Followers

UNGKAPAN EMAS

"Saya boleh bunuh semua YAHUDI ketika saya berkuasa. Saya tinggalkan sedikit kepada kamu agar kamu kenal siapa YAHUDI dan cari jawapan kenapa saya bunuh mereka" - ADOLF HITLER

NOTIS



Artikel yang disiarkan merupakan pandangan peribadi penulis tiada berkaitan dengan mana-mana organisasi. Jika berlaku sebarang kerugian, kecederaan atau kecelaruan emosi ketika membaca artikel, gambar dan bahan yang dipaparkan di laman ini ianya di luar tanggungjawab penulis - Ingin berkongsi maklumat atau artikel emel: pemikirpolitik@hotmail.com

Mar 19, 2012

Kes Culik : Pelajar Tingkatan 3 Pula di Culik!!



PELAJAR Tingkatan Tiga, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, dilaporkan hilang sejak tengah hari semalam dipercayai diculik tiga individu di Taman Tas, Kuantan. Kejadian berlaku ketika mangsa ke kedai telefon berhampiran rumah mereka bersama dua adiknya, Siti Nurul Aishah dan Mohd Shahmi Aiman, yang masing-masing berusia 11 tahun. - Foto Afif Abd Halim



KUANTAN 19 Mac – Seorang pelajar perempuan dipercayai diculik ketika keluar bersama dua adiknya untuk membeli kad tambah nilai prabayar di sebuah kedai telefon bimbit berhampiran rumahnya di Taman Tas di sini semalam.


Ibu mangsa, Nor Mala Mohd. Lazin, 34, berkata, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan keluar dari rumahnya pukul 12 tengah hari bersama dua adiknya, Siti Nurul Aishah dan Mohd. Shahmi Aiman masing-masing berusia 11 tahun.

Kata Nor Mala, dia terkejut apabila dua anak kembarnya itu pulang ke rumah sambil menangis memaklumkan kakak mereka dilarikan orang.

Mangsa dipercayai dilarikan dengan sebuah kereta jenis Honda berwarna gelap oleh tiga individu termasuk seorang wanita tidak dikenali, katanya di sini hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Mahadi Muda di talian 019 9897807 atau 019 9813361. - UTUSAN




Belum lagi reda kes Allahyarhamah Dirang yang diculik dan ditemui telah dibakar, kini muncul lagi kes terbaharu adik Siti Nur Fatihah Mahadi diculik oleh tiga orang individu. Pemikir berharap pihak polis dapat bertindak pantas supaya adik Siti Nurul Aishah selamat ditemui tanpa ada sebarang kecederaan. Semoga rakyat Malaysia mendoakan keselamatan adik Siti dan dapat kembali ke pangkuan keluarga.




Pemikir Politik : Ibu Bapa harus memerhatikan anak-anak anda, jangan biarkan anak-anak pergi ke mana-mana keseorangan tanpa ada jagaan orang dewasa!!



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails