Kita perlu mengaku bahawa persiapan yang ada setakat sekarang masih jauh daripada mencukupi. Contoh kecil yang boleh diambil ialah, dalam menghadapi zaman ledakan teknologi maklumat ini nisbah di antara keinginan negara dan kemampuan Melayu begitu terpisah jauh. Sementara kerajaan membelanjakan ribuan juta ringgit bagi mengejar impian untuk menjadikan Malaysia sebuah kuasa dalam teknologi IT, masih terlalu banyak orang Melayu yang tidak mengenal tetikus dan papan kekunci komputer. Masih terlalu ramai Melayu yang terpaksa berfikir seribu kali untuk membeli sebuah komputer kerana ianya bermakna mengorbankan wang belanja dapur selama setahun. Di kawasan-kawasan tertentu pula, masih banyak kampung-kampung tradisional Melayu yang tidak mempunyai bekalan eletrik sehingga menyebabkan sebarang keinginan untuk membeli komputer hanya akan menjadi mimpi yang palsu!

Aspek-aspek beginilah yang tidak harus diabaikan. Ia tidak patut dibiarkan tenggelam dalam agenda-agenda besar dan retorik-retorik yang indah.

Pemimpin boleh mencipta matlamat. Pemimpin boleh memandu Melayu ke arah matlamat itu. Malah pemimpin boleh memacu Melayu sekiranya perlu. Tetapi pemimpin juga perlu memastikan Melayu yang disuruh berlari itu bukan sahaja berkasut, tetapi juga telah bersarapan pagi.

Sebab itulah bagi memimpin Melayu dalam perjuangan mengejar matlamat baru dan mengekalkan kehormatan yang sedia ada, kita memerlukan kumpulan pemimpin yang tinggi dinamismenya. Generasi pelapis yang bakal mengambilalih kepemimpinan yang ada perlu mempunyai sekurang-kurangnya 110 peratus kekuatan berbanding dengan generasi pemimpin yang ada sekarang. Hanya orang Melayu yang tahu apakah di kalangan pelapis mereka wujud jenis pemimpin seumpama itu?

Ada atau tidak, kita perlu melahirkannya. Tidak ada sesiapa pun yang boleh diharapkan untuk menentukan bangsa kita terus timbul selain daripada seseorang atau beberapa orang di kalangan kita sendiri.

Sesiapa pun yang memimpin, dan daripada parti apa pun ia datang, tanggungjawabnya terhadap Melayu tidak boleh berkurang. Dia, sang pemimpin itu, awal-awal lagi harus mempunyai kesedaran bahawa Melayu harus ditunjuk. Melayu harus dipimpin. Melayu harus dikembalikan pada jati dirinya. Mereka patut ‘diperkenalkan’ semula pada bangsa sendiri. Mereka patut diajar mengenali kelebihan-kelebihan mereka. Mereka perlu diasuh supaya menyayangi kelebihan-kelebihan itu.

Di peringkat awal persekolahan lagi, anak-anak Melayu perlu diberi ruang untuk mempelajari susur galur bangsanya. Mereka juga perlu diasuh supaya berpadu. Usaha itu tidak mencukupi dengan hanya menyanyikan lagu-lagu patriotik yang menganjurkan penyatuan dan perpaduan. Mereka perlu dibawa jauh daripada itu. Perlu diajar mengenal hero-hero mereka, bukannya memuja hero orang.

Dan yang diangkat sebagai hero bukan sahaja mereka yang berani mati, tetapi anak-anak Melayu yang berani hidup, yang berjaya dan yang cemerlang. Namun dalam memperkenalkan semula hero-hero itu, langkah yang bersifat pemujaan kepada individu harus dipinggirkan. Penekanan perlu diberi pada sumbangan dan perjuangan secara keseluruhan, bukan pada kekeramatan peribadi. Ini perlu bagi mengelak ketaksuban dan bagi membendung kemunculan manusia yang mahu menjadi ‘super-hero’, yang berkemungkinan akan menggunakan jalan jalan pintas untuk mencapai cita-citanya.

Pemupukan nilai kasih sayang perlu bermula di peringkat awal juga. Ia tidak seharusnya terbatas pada keluarga atau pada kucing Parsi sahaja. Skopnya harus diluaskan. Nilai kecintaan kepada kawan, pada manusia, pada bangsa,pada masyarakat dan pada agama mesti didahulukan. Penerapan nilai itu ke jiwa anak-anak harus dilakukan lebih dahulu daripada penerapan elemen mencintai kemajuan. Ini penting bagi memastikan mereka mampu membina peribadi yang seimbang sebelum mula diganggu oleh impian-impian besar.

Semua langkah ini tidak harus ditafsirkan sebagai sesuatu yang bersifat mengundur. Kembali pada diri dan pada persekitaran yang dekat bukanlah halangan untuk maju. Ia hanya satu pengunduran berhelah untuk meletakkan Melayu kembali di atas landas dan paksinya yang sebenar.

Tidak ada ruginya berbuat begitu. Sama juga dengan tidak ada untungnya menggilai kemajuan sehingga menggadai nilai nilai yang sedia ada. Kemajuan seharusnya menjadi alat untuk hidup selesa bukannya untuk menambah bilangan pesakit jiwa. Kerana itu kegilaan terhadapnya perlu seimbang dengan kegilaan untuk memperbaiki diri.

Inilah kewajipan sebenar pemimpin Melayu. Sebelum mendabik dada mengaku diri sebagai pejuang bangsa, mereka perlu sedar bahawa kejayaan mereka tidak diukur dengan kemampuan melambakkan emas di hadapan orang Melayu, sebaliknya akan dinilai dengan kesungguhan dan kemampuan mereka merawat Melayu daripada penyakit-penyakitnya.

Sesungguhnya, kejayaan tidak akan memberi apa-apa makna pada orang yang sedang sakit. Sebaliknya ia hanya akan menyebabkan mereka menjadi bertambah sakit.

Usaha merawat penyakit-penyakit Melayu tidak akan menjadi sukar jika ilmu diletakkan pada asas yang betul. Dan asas itu tidak akan menjadi betul selagi ilmu dicampur adukkan dengan politik. Tindakan memencilkan tokoh-tokoh Melayu tertentu daripada menjadi bacaan di sekolah misalnya, semata-mata kerana perbezaan fahaman politik, bukanlah amalan yang menguntungkan. Sama juga seperti tindakan memencilkan institusi-institusi ilmu yang mendukung fahaman politik yang berbeza.Ia hanya memberi gambaran tentang kurangnya nilai rasional kita, yang akhirnya akan menyumbang pada pembentukan generasi yang tidak rasional juga.

Perspektif orang Melayu terhadap politik perlu diperbetulkan. Mereka perlu diasuh semula. Mereka harus disedarkan bahawa politik seharusnya dijadikan senjata untuk menghadapi orang lain, bukannya dijadikan racun untuk saling bunuh-membunuh sesama sendiri.

Pemimpin atau bakal pemimpin itu perlu menginsafi, dan menganjurkan keinsafan yang sama kepada semua Melayu akan hakikat bahawa Islam menganjurkan usaha mencari titik temu bukannya mencari titik perbezaan. Amalan serang—menyerang sesama sendiri perlu dihentikan. Perdebatan untuk mencari siapa yang betul perlu ditamatkan. Ia tidak akan menguntungkan sesiapa, sebaliknya merugikan semua.

Kita tidak boleh berkata Islam dan Melayu saling bertaut. Islam tidak memerlukan Melayu untuk hidup, tetapi Melayu amat memerlukan Islam. Keperluan itu sudah tentu bukan setakat untuk dijadikan hiasan dan tempelan. Ia adalah keperluan lahiriah dan batiniah.

Melayu memilih Islam dan kekal di dalam Islam kerana yakin agama Allah itu boleh membawa kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Keyakinan itu tidak pernah susut, tetapi perilaku mereka jelas mencemarkan keyakinan tersebut.

Amalan itu perlu dihentikan. Selepas mereka ‘diperkenalkan’ kepada diri sendiri, Melayu sepatutnya ‘diperkenalkan’ semula kepada agamanya. Mereka harus disedarkan bahawa Islam telah membekalkan mereka dengan kelengkapan yang cukup untuk menangkis apa sahaja ancaman, tidak kira sama ada ianya sebahagian daripada pascamodenisme atau pun tidak.

Penawar paling mujarab yang disediakan oleh Islam ialah kitab suci Al-Quran. Di Malaysia, orang Melayu beruntung besar kerana penawar itu tidak berpeluang digunakan oleh yang bukan beragama Islam. Majoriti bukan-Melayu di Malaysia termasuk kategori ini.

Bagaimanapun, agak malang kerana di kalangan orang Melayu yang beragama Islam sendiri, penawar itu tidak pernah dimanfaatkan sepenuhnya. Al-Quran tidak dihayati dan didalami dalam erti kata sebenar.

Kelazimannya, semenjak dari kecil, anak-anak Melayu yang beragama Islam diajar membaca Al-Quran. Tetapi kelazimannya juga mereka tidak diasuh memahami dan mendalami apa yang dibaca. Mereka terus-menerus berpegang pada kaedah Baghdadi, yang menganjurkan hafalan demi hafalan. Hasilnya, sering berlaku mereka boleh membaca sekalipun tidak mengenal huruf dan maknanya.
Ini juga perlu diperbetulkan.

Pembelajaran Al-Quran tidak patut lagi dianggap tugas sampingan yang tanggungjawabnya terpikul pada guru agama semata-mata. Ia patut dianggap tugas wajib. Ia perlu mampu dilakukan oleh semua orang.
Langkah untuk menjadikan pengajian Al-Quran sebagai salah satu subjek wajib di peringkat awal persekolahan harus diambil. Anak-anak kecil yang masih suci itu mesti diberi suntikan nilai yang bersifat suci juga, sebelum mereka dicemari oleh pengaruh-pengaruh lain yang bersifat batil.

Dalam melaksanakan tugas ini, kaedah pendidikan dan pengajaran yang betul harus dijadikan keutamaan. Bukan lagi satu rahsia bahawa selama ini kebanyakan kanak-kanak, yang beragama Islam, mempelajari Al-Quran lebih kerana tuntutan keluarga, bukannya kerana minat yang datang daripada dalam diri mereka sendiri.

Faktor utama yang menyumbang kepada berlakunya keadaan seperti ini ialah, kanak-kanak itu tidak memahami sepenuhnya apa yang dipelajari. Sikap kita yang tidak menitik beratkan pembelajaran bahasa Arab menjadikan kebanyakan kita menjadi seperti burung kakak tua, yang hanya tahu menyebut apa yang diajar, tetapi tidak memahami apa yang disebut.

Tanpa kefahaman sudah pasti tidak akan timbul minat. Dan tanpa kebolehan menguasai bahasa Arab, kefahaman terhadap Al-Quran hanya akan menjadi satu lagi impian.

Langkah untuk membetulkan semua kelemahan ini perlu diambil segera. Usaha-usaha bagi menggalakkan pembelajaran dan penggunaan bahasa Arab, bahasa yang telah diangkat oleh Allah Taala untuk menjadi bahasa Al-Quran, harus segera dipertingkatkan. Jika kita boleh menghabiskan wang, masa dan tenaga yang banyak untuk ‘membantu’ mendaulatkan bahasa Inggeris, kenapa tidak boleh melakukan perkara yang sama bagi mengangkat martabat bahasa kitab suci kita sendiri? Kalau kita berasa kecewa dengan kelemahan anak bangsa kita menguasai bahasa Inggeris, kenapa kita tidak berasa malu apabila anak bangsa kita bersikap bena tak bena terhadap bahasa yang menjadi teras kesucian agamanya? Kalau kita takut bangsa kita tercicir sebab gagal berkomunikasi dengan baik dalam bahasa antarabangsa, mengapa kita tidak gementar melihat mereka tidak dapat menguasai bahasa yang menjadi penghubung antara kita dengan alam yang satu lagi?

Kita sedar bahawa, ada ketikanya, wujud prejudis yang luar biasa di sesetengah kalangan terhadap apa sahaja yang menyangkuti urusan keagamaan. Salah sangka ini tidak hanya berlaku di kalangan bukan Islam, tetapi juga membabitkan orang Islam sendiri. Mereka, dalam keadaan tertentu, cenderung untuk menganggap bahawa Islam tidak banyak menyumbang ke arah kecemerlangan kehidupan.

Salah faham seperti ini boleh diminimumkan jika mereka yang tersilap anggap itu, berkesempatan memahami ilmu Al-Quran. Di dalam kitab suci itu, mereka akan menemui jawapan bagi apa sahaja tanda tanya mereka selama ini. Mereka pasti akan sedar bahawa usaha yang bersungguh-sungguh untuk mendidik orang Melayu, dan umat Islam, di negara ini mendalami inti pati Al-Quran tidak akan mendatangkan apa-apa kerugian kepada sesiapa, sebaliknya ia akan menyelamatkan kita daripada terus tenggelam dalam keraguan dan kekeliruan.

Pelbagai peristiwa yang telah berlaku ke atas kehidupan umat Melayu, dan Islam, di Malaysia semenjak kebelakangan ini sudah cukup untuk dijadikan isyarat bahawa kita tidak boleh berlengah-lengah lagi. Kedudukan Al-Quran sebagai sumber ilmu dan penyuluh kehidupan tidak harus diperlekehkan. Martabatnya harus diangkat dan dimuliakan. Dalam melaksanakan matlamat itu, sebarang kekhuatiran politik dan polemik kosong mengenainya perlu diketepikan. Islam harus diletakkan di atas segala kepentingan lain. Tidak timbul Islam UMNO, Islam PAS, Islam KEADILAN atau Islam apa pun. Islam sebenar berada di atas semuanya. Ia tidak boleh diletakkan seiring atau di bawah keperluan-keperluan politik, kerana selagi kita berbuat begitu bermakna kita telah mencemari kesuciannya.

Ahli-ahli agama memikul tugas penting bagi membetulkan keadaan ini. Mereka perlu menjadi benteng yang berperanan melindungi kesucian Islam daripada dicabuli oleh sebarang isme politik yang merugikan. Mereka wajib berusaha mencari titik temu yang boleh meletakkan semua umat Islam di Malaysia di sebuah meja bulat. Pertentangan-pertentangan pendapat harus diperbetulkan dengan cara yang penuh hikmah. Persaingan untuk membuktikan Islam mana yang lebih baik dan lebih betul perlu dihentikan. Perlumbaan untuk mencari kesalahan sesama sendiri mesti ditamatkan. Kita tidak perlukan itu semua. Yang kita perlu ialah pembentukan sebuah ukhwah yang kuat. Yang kita mahu ialah kewujudan sikap saling membetulkan bukan saling menyalahkan.

Beberapa tahun sebelum merdeka, kesemua Melayu-Islam di Malaysia pernah bergerak sebagai sebuah pasukan. Sebelum Perang Dunia Kedua pula, golongan nasionalis dan agama sama-sama memainkan peranan untuk menggabungkan Melayu. Ketika itu titik yang mempertemukan mereka ialah keinginan untuk membebaskan diri daripada penjajahan.

Titik temu yang sama sebenarnya masih boleh digunakan. Cerita tentang penjajahan bentuk baru bukanlah dongeng ciptaan untuk menakutkan sesiapa. Proses kolonialisme itu memang sedang berlaku dengan pesatnya. Usaha-usaha ke arah pembentukan sebuah empayar baru yang sangat besar sedang berjalan.
Menanamkan kesedaran di kalangan umat Islam tentang wujudnya ancaman penjajahan ini adalah tugas wajib setiap ulama. Dalam konteks Malaysia, langkah itu bermakna turut melindungi Melayu.

Bagi membangkitkan kesedaran itu, ahli-ahli agama tidak perlu menjadi harimau yang menghamun orang lain atas nama kebenaran. Mereka juga tidak perlu menjadi tekukur yang hanya mengiakan cakap orang demi kerana mahu menjaga kedudukan. Mereka perlu bijak untuk menempatkan diri di antara kedua-duanya. Mereka perlu bijak untuk mencipta persepakatan bukannya pintar memecah-belahkan. Mereka mesti berani kerana benar.

Dalam menginsafi hakikat bahawa kerja ini memang payah, kita juga harus mempunyai keyakinan bahawa ianya mampu dilaksanakan. Allah tidak akan mensia-siakan usaha yang baik. Tetapi usaha yang baik sudah pasti akan terjejas keberkesanannya jika dilakukan secara berasingan untuk kepentingan individu dan kumpulan.

Selain daripada pemimpin dan ahli agama, kumpulan elit Melayu mempunyai tanggungjawab moral yang sangat besar bagi melaksanakan misi menyelamatkan bangsa ini. Mereka mempunyai keupayaan, fizikal dan mental, untuk memandu anak bangsa mereka ke hadapan. Mereka harus ingat bahawa mereka tidak mungkin berada pada kedudukan sekarang kalau bukan kerana mereka Melayu, dan jika bukan kerana berpeluang menggunakan Hak Keistimewaan Melayu. Ertinya, banyak atau sedikit, mereka terhutang pada setiap Melayu. Hutang itulah yang perlu dilunaskan.

Umumnya, Melayu marhain tidak mengharapkan sedekah material daripada kumpulan Melayu elit Itu. Meminta-minta bukan perangai Melayu. Nenek moyang Melayu berupaya meneroka dan memugar belantara tanpa perlu bergantung pada subsidi daripada sesiapa. Yang mereka perlukan cuma peluang dan kesempatan.

Terlalu banyak yang boleh disumbangkan oleh golongan Melayu elit ini. Ilmu dan pengalaman mereka sahaja sudah menjadi aset yang amat berharga, dan akan berkali ganda menjadi lebih berharga, jika bersedia dikongsi dengan anak bangsa sendiri. Inilah yang sering dilakukan oleh golongan elit bukan-Melayu. Mereka mencari kejayaan dan kekayaan, kemudian mengagihkannya dalam pelbagai bentuk, nyata dan tidak nyata, kepada kaum mereka. Sebaliknya, inilah pula yang jarang dilakukan oleh elit Melayu. Mereka bagaikan takut hendak berkongsi dengan bangsa sendiri. Mereka seakan bimbang perkongsian itu akan menyebabkan Melayu lain menjadi lebih besar dan lebih hebat daripada mereka. Sebaliknya, mereka tidak bersikap begitu apabila berkongsi dengan orang lain. Mereka tidak bimbang terhadap kemungkinan orang lain yang menjadi rakan kongsi mereka itu lebih berjaya. Entah siapa yang mengajar mereka sehingga percaya bahawa merelakan kejayaan orang lain itu lebih mulia daripada mendoakan kejayaan bangsa sendiri.


Elit Melayu jenis ini adalah elit yang sakit. Keadaan mereka tidak banyak bezanya dengan bohsia dan bohjan di kaki lima. Mereka tidak menyumbang apa-apa kepada bangsa selain daripada contoh buruk yang berterusan.

Tanpa perlu menamakan mana-mana pihak, kita berharap benar supaya setiap organisasi yang dianggotai oleh kumpulan elit Melayu bergerak seiring dan bersepadu untuk menangani isu besar ini. Mereka tidak perlu memulakannya daripada bawah, tetapi boleh melakukannya dari atas. Sebagai idola bangsa, pada setiap masa mereka sentiasa menjadi contoh dan teladan. Tiap yang mereka lakukan akan menjadi perhatian. Jadi adalah menjadi kewajipan mereka untuk saling mengingatkan sesama sendiri supaya hanya melakukan yang terbaik dan yang baik-baik, bukannya mempamerkan keserekahan dan haloba yang berterusan. Mereka sesama mereka perlu mengikis hasad dan iri hati.

Sumbangan yang berbentuk moral begitu adalah lebih besar manfaatnya daripada sumbangan berunsur material. Memang benar, setiap yang bersifat material itu penting. Tetapi sumbangan material itu tidak akan memberi sebarang erti jika sekadar dijadikan perisai untuk melindungi keruntuhan moral si penyumbang, atau lebih buruk lagi jika dijadikan umpan untuk memancing projek menjual bangsa.

Komitmen pemimpin yang baik, peranan alim ulama yang bertanggungjawab dan sumbangan elit Melayu yang menginsafi nasib bangsanya masih berpotensi untuk menjadi kerja yang sia-sia jika semua manusia Melayu di peringkat akar umbi tidak memberi reaksi balas yang betul.Ini bermakna tanggungjawab kita, Melayu yang bukan pemimpin, bukan ahli agama dan bukan elit, juga sama besarnya dengan kewajipan mereka. Sebagaimana telah ditegaskan berkali-kali, kitalah penentu hala tuju dan masa depan kita. Kitalah yang akan menentukan sama ada Melayu akan terus tegak bersama ketuanannya atau akan perlahan-lahan hilang daripada senarai bangsa-bangsa utama di dunia.

Kita perlu bangkit. Perlu bergerak. Lontarkan jauh-jauh tabiat lama. Keluarkan diri daripada cengkaman kemalasan, dengki khianat, iri dan kesumat. Tinggalkan tabiat suka berhutang dan malas membayar hutang. Lupakan kebiasaan berfoya-foya, mengada-ngada dan meminta-minta. Berusahalah dengan sungguh-sungguh tanpa mengharap payung dan pelindung. 

Tidak mengapa kalau sedikit tamak, tetapi janganlah sampai menjadi haloba. Jadikan yang sebangsa itu kawan bukannya lawan. 

MULAKAN DARI SEKARANG!!!

Kredit : Ayahanda Mohd Rasull

Pemikir Politik : BANGKITLAH MELAYU!! BERSATULAH DEMI NEGARA MALAYSIA TERCINTA!! JANGAN GADAIKAN NEGARA DEMI KEPENTINGAN POLITIK!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails